Sunday, September 30, 2012

hand bouquet pilihan hati

assalamualaikum..


nak memblogkan diri jap walaupun busy.. hari ni duk fikir pasal HB sokmo.. so aktiviti befaedah sipi2 bersama google berjaya mencuci mata kejap..

untuk HB, sekarang ni ramai yang guna bunga dari kraftangan lah boleh dikatakan.. macam dibuat daripada fabrik la.. contohnya macam guna kain felt, chiffon, satin or ada jugak guna kristal dan manik.. menarik sangat tengok.. tapi fikir punya fikir sy tetap nak bunga betul.. bunga betul means fresh flower.. so plannya untuk ketiga2 event sy akan guna fresh flower, insya'Allah.. tapi maybe nikah dan resepsi belah bride guna bunga yang sama sebab hari yang sama.. makanya jimatttt.. fuhfuhfuh.. =p

then, pemilihan jenis bunga pulak.. kalau boleh..kalau boleh la.. nak lari dari rose.. nak gabungan pastel colour.. jum cuci mata, mana tahu boleh bagi idea.. =)
















erghhh.. cantiknya.........

tips / petua hilangkan jerawat..

assalamualaikum..

siapa suka jerawat? ada ke orang suka? memang ajaib la kan kalau ada.. tambah2 bagi yang nak kahwin kan.. dah la stress, bertambah stress kalau muka naik jerawat.. dalam sebulan lebih nak kahwin ni, jerawat naik tak beragak la pulak ada 3 ketul berderet kat pipi..cantik macam buruj pulak gamaknya.. dah la besar obvious, sakit pulak tu.. time nih la kau nak sibuk bekerja wahai jerawat.. haiyo! so terkedek2 la search petua nak hilangkan jerawat dan parutnya sekali.. yela, parut pun ambo tok sey..............




so, in lah hasil pencarian hamba.. sumber


Tips 1: Lidah Buaya – menghilangkan jerawat dengan Lidah Buaya
Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, tampalkan/tempek di bahagian yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Jika anda berterusan memprektikkannya, jerawat pada wajah mungkin akan mengering lalu mengelupas selama 3 hari. Selain itu lidah buaya juga mampu menghilangkan bekas jerawat yang degil. Sekali lagi kuncinya hanya satu, BERTERUSAN!

Tips 2: Putih Telur – menghilangkan jerawat dengan Putih Telur
Bagaimana caranya? Mudah saja. Pisahkan kuning telur dan ambil putih telurnya saja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat.

Tips 3: Ubat Gigi – menghilangkan jerawat dengan Ubat Gigi
Perhatian: Satu perkara yang perlu diingat adalah ubat gigi yang digunakan itu adalah yang berbentuk ubat (seperti Pepsodent) bukan yang bentuknya gel (seperti Close Up). Caranya hampir sama denga kedua cara di atas. Tempek ubat gigi ke jerawat dan bahagian lain di sekitar jerawat tersebut sebelum tidur. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang bersih.

Tips 4: Bawang Putih – menghilangkan jerawat dengan Bawang Putih
Sebenarnya terdapat dua pilihan dalam menggunakan bawang putih untuk proses menghilangkan jerawat. Pertama adalah dengan menumbuk dua atau lebih ulas bawang putih hingga cukup halus lalu dipakaikan pada bahagian wajah yang ditumbuhi jerawat. Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Manakala cara kedua pula adalah dengan memakan satu atau lebih bawang putih setiap hari. Banyak yang mengatakan kedua cara ini cukup efekktif, namun bagi anda yang tidak menyukai bau bawang putih mungkin lebih baik menggunakan cara yang lain. Jangan risau kerana masih terdapat banyak lagi cara semulajadi yang akan admin jelaskan di bawah ini.
 
Tips 5: Tomato – menghilangkan jerawat dengan Tomato
Tahukah anda? Khasiat buah tomato selain baik untuk kesihatan mata, ia juga cukup efektif menghilangkan bintik hitam (blackheads). Perkara pertama yang harus anda dilakukan adalah dengan menghiris tomato menjadi dua bahagian lalu dipakaikan ke seluruh wajah yang berjerawat dan biarkan selama 15 minit – setelah 1 jam barulah bilas.

Tips 6: Lemon/Jeruk Nipis + Air Mawar – menghilangkan jerawat dengan Lemon
Lemon, jeruk nipis dan buah-buah sejenisnya mengandung asid sitrik yang sangat kaya, dimana fungsi asid sitrik ini sangat baik untuk memindahkan sel-sel kulit yang mati yang boleh menyebabkan jerawat. Tekniknya ialah dengan mencampurkan jus/perasan lemon dengan air mawar kemudian pakaikan pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit. Setelah itu bilas dengan air suam. Amalan terapi ini secara rutin dan konsisten selama 15 hari akan memberikan hasil yang cukup luar biasa.

Tips 7: Kayu Manis - menghilangkan parut jerawat dan kesan hitam- Kayu manis ditumbuk sehingga halus menjadi serbuk.Kemudian, sapu serbuk itu ke muka.Biarkan selama 15-30 minit kemudian bilas dengan air.InsyaAllah parut dan bekas jerawat akan hilang..Amalkan sekerap mungkin..2/3 kali sehari..



semoga dapat membantu anda ye.. =)

Saturday, September 8, 2012

checklist - 2 months

Important Dates
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang:
Done

Venue
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: Done

Time 
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: Done

Theme Color
Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: Done

Important Things
Duit hantaran: Done by Groom
Mas kahwin: Done by Groom
Book Jurunikah: Pending
Hantaran (Bride): Almost done
Hantaran (Groom): Almost done

Legal Documents
Marriage Course (P): Done
Marriage Course (L):
Done
HIV Test:
Done          
App Form Groom: in progress
App Form Bride:
in progress


Food
Nikah: Consider Done by Family
Reception: Consider Done by Family
Bertandang: Consider Done by FFIL

Menu
Nikah: Consider Done by Family
Reception: Consider Done by Family
Bertandang: Consider Done by FFIL

Canopy
Nikah: Masjid
Reception: Done
Bertandang: Consider Done by FFIL

Invitation Card
Nikah: NA
Reception:
Done
Bertandang:
Consider done by FFIL


Guest Lists
Nikah: Done
Reception:
Done
Bertandang:
Consider done by FFIL

Make Up Artist
Nikah:
Done
Reception:
Done
Bertandang:
Pending

Henna Artist
Nikah: Do It Yourself
Reception: Do It Yourself

Bertandang: Do It Yourself

Dais Theme
Nikah: NA
Reception: NA
Bertandang: FIL

* Vendor Bertandang: FIL

Outfit
Kain
Nikah: in progress
Reception:
Done
Bertandang:
in progress

Design
Nikah:
Done
Reception:
Done
Bertandang:
Done


Tailor
Nikah:
Done
Reception:
Done
Bertandang:
Done


Shoes
Nikah:
Pending
Reception:
Pending
Bertandang:
Pending

Maid of Honor & Bridesmaids
Nikah:
Pending
Reception:
Pending
Bertandang:
Pending

Family Attire
Nikah:
Pending
Reception:
Pending
Bertandang: Consider Done by FFIL

Bridesmaids Attire 
Nikah: Pending
Reception:
Pending
Bertandang:
PendingPending

Hantaran
For Bride
(suggestion)
   Tray 1 | Heels Done
   Tray 2 | Mas Kahwin
Done
   Tray 3 | Handbag
Done
   Tray 4 | Perfume Set Done
   Tray 5 |Watch
Done
    Tray 6| Ring Done
    Tray 7|
    Tray 8|
    Tray 9|

For Groom

   Tray 1 | Ring Done
   Tray 2 | Shoes
Done
   Tray 3 | Watch Done
   Tray 4 | Perfume Set Done
   Tray 5 | Wallet&belt Done
   Tray 6 |
   Tray 7 |
   Tray 8|
   Tray 9|

Official Photographer

Nikah: Done
Reception: Done
Bertandang: Done

* Vendor Nikah & Reception:
* Vendor Bertandang:


Doorgift
Nikah:
-
Reception:
Pending
Bertandang: Consider Done by FFIL

Bunga Pahar
Reception:
in progress

Handbouquet
Nikah:
Pending
Reception:
Pending
Bertandang:
Pending

Entertainment
PA system:
Pending
Kompang:
Pending
Playlist: Pending
Bertandang: Consider Done by FFIL 

Other Stuffs
Signage:
Pending
Bunting dan Banner:
Pending
Guest Book: diy in progress

Photo Booth:
-
Photo Canvas:
-
Welcome Signage: Pending
Bunga Manggar:
Pending
Corsage:
in progress
Centerpiece: Pending

Room Deco
Wardrobe: Done
Bed:
Done
Drapes and Curtains:
Pending
Bed Sheets: Done
Bed Skirt: Done
Table:
Done
Mattress:
Done

Accommodation

MUA: -
Photographer: Pending
Friends:
Pending

Honeymoon
Date:
Pending
Destination: Pending 
Transportation:
Pending

Saturday, September 1, 2012

LDR: long distance relationship

assalamualaikum..

well i found this cute picture while browsing a blog. but unfortunately i forgot whose blog it was. this picture is kinda cute coz it reminds me of him. =) *grinning


apparently, there are a lot of guys out there acting like the guy in this picture when they are missing their spouse. right isn't it?? LOL =p




till then! ~~

Thursday, August 30, 2012

HIV test- no more express kit

Assalamualaikum..

Attention to B2B out there.. korang tahu tak sekarang banyak klinik kesihatan yang dah tak pakai express kit untuk HIV test? means ambik masa dalam 2minggu ke sebulan baru dapat result. Better buat test dalam 4-5 bulan sebelum nikah untuk elak sebarang tragedi lagi2 kalau pasangan tak sama negeri.


mula-mula sy nak buat awal 5 bulan sebelum tarikh nikah. Then dengan semangat berkobar2 ke klinik kesihatan dekat rumah ni. Then nurse2 kat situ tak bagi buat lagi sebab diorang cakap its too early.. dia takot kita hilangkan pulak awal2 sangat. sebulan sebelum nikah baru boleh buat kat situ. waktu tu sy macam "apekah???" kan.. kalau ada manusia2 lain yang hilangkan pandai2 la diorang nak buat ape.. saya taknak buat lewat2 sebab document penting macam ni tak nak buat last minute. kalau ada masalah nanti macam mana kan.. lain la kalau doorgift ke, langsir bilik ke, bunga telur ke, benda2 macam ni boleh la nak buat last minute. kalau tak dapat macam yang kita nak, ada je alternatif lain. ni legal document kottttt.. haihh...


Then walaupun kecewa dengan KK tu tapi stil tak tercari lagi KK lain. busy ape ntah le.. then last week terbaca fellow B2B ada bagi info yang result HIV test tak akan dapat on the spot macam sebelum ni dah. ape lagi menggelupur la.. dah la waktu tu dalam ward, so kena tunggu discharge dulu baru pikir nak pergi KK mana. dah nyampas ngan KK awal tadi. tak selera nak ke situ. haha! then call en.tunang bagitau dia suruh buat test awal2 jugak. dia lagi la susah. keje kat pulau pedalaman weekend baru balik, itupun kalau takde hal ape2 time weekend.

so semalam terus ke KK area simpang kuala, alor setar. hajat nak tanye je in case kena buat appoiment dulu. tengok2 nurse cakap buat terus. kejap je dah siap sebab takde orang. and result 2-3minggu lagi baru dapat. nurse cakap kalau kahwin bulan 11 tu elokla buat sekarang. then dia suruh pesan en.tunang suruh buat immediately. sebab takot ada tempat yang sebulan baru dapat result. tapi,, tapi masih ada juga KK yang bagi result on the spot.


siapa yang takot jarum siap la korang..takde nak cucuk sikit2 kat jari.. HAHAHAHA.. *evil laugh* sebab banyak jugak dia ambil sampel darah. jarum besar oo.. tak sure berapa ml. nasib baik sy dah biasa ambil darah guna jarum2 besar ni. dah selalu buat cannulation kat lengan. and darah sy senang keluar. vein besar kot.. (boleh gitu?? =p) hehe..  



haa.. macam ni dia ambil kat lengan.. =)


so dengan ramah tamahnya sy tanya kenapa dah tak boleh dapat result on the spot. diorang cakap sebab test kit yang sebelum ni tu result nye tak tepat. so dah tak boleh pakai. buat masa sekarang mungkin masih ada KK yang sediakan express kit. tapi untuk elakkan tragedi ape2 better buat 3 bulan awal k..

panjangnye................ fuhh.. 

Sunday, August 12, 2012

noodle box for wedding favours

assalamyalaikum..

puasa tak? harap2 yang jatuh syarat wajib puasa tu, puasa la ye.. hehe.. qiam tak semalam? kalau yang bangun tahajjud ke, tahniah dan syabas! bukan senang tu..hanya orang yang kuat je senang dan suka melakukannya.. alhamdulillah kalau ada yang tiap2 malam sepanjang ramadhan ni qiam tengah malam, tambah2 bila dah masuk 10 malam terakhir.. untung2 dapat lailatul qadar.. syabas buat kalian..

so seperti entry lepas, sy nak bagi sedikit info mana nak cari noodle box untuk buat wedding favours. macam kat bawah ni.




gambar pertama tu dari majlis puan nadia bayu. comel kan? gambar yang kedua dan ketiga tu omputeh punya wedding kot. hehe.. FYI, kotak ni dipanggi noodle box. mungkin selalu chinese guna kotak ni untuk isi mee tapau. kotak ni agak tahan lasak sebab kalis air dan minyak. dan jugak tebal sikit kot. yela nak isi mee kan. so ada individu yang kreatif improvise jadi wedding favour. kita pun kretif mencilok idea mereka. huk3..


so, mana nak beli? so far sy baru jumpa 1 company untuk beli barang2 macam ni. bukan noodle box je, segala kotak dan paper bag pun ada. cakap je nak kotak ape. cuma kalau nak beli banyak2 je sebab nak beli sini minimum 100pcs. kalau untuk wedding elok sangat la beli sini. lagi 1, penghantaran semenanjung malaysia (*kecuali pulau-pulau) adalah percuma kot. kot laaa.. sebab sy tak payah bayar kos penghantaran.. =)

mana nak beli?

beli kat

http://www.greentree.my

browse dulu berkenan yang mana, then dah decide, boleh register dan isi shopping cart. nanti dapat invoice kat email, buat pembayaran ke akaun maybank yang diberi. kalau ada stok, diorang akan terus buat penghantaran once u dah confirm bayar. jangan lupa inform ke email diorang bila dah bayar. macam sy, kemarin (hari jumaat) pagi buat pembayaran dan email diorang bagitau, tk sampai sejam diorang call bagitahu penghantaran akan dibuat terus. efficient kan?

tapi kat greentree tu ada noodle box putih sahaja. kalau nak kaler2 kena cari lain la.. hehe.

size: 3.5x3.5x4"
harga:  RM0.8/pc (100pcs)
           RM0.78/pc (400pcs)
           RM0.76/pc (1000pcs)
           RM0.75/pc (2000pcs)
kos penghantaran: FOC

company ni kat prai, pulau pinang. kalau sesiapa yang rumah dekat, boleh self pick up. harga mungkin lain sikit. sy dah tanya katanya tak beza banyak pun. so sy prefer pos jela. sonang!

kalau ada yang berminat boleh la jeling2 kat website greentree.my tu ye.. =)




till then!

Saturday, August 11, 2012

wedding favours

assalamualaikum..

zaman dedulu kan kalau pi kenduri kawin dapat telur je kan. ingat lagi dorang buh dalam dalam kotak telur kecik2 tu takpun balut dalam anyaman riben. tapi zaman sekarang kalau takda goodie bag, memang menanti la mulut2 lancang nak komen macam2. kenapa kita perlu takut orang nak mengata wedding kita ni low class ke apa..? nanti bila buat ber'class' pun takut jatuh riak dan menunjuk2 pulak..nauzubillah..

tapi..ada tapi juga.. mungkin pengantin dan keluarganya nak berikan yang terbaik kepada tetamu selagi mereka mampu dan tak membazir. so orang lain tak boleh juga nak komen. mereka bukan nak menunjuk atau mendambakan pujian tetapi nak tetamu berpuas hati, selesa. alhamdulillah..

kalau bab wedding favours ni bermulanya bila ye.. ke kita tiru western? yela contoh macam dedulu mana ada photobooth, candy buffet, flower girl, acara potong kek, bridesmaid, pre-wed photoshoot, outdoor photoshoot, etc.. bila pikir2 balik memang dah macam western kahwin. kita ni suka sangat ikut orang kan.. si polan tu buat, kita pun nak buat. hihi..

so membebel banyak2 pagi2 ni pun tk guna, jum tengok antara yang sy sempat cilok dari pokcik google image..












sy berkenan dah yang style noodle box macam gambar ke-5 tu. insya'Allah, tengah tunggu kotak sampai.. =) nanti sy akan share kat mana nak beli and harga nya.. 


cheers!

Friday, August 3, 2012

jum pilih kasut kahwin!

assalamualaikum..


tak tahu la adakah masih awal kalau nak beli kasut kahwin sekarang. lagi 3 bulan ++ ni. bukan apa, takut nanti tak jadi nak buat kasut kahwin je.. hehe.. actually dah banyak kali tawaf kat charles and keith tengok kasut situ. menarik hati jua sebab harga sangat la affordable. cantik dan mostly bawah RM200. jum tengok antara yang menarik.. *at least for me.. =p
















menarik tak? so nampak sangat la kan sy suka jenis2 camni.. tak tahu kenapa suka ala2 peep toe nih. sebab macam comel kot. orang dia tak comel maka kasut kena la comel moga2 dapat mengaburi mata orang kan.. hakhak..


pastu harus la jua tinggi sebab taknak nampak ketot sebelah groom nanti..hikhik.. groom nanti idokle tinggi mana, sy je yg ketot.. sob3..


one more thing, kriteria pemilihan untuk sy haruslah berwarna natural sebegini sebab nak pakai untuk ketiga2 event. nikah kat masjid, kenduri pihak perempuan dan juga lelaki. jimat nampaknya. harung la kasut yang sama. HAHA. sebabnya kasut untuk letak atas dulang hantaran lelaki-perempuan dah lama beli. since tahun lepas. actually beli clarks tu dari kawan yang duk kat UK time ada sale kat sana so dapat murah sangat beza dengan sini. nak pakai raya haji tahun lepas, tapi kesihatan tak mengizinkan.


so sekarang rasa daripada beli kasut lain pulak baik guna je kasut tu untuk buat hantaran. ntah la sesuai ke tak atas dulang tu nanti sebab sangat kasual. apa2 pun lepas raya la baru pi cari one of 'si cantik' di atas. =)

Thursday, July 26, 2012

constest raya by sepet

assalamualaikum..


sepet ada buat contest! hadiah dapat beg tau.. jum tengok cara2 nak join..





1. Letak banner Sepet Shop kat sidebar blog korang, dengan ber-link kan http://sepetshop.blogspot.com. Banner tu mestila ada kat blog korang sehingga 10 Ogos 2012. Tak lama pun, tak sampai sebulan. Tapi kalau nak letak lelama apa salahnye..Hehe! Copy gambar ni
2. Lepas tu korang kena Like facebook SepetShop , sebenarnya aku baru buat, hahahaha! Takde apa lagi dalam tu, aku upload gambar je. Tengah berusaha nak siapkan. Jadi suruh korang like dulu takpe kan..ahaks! Marilah membantu saya merialisasikan impian saya nak tengok beribu2 orang like facebook SepetShop tu, ahaks! Angan2 tinggi, poyo!
3. Buat satu entry, entry yang sangat sedih. Aku nak tau cerita sedih korang, kenapa korang nak beg tu sangat-sangat. Sama ada korang takde duit ke, korang kena sara hidup adik2 sampai 11 orang ke, korang kehilangan dompet ketika nak beli beg ke. Tapi cerita tu mesti la sedih. Huhu! Nak reka cerita sedih tak kisah la macam mana sedih tu, update kat blog korang. Yang paling sedih akan menang. 
4. Dan di akhir entry korang tu, suruh readers korang Like Sepet Shop , dan suruh dorang join contest ni sekali =) Maklumat lanjut boleh ke Blog Sepet The Gojes, haha!
Sapa yang dah siap entry boleh letak kat komen entry ni untuk aku buat rujukan k.
Itu je, takde la susah sangat kan. senang kaca goreng je kan. Cume entry kena sedih sikit la. Setiap entry korang tu nanti aku akan copy paste masuk dalam blog aku ni. Jadi buatlah yang terbaik. Hikhik! Juri cuma sorang, iaitu Qery, kahkahkah! Sebab dia selalu jadi juri kat sekolah. Kite bagi dia je jadi juri.
Tarikh last tunuk buat entry adalah 27 Julai 2012. Dan pemenang pulak akan diumukan pada 13.8.2012 Jam 9 pagi. Saja je bagitau lama sikit, nanti kalau bgtau awal korang pakai before raya. Huhu
 
 
 
 



hmmm, dah lama ngidam nak beli handbag baru..

inilah kisah sedih daku..


sebab apa aku nak sangat hadiah beg dari sepet..? senang je sebab aku kurang duit nak beli sendiri.. betul, aku rasa last aku beli handbag tahun ... err aku pun tak ingat bila. aku rasa 2009/2010. see? dah lama kn? tu pun beg harga 35 hengget ja. sedih tak? aku student lagi, tgh sambung belajar so duit adalah sesuatu yang sangat2 aku kena jimat. tak boleh berjoli macam orang lain. aku bukan anak orang kaya yang boleh shopping suka hati. handphone pun aku guna handphone yang sama waktu aku degree dulu. dah 5 tahun guna handphone ni. bateri kejap je pkai dah weak. bhgian belakang pulak tertanggal, so aku lekat guna salotep jek. sedih tak? sedih tahuuu.. lagi2 bila jmpa kawan2 lama dorang keluarkan handphone canggih2, iphone 4s, samsung galaxy s2, paling cokia pun blackberry.. aku? handphone yang sama.. handphone 5 tahun lepas..yang aku terpaksa lekat bahagian blkg guna salotep..yang tiba2 off sendiri..yang dah sopak2.. tapi aku harap aku masih bertahan guna handphone ni selagi dia xrosak. sebab bajet tak ada untuk handphone. =( handbag? sama jugak.. dah lama tak beli handbag sebab kena saving. dahulukan yang mana perlu.. nasib aku ada adik, so aku selalu jugak guna bag dia je.. tapi aku pun malu la kalau asik guna org punya je kan. aku kakak, patutnya aku yang provide kat adik, tapi ni bertukar pulak.. beg yang aku duk guna skrg aku beli tahun 2008. beg yang aku beli 2tahun lepas tu pun still pkai lagi tp dah mcm nyawa2 ikan. serius, tak tipu. aku igt lagi aku beli beg ni thn 2008 ni kat pasar malam je. harga dah lupa, mungkin 25-30 je.. sampai skrg aku guna lagi.. hari tu tiba2 aku perasan kat handle bag tu dah koyak. tau aku buat ape? aku lekat guna gam. so aku still guna lagi. tapi baru2 ni aku tengok dah koyak balik. aku jadi sendu bila tgk kwn2 pkai beg cantik2, mahal2. tapi aku pendam je, aku buat mcm takde persaan. sebab aku tau aku tak mampu nak beli beg cantik2 dan mahal2 macam tu. tak pernah lagi aku beli beg harga lebih 50. dengan keadaan sekarang ni yang menganggur, lagi la aku tak mampu.  nak pegi beli beg 35 hengget pun pk 444 kali. tapi apa2 pun,  aku sentiasa bersyukur dengan nikmat2 Allah. dah banyak nikmat dia bagi tapi kita selalu je take for granted semua tu. kesihatan, peluang untuk belajar, pancaindera, insan2 yang menyayangi kita, kemampuan untuk beribadah etc.. semua tu nikmat yang jarang kita bersyukur. ada orang duit juta2, tapi tak ada family, hidup tak tenang dan bahagia. ada orang kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn petang, tapi bahagia hidupnya sebab ada family tersayang sentiasa di sisi.. ada orang kaya raya, hidup bahagia tapi sakit.. ada orang kaya raya hidup bahagia tapi tak tenang sebab ramai orang dengki dan iri hati. ada orang miskin duit tapi kaya budi bahasa. macam2 ada kat atas dunia ni. yang penting kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan pada kita. di samping berusaha juga untuk ke arah yang lebih baik dunia akhirat.


apsal aku macam jauh tersasar ni? errr..=p





(gabungan kisah benar dan sedikit penambah perisa)





so sesiapa yang rasa nak menang hadiah beg raya yang agak mahal tu.. jom la join! kalau taknak pun apa kata ringankan jari like sepet shop.. boleh klik kt side bar tu.. =)

Tuesday, July 17, 2012

DIY bunga telur

assalamualaikum..


walaupun tangan sy ni jenis macam tak dibedung, tapi teringin jugak feeling kreatif.. so dengan gigih dan penat lelah nak DIY bunga telur sendiri..

kalau cakap bunga telur ni macam2 jenis ada.. tinggal nk tetap pendirian je.. yela, semua pun comel2.. ada bunga dip, bunga stokin, bunga kristal, buga tissue, macam2 kan.. tapi sy awal2 dah bekenan sangat bunga telur kristal. penah cari online kristal tu tapi ntah kalau tak tengok depan mata, tak pengang, tak tekan2 biji2 kristal yg comel tu jadi macam tak puas hati.. so kena cari sendiri la.. nak ke KL jauh sangat..

so hari tu kebetulan ke SSF dan berjodoh pulak terjumpa manik kristal besau2 tu.. jenis teardrop tu.. gumbira bukan kepalang la kan.. beli 2 bekas.. 1bekas hrga RM22, ada 150 biji. serius dekat penang/kedah susah sangat3 nak cari manik kristal jenis ni yang saiz besor.. dah cari merata tempat takda.. nasib SSF penang ada.. macam2 kaler ada.. *happy!

so sy beli kaler purple.. tangkap muat je kaler tu.. taktau nak ambik kaler apa.. tengok2 memang kaler tema bride side tukar ke purple tanpa disengajakan.. so padan sgt la terbeli manik kristal purple tu..

inspirasi??






lebih kurang la.. tapi lain sikit.. kata pun inspirasi kan, so lain la sikit kita modify.. ehehe..










p/s: maaf la kalau gambar ni ada hak milik peribadi sesiapa.. lupa copy dari mana sebab selalu cr tru google image.. T_T

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails