Showing posts with label cakap cakap. Show all posts
Showing posts with label cakap cakap. Show all posts

Monday, January 27, 2014

bersyukurlah..apa adanya..



Assalamualaikum..

Auu cak!

Hmm hari ni tetiba rasa nak meluahkan sesuatu but it is more to something motivational lah KONONnya. Lately, I read a lot of motivational quotes and writes about live and courage. They hit me many times sebab memang ‘dush’ kena batang idung penyek ni. It is sooo true walaupun cliché yang bahawasanya kalau kita tengah bersedih atas sesuatu perkara, ketahuilah bahawasanya orang lain ada yang lebih bersedih daripada kita. Cliche i know, but it is sooooo true!!

Yeah, we keep on counting for what we don’t have or lack and even comparing it to others. But do we even count the countless things that we already have that we take them for granted? Do we realize it? errr.. berterraburnya ayat kau.. haha..





U merungut kereta buruk tapi tahu tak ramai yang tak ada even kereta buruk dengan aircond rosak tingkap jam itu? 

U merungut dah lama tak makan kat hotel/restaurant tapi tahu tak ada yang tak masih mampu nak makan even kat gerai tepi jalan? 

U merungut kerja u susah bos pulak cerewet tapi tahu tak ramai yang masih jobless pusing Bandar masih tak dapat kerja? 

U merungut suami/isteri u pemalas tak romantic pulak tapi tahu tak  masih ramai yang masih menunggu jodoh yang tak sampai2? 

U merungut geram dan marah sebab penat nak melayan anak u sepah2 rumah tapi tahu tak masih ramai yang belum dikurniakan anak gigih berusaha bersusah payah hanya nak dapatkan walaupun seorang? 

U merungut hidup u bosan tapi tahu tak ramai yang telah meninggal dan minta Allah kembalikan mereka ke dunia semula semoga boleh beribadat dan sujud kepada Allah? Errrr... hihi.. wallahualam..

Banyak lagi sebenarnya yang kita rungutkan dan rungutan2 di atas bukan rungutan saya.. harap maklum ye..hehe.. itu sebagai contoh la. 



 Bukan tak boleh nak mengeluh or merungut langsung, kita kan manusia biasa yang penuh dengan kekhilafan dan fragile hatinya, tapi lepas dah mengeluh2 tu ingat balik nikmat2 rezeki2 yang dah kita ada. Kita akan lega sedikit, insyaAllah. Allah dah bagi rezeki dan nikmat melimpah ruah apa salahnya Dia nak uji kita sedikit kan. 

Walaupun diuji kita kena bersyukur sebab itu tandanya Allah sayangkan kita, dan nak kita selalu ingat Dia. Merayu2 kat Dia. Ada terbaca tanda2 hilang rahmat Allah kepada kita apabila semua kehendak kita, senang je dapat. Maka kita pun terus leka dan leka. Malah sampai satu tahap menganggap segala yang dimiliki adalah hasil usaha sendiri. Tak fikir pun semuanya datang dari Allah SWT. Astaghfirullahalazim.
Maka bersyukur lah dengan apa yang ada. Allah lebih tahu apa yang kita perlukan pada tika dan saat ini. AturanNya adalah yang terbaik. 

nak merungut lagi tak? =p


Monday, November 5, 2012

november..here u come..

assalamualaikum..

before this duk rasa lambatnya.. tapi tetiba sekarang macam "arghhhh..dah 5 nov???" apsal cepat sangat ni?? anyway alhamdulillah..semua berjalan dengan ok.. i dun have banyak sangat preparations nak buat sebab my wedding adalah sangat simple.. cuma berharap semua akan berjalan lancar dan diberkatiNya.. =)

but still i ada beberapa perkara teringin jugak nak DIY..walaupun tak gah mana pun tapi dapat memuaskan hati sendiri cukuplah.. and also disamping menjimatkan..hikhik..yela, sy ni pengantin budget kott.. penganggur setia.. so kena la ukur baju di badan sendiri..

so antara perkara yang nak/dah di-DIY ialah
1. centerpiece -pending
2. goodie bag - in progress *ada 3 jenis. haha
3. veil/tudung - in progress
4. curtain/backdrop - in progress
5. bunga pahar - done! *thanks mak =)
6. kad - done! 
7. guestbook - in progress *taktau lagi nak guna ke tak.hmm..
8. beading baju bertandang - pending
9. decoration bilik - in progress
10. signage - pending

so far tu yang dapat ingat..mungkin ada lagi tapi tak ingat.. so nanti insya'Allah sy akan share semua ni.. walaupun tak cantik/kreatif/kebaboom, tapi ape2 jela kan.. =p

Tuesday, October 23, 2012

acne..why u no go away?

assalamualaikum..


kadang2 fedap betul lah hai dengan spesis jerawat ni.. sy pun tak tahu apa masalah dia nak berebut2 naik kat muka. macam ada pertandingan siapa tumbuh paling banyak/besar dia menang. pelis la jerawat, sila attack muka kucing ke, badak ke, harimau ke.. (ok tak baik doakan benda tak baik..sob3..)

waktu teenagers alhamdulillah takde langsung masalah jerawat. kalau ada tu sikit2 dan jarang sangat la.. tapi after SPM je ada la suatu tragedi yang membuatkan muka start berjerawat. (nyesal tak sudah) then sampai sekarang dia xstop naik.. ada la stop kejap2.. walaupun even sekarang takla teruk sangat tapi still boleh stress jua.. oih, siapa taknak kulit muka mulus tulus flawless etc..

kadang ada jugak rasa nak try makan/pakai itu ini itu ini yang digembur2 kan boleh mencantikkan kulit tu.. alaaaa, banyak je kan beauty products kat luar tu yang duk promot macam2..tapi takot menguasai diri.. dari nak cantik terus berpenyakit tak pasal2.. produk2 sekarang bukan boleh harap sangat, ade ke diorang nak bagitahu side effects dari pengambilan produk diorang kan..semua mesti la canangkan satu donia kehebatan produk masing2.. bukan ape, takut long term effects la kan.. hati, buang pinggang rosak mana nak cari ganti..

apsal duk merepek merapu bagai nih..? memang slalu pun macam tu kan.. actually nak ala2 monolog dari hati ke hati sendiri je.. penat tau duk tatap jerawat dan free gift nya parut ni.. nak kawin lagi 3 minggu.. sempat ke parut2 ni nak lesap?? arghhhhhhhh...




FINE!

Thursday, April 12, 2012

cerita earthquake aceh 8.9

assalamualaikum..

eh..semalam rasa tak gegaran earthquake? kat penang ni kuat jugak la rasa.. meh nak story..

biasala time cuti kan, lepak2 rumah je.. malas la nak keluar, baik manjakan diri dengan bermalas-malasan kat rumah.. ngehehehe.. so petang semalam duk lepak2 dalam bilik, online je kejenye.. i online guna meja jepun kecik je so memang duduk atas lantai je tepi katil.. i duk master bedroom dengan 4 orang housemate..so ada 2 katil double decker kembarkan kepala ke kepala katil..err, leh imagine x..huhu..

 kebetulan atas katil satu lagi ada roomate duk online atas katil dia.. i duk katil lg 1 sambil menyandar kat katil i..then suddenly katil bunyik2 dan bergoyang2.. dalam hati duk pikir "budak ni duk begerak2 kuat la pulak goyang katil nih (katil besi double decker).. yang peliknye kalau dia gerak2 atas katil dia pun, apasal katil i pun goyang and bunyik2 ni.. then dalam duk pikir tu, tetiba dia terjun.. pastu semua housemate bilik lain pakat keluar bilik masing2 dan bising2 cakap bergoyang.. yang tidur pun terjaga, yang tengah tengok tv pun stop masing2 bising.. pastu dengar jiran2 jerit2 lari turun bawah.. kitorang tingkat 7..

tapi dalam ketaq lutut tu sempat lagi duk gelak sbb turun dengan seluar tidor kotak2.. i ni siang ke malam ke memang suka pakai baju tidor sebab selesa je rasa.. hahaha.. nasib baik sempat je grab sweater ngan tudung..kalau tak, habis la jiran2 tengok i berbaju tshirt kecik lengan pendek..sob3.. nasib baik.. turun bawah kakak i kat kedah kol tanya rasa tak gegaran sebab dia kat kedah pun rasa...


then dalam 15 min kat bawah rasa macam dah ok, kitorang pun naik la atas balik.. semua pakat buka cerita la.. dia ni rasa itu, rasa ini.. yang paling lawak roomate i yang atas katil tadi tu.. boleh pulak dia ingat ada hantu goncang katil dia..tu yang dia terjun katil.. lawak kot siang2 boleh pikir camtuh.. huhuu..

kawan i yang kat queensbay pun cakap sana kecoh2 semua kena turun keluar dari queensbay mall tu.. dia dah la duk workout dalam gym situ.. ingat ada kebakaran katanya.. jam la kat luar sebab masing2 berebut nak balik.. 




tapi sejam kemudian rasa lagi.. tapi kitorang dah tak turun sebab masing2 dah malas.. tapi rumah atas panggil2 suruh turun.. kitorang wat tak tau jek.. haha.. demikianla cerita earthquake aceh 8.9..

Wednesday, March 21, 2012

mama..i want flat tummy!!

assalamualaikum..

tengah bersedih sekarang ni.. rasanya macam doplohpatjam makan je.. makan pulak heavy meals.. hasilnya sangat positive.. positive kepada perut yang semakin comel.. dia comel maka makin nak tonjolkan diri di kalayak ramai.. over tau perut ni.. dah la muncet, pastu suka hati lak menonjolkan diri kan.. nasib baju longgar2, kalau ketat habis terbongkar rahsia selama ni membela suatu perut yang comel dan indah.. *pengsan


serius sangat rindu perut flat dedulu kala.. takde la lama mana pun dalam 3 tahun lepas pun ok la.. takkan nak perut zaman skolah rendah kot kan.. flat memang la flat..semua pun flat.. *hahhaha


dedulu i rajin benor buat sit up.. and exercise.. i malas jogging, tapi sangat rajin naik turun tangga.. bukan setingkat dua tau, bertingkat2.. dulu duk asrama kt usm tu tak mau aih cek naik lif, cek naik tangga habaq mai.. so waktu tu berat cek terkawal.. dah la rajin sit up, rajin naik turun tangga pulak tu, pastu kadang2 jogging.. anak sapa la kan rajin sangat tu..?? *rasa nak pitam x? haha


so sekarang dengan makan heavy meals patplohpatkali sehari+tak exercise+kuat tidor=ada hati nak flat tummy dan berat ideal?? kirim salam jela kan.. lagi +-7 bulan nak kawin ni kena la dapatkan balik flat tummy itu cik senah oii.. tak malu ke nanti encik suami tengok? walaupun katanya comel jika perut berisi sedikit lemak.. yela sedikit..lama2 jadi bukit.. nak?? T__T


so, tekad hari ni nak mulakan sit up and kalau rajin nak exercise sket..(apa? kalau rajin???) hahaha

kita buat sit up bangun pagi 40x, petang 40x, malam b4 tidur 40x.. total 120x sehari.. sikitnya nak banding orang lain.. takpela.. ok la tu.. takmau la perut ketul2 plak..

so bakal menjadi....






nak!! takpe..tunggu kau flat tummy..


tapi kalau tak sit up akai ni je jadi x???




pemalas kan saya ni.. hahaha.. takpe, kita pilih sit up sbb FOC!


wasalam

cantik lah luar dan dalam

assalamualaikum..





siapa yang taknak cantik kan? i bet most women nak cantik and of course want to be beautiful inside and outside.. maka ramai la berlumba2 beli produk itu ini semata mata nak cantik.. collagen, sheep placenta, vit E, vit C, etc.. itu baru untuk kecantikan kulit belum lagi kecantikan body.. pastu mula la beli corset premium beautiful, elken, spanx, etc.. sebab apa? sebab nak  body cantik pulak.. tak dilupa rambut dan kuku.. pegi saloon buat treatment rambut, pegi mani/padi.. beli barang2 mekap lagi.. fuhhh, berapa banyak perempuan habis untuk semata2 nampak cantik? penatnya jadi perempuan kan.. tapi penah terfikir tak kenapa perempuan sanggup berhabis sebab nak cantik? nak tunjukkan kat siapa? that's the reason sometimes saya sendiri takut bila fikir.. takot membawa kepada tabarruj yang menyalahi hukum.. na'uzubillah..


tapi honestly me too, tak terkecuali dari golongan perempuan yang nak cantik luar dan dalam.. tapi disebabkan bajet takde, so  saya tak de lagi pernah membeli/ memakai perkara2 di atas.. ye, memang nak sangat try produk2 yang digembar gemburkan hebat tu.. nak bagi kulit cantik,nak body cantik semua la.. tapi saya masih ukur baju di badan sendiri.. tak mampu lagi, so usahakan dengan cara yang mampu.. mungkin hasil tak macam orang lain, tapi bersyukur dengan apa yang ada..


for those yang yang makan itu ini,pakai itu ini, untuk cantik, saya doakan kita sama2 cantik luar dan dalam ye.. dan ingat jangan sampai menyalahi hukum, insya'Allah.. dan jugak, cek betul2 produk anda tu takot terkena yang tiruan.. nak cantik, xpasal2 jadi "horror".. hehe..


pesanan khidmat masyarakat..        *PANG!!




wsalam..



Saturday, February 25, 2012

guestbook?

assalamualaikum..


actually tak pernah pun nak ambil tahu pasal guestbook sebab tak nak sediakan pun guestbook untuk majlis saya nanti.. sebab i don't think majlis saya nanti guestbook akan terisi dengan jayanya.. tengok2 kosong je.. hahaks.. but semalam my friend nak cari guestbook for her wedding and disebabkan saya memang nak sponsor something on her big day nanti so i guess a guestbook would be a wonderful gift too! yela, alang2 nak bagi hadiah something yang memorable, so guestbook is a great idea! it can be beneficial during and after the wedding.. right?? so yeah, guestbook..come to mamaaa... LOL


dengan itu, bermulalah pencarian guestbook.. tapi saya baru jumpa 1,2 vendor untuk guestbook.. kalau boleh saya nak cari yang affordable la sementelah saya masing menanam anggur tapi tak berbuah2 pun kan.. hihiks.. but susah nak cari yang murah dan cantik.. (ape, hengat guestbook tu buat guna suratkabor lame??) =p


sebab ape nak cari guestbook yang harganya berpatutan? sebab:

a) tanam anggur
b) best friend 3 orang kot nak kawin masa dekat2.. 1st end of may, 2nd early jun, 3rd early july.. mane nak cekau duit nak bagi hadiah..? bestfriend kot.. mesti la nak bagi something yang memorable.. kan..







kalau buat sendiri takleh ke? kihkihkih.. =p

Saturday, November 5, 2011

lembu dan kambing nanges ke??

assalamualaikum..


berapa ekor lembu, kambing, kibas, unta, tumbang tahun ni? alhamdulillah tahun ni mak i buat korban lagi.. dengan kakak and sedara mara jugak.. so raya ni bz.. ya bz.. bz makan uols! LOL


so saya akan bersiap sedia untuk menonton perut yang akan membengkak dek kerana overloaded.. justeru jangan salahkan mak mengandung.. T__T


ok, selamat menyambut hari raya aidiladha! semoga ibadah korban kalian mendapat berkat ye.. =) *HUGS!!


comel momels tak i..?? tak gentar pun hokeh!!! 


















































okeh, yang ni seram!!!! sape suka makan sup lidah??????? *PITAM!

Thursday, November 3, 2011

wish list

assalamualaikum..


semua orang ada wish list.. kan? tak kisah la wish list untuk apa.. untuk kehidupan secara general, kerja, keluarga, birthday.. errr, BIRTHDAY? *ceaa buat2 terkejut terkulat kulat pulak kan..


emm, so my birthday always in november.. boleh pulak kan birthday tukar2 bulan.. LOL.. ok, birthday saya jatuh dalam bulan november.. dedulu i takda la celebrate sangat, sebab family i bukan jenis celebrate birthday.. memang birthday siapa2 pun dalam family tak penah pun celebrate.. sedih tak?? TAK PUN.. sebab i tau walaupun tak celebrate, tapi kami tetap sayang each other.. *HUGS!


then bila dah besor sikit dah pandai berkawan, mula la celebrate sebab kawan2 buat surprise la la.. seronok jugak.. =) ada satu cerita lawak ni waktu kat matrik tu, hari tu birthday i, then hari tu parents hantar balik matrik nun jauh di changlun.. on the way tu abah i terlanggar apa ntah bunyi kuat.. then bau minyak kuat jugak la..tapi abah tak stop and check pun.. pastu bila dah sampai kolej, tengok2 tangki depan tu dah bocoq.. patut laaaaaaaa... abah nak balik jugak.. i punya la risau kat parents waktu tu.. kat bilik duk nanges2 risau..memang dah tak ingat hari tu birthday i.. pastu tetiba kawan2 bawak kek.. ah?? oh.. lagi la nanges... rupanya diorang ingat i nanges sebab takde sapa pun yang ingat birthday i, padahal diorang dah beli kek tu.. hahahampeh la.. tak kisah la..


tengok..tengok.. kan mukadimah berjela boleh buat novel... T__T


so pendekkan cerita cepat2 sebab i nak buat keja lebih penting daripada melagha ni..*selalu pun cakap macam ni



wish list i untuk birthday tahun ni bukanlah list sebab satu je.. eh2..tetiba macam banyak wish.. tak sukewwwww.. *nyampahs!


1) rahsia.. *malu
2) nak sembuh daripada shingles! (nak betul2 sembuh..i mean clear up all the scars..huhuu sedih tau)
3) nak parents sihat2 sentiasa.. (ALWAYS! always be my wish every single day..insya'Allah)


i tak berapa berahi sangat nak benda2 alah seperti gadget, etc.. (buat masa sekarang..ehek!)


muka malu2 i.. *malu tauuuuu.. PITAM!

so itu wishlist untuk birthday tahun ni.. eh tetiba nak tambah lagi satu dek non!!

4) nak habiskan study cepat2 and cepat2 cari kerja.. =) insya'Allah.. moga dipermudahkan..


Tuesday, November 1, 2011

getting engaged anyone?

assalamualaikum..


holaaa.. kamu, kamu, dan kamu siapa yang dah bertunang? yang nak bertunang? i mean, yang betul2 nak bertunang lah, yang dah ada tarikh and sedang buat preparation.. kalau rasa nak bertunang saje, i pun dah lama rasa..... T__T


nothing, i just want to know how you prepare for the event. nowadays, kita tengok kan orang tunang macam kahwin, kengkadang tu i rasa orang kahwin pun boleh kalah.. serius lah, ada hari tu bila ntah tengok kat NONA, (NONA tv3 lah..bukan tepung kek nona ke nano ke keh!), i tengok majlis tu macam nice la, cantik benor.. i tanya la rakan menonton tu sebab i dah ter miss part awal, i cakap "cantik jugak kan pelamin kawin dia, dengan hantaran mewah jek nampak..i tak mampu kak temah oi..." then teman tu pun cakap"ni dia tunang jelaaaaa"  hapakah dugaan ni?? melihat orang tunang begitu grand semacam dugaan...... hoho..








lately i ada survey2 pasal tunang, kahwin ni.. gatal uols! padahal........ then i survey2 budget, mak oiiiiii! memang tak mampuuu, kau mampu?? *tetiba



betullah, belanja kahwin sekarang memang kadang2 i rasa ridiculous ya hamat! boleh beli kereta sebijik, in fact rumah sebijik kadang2 tu.. seram tau...




rasanya tadi pasal tunang kan?? KAN? KAN? oh biasalah, tua2 ni kuat merepek, ke laut sajok.. ok2, back to topic, pasal Tunang ye cik jah... hmm, selalunya bajet berapa ek untuk majlis tunang je.. kalau hebat2 tu ada la riban2 kan.. tapi kalau simple2 pun boleh juga cecah riban2.. adoi la.. i ingat nak buat simple hamat jek.. majlis yang cinonet2 gitu.. *tapi bilakah? erk.. pitam!!


agak2 kalau i ada 500 jek boleh tak nak tunang??? *JANGAN PITAM! PLEASE!








Friday, October 21, 2011

berusahalah!!

assalamualaikum...


i wish that everyday i just sit around and do nothing that burdening my brain.. haha.. sounds so lazy.. yeah.. i always wonder how is everyone so passionate about their job? is it because they got their dream job or is it just me that hate my job.. i know i shouldn't be so pessimist about it, perhaps i just should give colors to my job and run it happily like everyone else..

after all there is only 1 step left for me to end this misery.. yet it is the hardest part.. ayayayaii!


ganbatte!!!! chaiyokk!!! berusahalah!!!


for those who has the same issue like me, please read this:



Believe with all of your heart that you will do what you were made to do.
Orison Swett Marden



Nothing great was ever achieved without enthusiasm.
Ralph Waldo Emerson






wasalam.. =)

Thursday, October 20, 2011

old bestfriend..

assalamualaikum..


have u been in this situation.. once u used to have a very best friend on earth.. u share everything with her, u do everything with her.. (mandi pun sama..haha).. but then when u guys get older, everything seems different.. u are no longer share the same interest or the same passion.. time after time u and her are getting away.. now u and her seem like totally strangers..okay, i admit this is about me.. T__T


but 1 day, she requested to be ur friend on facebook.. what would u do?


nahhh.. u maybe do not have any problem to approve right.. but i'm not that kind of person who likes to approve easily.. i don't know, even he/she might be someone that i know, i still feel that i don't want to approve the request.. BAD BAD BAD person.. it's not that i'm a swanky or cocky person, it's just that i don't know.. sigh......


and now i am still thinking about the friend request.. should i or should not i approve it.. ayayaya.. think again, it's not a big matter but.. sigh.. again...





i should approve her perhaps.. she left me a message after all..  BAD BAD BAD me..... pffftt!

Wednesday, October 19, 2011

maxi skirt anyone?

assalamualaikum..

enuff with the sorrow.. now i begin to get back on track y'all.. feel great to have that kind of experience..  ok, enuff is enuff..


well i know you guys know maxi skirt/dress more than i do.. and i search for this so-called modest attire for muslimah like forever.. err, of course it takes like for eternity for me since i kinda a cheapskate person..senang cakap kedekut.. ahahahahh! well i laugh at myself..booo..! T_T

i did look for it everywhere but none meet my expectation.and again it's due to my lame expectation (frankly).. i expect it to be gorgeous yet sold at reasonable price..(err, i must say CHEAP).. well walaupun kedekut, i managed to buy several maxi skirts. i think i bought 3 pcs, and not really wear them. 1- too tight for me.. showing the shape of my butt.. and hips.. and i look insanely hideous! too sexay i reckon.. (please faint!!!) =p .. end up sold it to my housemate at 1/2 price since it's still new and never worn.. 2- it was purple in colour and cotton.. hardly to match with tops and a bit sheer..must wear with petticoat.. but now, i just wear it at home.. 3-just bought a couple week ago.. worn once outside.. it's nice and comfy.. but it's blue black and i can hardly match with any available tops.. (is this means that i need several new tops??) LOL..


but what i want to post here is not me mumbling insanely.. its rather a bunch of maxi skirt pics that i got from "uncle GOOGLE".. nothing, just to share these pics with u guys.. hope u drooling with me.. =)












perhaps u found nothing is amazing here.. maybe i am outdated.. pfffttttttt....









wasalam.. =)

Sunday, August 21, 2011

dah buat kuih raya?

assalamualaikum..


diyanazman.com





kak tipah, kak senah semua dah buat kuih raya? 


hmm, i jangkakan lah kan 80% blog kat malaysia ni asyik cerita pasal raya jek sekarang.. dan perkara ni akan berlarutan sampai syawal ke-nambelas.. mungkin ada yang melarat ke zulkaedah zulhijjah..mungkin lah..


kronologinya mungkin begini.....



sebelum raya nak cerita pasal baju raya tak beli lagi lah, baju raya beli kat mana, shopping raya dengan siapa, baju raya salah jahit lah, kasut raya warna ape lah, tudung raya xsedondon ngan baju raya lah.. then nak cerita tengah buat kuih raya lah, beli kat kak mona lah, etc... (jangan lupa, background blog pun lagu raya uols......)



di hari raya nak cerita pergi beraya ke rumah mak cik, mak ngah, atok, nenek, mak halimah, makan ketupat rendang arnab, kari kambing, lontong, laksa singapore, nasi arab, tempoyak,  etc.. waktu ni kena hidang dengan gambar2 makanan di hari raya lah.. dan tak lupa, posing2 maut masing2 dengan pakaian raya yang blig2 gituuu...



lepas raya still mood raya ada lagi rumah terbuka bla bla bla...






see? semua akan berkisar pasal raya... so, kuih raya dah buat belum??

errr......

Saturday, August 20, 2011

Time goes by, life goes on, and all I can think of is you are gone...

the quote i got from my friend's fb wall..

well,  its hurt to live with frustration.. i just cant tell u the truth.. because i can change nothing.. yes nothing that i can change to make it better.. the bitter that i feel inside is killing me..

i heard that u found someone, well i hope only the best for u.. i wish nothing but the best for u..






"Someone Like You"

I heard

That you're settled down
That you
Found a girl
And you're
Married now

I heard

That your dreams came true.
Guess she gave you things
I didn't give to you

Old friend

Why are you so shy?
Ain't like you to hold back
Or hide from the light

I hate to turn up out of the blue uninvited

But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over

Never mind

I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
"Don't forget me", I beg
"I'll remember", you said
"Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead."
Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead,
Yeah.

You know how the time flies

Only yesterday
It was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise
Of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited

But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind

I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
"Don't forget me", I beg
"I'll remember", you said
"Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead."

Nothing compares

No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known
How bittersweet this would taste?

Never mind

I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
"Don't forget me", I beg
"I'll remember", you said
"Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead"

Never mind

I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
"Don't forget me", I beg
"I'll remember", you said
"Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead"

"Sometimes it lasts in love

But sometimes it hurts instead"

Friday, August 19, 2011

wahai sang hati




Duhai hati...
Mengapa perlu engkau bersedih?
Mengapa perlu engkau tangisi sesuatu yang sudah bukan lagi milikmu?
Mengapa engkau selalu memikirkan tentang sesuatu yang bukan merupakan hal ehwal urusanmu?
Mengapa engkau selalu mahu menyalahi takdir?
Mengapa engkau selalu sukar menerima hakikat realiti?
Mengapa engkau sukar mengerti dan memahami apa yang sedang berlaku?


Wahai sang hati...
Andai engkau mengetahui betapa hebat aturan-Nya,
Pasti engkau akan sabar pada pukulan pertama di atas badai yang melanda dirimu,
Pasti engkau akan redha di atas setiap percaturan-Nya,
Pasti engkau akan yakin dan percaya akan setiap tindakan-Nya ke atasmu hamba yang lemah lagi hina.
Kadangkala kita terlalu inginkan sesuatu,
Tetapi Dia lebih mengetahui,
Kerana barangkali apa yang engkau suka itu tidak baik bagimu,
Dan barangkali sesuatu yang engkau tidak suka itu baik bagimu,
Hebatnya perancangan Rabbul Izzati.


Aduhai kalbu...
Nalurimu meraung-raung sekuat hati demi menggapai secebis keinginanmu,
Dan apabila kau berjaya untuk mendapatkannya,
Kau jadi lupa kepada yang memberikanmu nikmat itu,
Maka kau layari bahtera yang terumbang-ambing itu demi kepuasan dirimu,
Malangnya tiba suatu masa,
Engkau tersungkur di persada jalanan dek kerana terlalu ghairah mengejar duniawi,
Tatkala itu barulah engkau mula mengenal sang Pencipta.
Jatuh tersungkur itu bukan buat selama-lamanya,
Namun itulah api yang menyemarakkan nyalaan obor hatimu,
Itulah perisai diri yang mula untuk memagari dirimu,
Tatkala itu pasti engkau terkedu seketika,
Betapa pintu pengampunan-Nya masih terbuka luas buatmu.

Wanita solehah idaman semua...
Untuk merealisasikannya bukan satu perkara yang mudah,
Tetapi ia sama sekali tidaklah mustahil,
Ayuh kita menjadi seindah mawar berduri.
- Artikel iluvislam.com

Thursday, July 21, 2011

why.. it is always you..?

assalamualaikum..



But why after all these years you came back and i realized that the feelings were never gone?


I wish that they were gone like the wind blows the dust.



Monday, July 4, 2011

kata demokrasi

assalamualaikum..




uiks, dah lama tak buat entry baru.. malas + tak ada apa yang nak ditulis kat sini.. my life tak best macam korang, and i pun tak ada info menarik nak dibagi tahu..


tapi i terkilan dengan sesetengah pihak.. ni pasal kes wardina..


kenapa la ada manusia yang busuk hati nak menjatuhkan orang lain kan.. kalau lah kan betul wardina tu join PKR, tapi itu salah dia ke? kata negara demokrasi.. dia boleh je nak pilih mana2 parti yang dia nak, yang betul di mata dia.. kalau la dia join program kerajaan, mesti tak ada masalah kan? memang la dia keja dengan tv3, tapi tv3 tu kerajaan punya ke? bukan swasta ke? dan if betul tu kerajaan punya pun, rezeki tu Allah yang bagi.. haihh, macam2 la.. i ni bukan la nak sokong pembangkang ke kerajaan ke, cuma hak sebagai manusia tu mana?? dia bekerja, bukan goyang kaki hujung bulan masuk gaji riban2.. entah la..


dah tu, buka aib orang pulak.. tunjuk gambar2 dia waktu tak bertudung dulu.. sendu lah diorang ni..


apa2 pun, doa manusia ni sentiasa didengar oleh Allah, so, jangan la putus berdoa.. doa orang teraniaya kan dimakbulkan.. AMIN..


Wednesday, June 15, 2011

pesanan buat para wanita



"Nikah gantung jom?Saya nak kahwin dengan awak"


Wanita solehah,tidak akan sesekali berani menawarkan dirinya untuk di kahwini dengan berkata sedemikian rupa kepada lelaki malah dia juga tidak akan sesekali mengajak seorang lelaki berkahwin dengan cara sedemikian kerana dia sentiasa yakin bahawa jodohnya telah ditetap sejak azali lagi.Selain itu seorang wanita solehah juga,lazimnya memiliki sifat malu kerana dia sedar bahawa malu itu sebahagian daripada iman.


Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sifat malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan".
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)


Namun, ramai diantara wanita-wanita zaman sekarang yang telah lenyap sifat malu didalam diri mereka.Oleh sebab itu mereka tidak berasa malu untuk berpakaian dengan pakaian yang menjolok mata dikhalayak ramai,merokok di tempat-tempat awam seperti di taman permainan dan kafe-kafe,bergurau senda dengan lelaki yang bukan mahram tanpa batasan dan banyak lagi.Oleh kerana tiada sifat malu ini lah perkara-perkara buruk dan negatif seperti ini berleluasa,maka telah menjadi tugas dan kewajipan seorang wanita muslim itu untuk membataskan diri mereka dengan menanamkan sifat malu yang tebal dalam diri mereka.


Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Iman itu lebih daripada tujuh puluh atau enam puluh cabang,maka yang paling afdalnya ucapan 'Laailahaillallah' dan yang paling rendahnya membuang perkara yang menyakiti dari jalan dan malu sebahagian daripada iman".


Wahai wanita yang solehah,renungilah kata-kata pujangga ini:
 "Orang yang dituntun oleh agamanya,yang diluruskan oleh akalnya,yang dijaga oleh hartanya dan yang dihiasi oleh rasa malunya maka dia telah menghimpunkan semua nilai keutamaan dalam dirinya".


"I love you...I love you so much...ILYSM...MY (I love you so much....miss you)
Macam-macam ungkapan yang diungkapkan untuk menerbitkan isi hati atau menyatakan cinta dan kasih kepada seseorang.


Patutkah seorang wanita yang berpendidikan agama,menutup aurat sepenuhnya dari hujung rambut hingga hujung kaki berkata begitu pada seorang lelaki yang bukan sesiapa pun pada dirinya,jauh sekali suaminya.Dimana letaknya maruah diri sebagai seorang wanita muslimah?


Jika dia benar-benar seorang wanita muslimah,dia tidak akan sesekali berani berkata begitu,kerana dia sentiasa takut akan kemurkaan Allah Swt.Dia juga akan sentiasa berfikir akan kesan-kesan yang mungkin timbul apabila dia menuturkan kata-kata sedemikian rupa terhadap seorang lelaki yang belum sah menjadi suami.Selain itu wanita solehah juga akan sedar bahawa bukan semudah itu caranya untuk menyatakan cinta kerana wanita solehah sentiasa mengharapkan syurga Allah untuk dirinya.


"Nikah gantung save dan safe...save duit,duduk asing tak apa,i tak kisah.safe hati,boleh jauhkan diri dari maksiat".


Bayangkan sekiranya seorang wanita yang berpendidikan agama,menutup aurat dari hujung rambut ke hujung kaki  mempelawa seorang lelaki berkahwin dengannya dan menyatakan ayat seperti diatas.Alangkah malunya apabila seorang wanita itu berkata seperti ini demi untuk mengajak seorang lelaki yang amat dicintainya mengahwininya sedangkan seorang wanita solehah perlu menyulamkan dirinya dengan perasaan malu dan berederhana ketika bertutur.Seorang wanita dibenarkan mengajak seorang lelaki bernikah namun perlulah dilakukan dengan cara yang betul dan tidak memalukan diri sendiri.


Renungilah Firman ALLAH dalam surah An-Nuur ayat:21 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui".


ALLAH berfirman lagi dalam surah An-Nuur ayat:26 yang bermaksud:
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia".


Bagi para lelaki diluar sana,sudah tentu anda menginginkan seorang isteri yang solehah dan baik budi pekertinya.Lantaran itu,sebagai seorang lelaki anda juga harus berusaha untuk menjadi hamba Allah yang soleh sebelum anda bercita-cita untuk menemui wanita solehah yang anda iimpikan.Antara ciri-ciri solehah seorang wanita yang diimpikan para lelaki ialah wanita itu mesti menjaga solat,taat kepada ibu bapa,berakhlak mulia,menuutup aurat,pandai mengaji al-qur'an,rajin melaksanakan puasa sunat dan lain-lain.


Sememangnya,mencari wanita yang solehah adalah sukar kerana sudah tidak ramai lagi wanita yang memiliki sifat-sifat mulia sebegitu dek kerana hanyut dengan 'trend' zaman sekarang.Tidak kurang juga bagi seorang wanita solehah,semakin sukar untuk menemui lelaki yang soleh  kerana realitinya kini tidak ramai lelaki yang mempunyai sifat-sifat soleh seperti sahabat-sahabat Nabi suatu ketika dahulu.Malah,yang menjadikan pencarian soleh dan solehah ini lebih sukar apabila seseorang itu perlu bijak 'menilai' batiniah seseorang kerana sifat solehah dan soleh itu tentulah berada di dalam hati individu itu sendiri dan tidak boleh dinilai dari sifat luaran seseorang semata-mata.Jika kita hanya menilai seseorang melalui caranya menutup aurat,belum tentu orang yang kita nilai itu baik dari segi akhlaknya. Ada pepatah melayu menyatakan,'Kulit baik,belum tentu isinya baik' manakala pepatah inggeris pula menyatakan 'Dont judge book by it's cover'


Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku di dalam sembahyang".
(Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai)


Oleh kerana itu wahai para wanita diluar sana,binalah benteng keimanan dalam diri kalian,jadikanlah sifat malu itu sebagai perisai diri kalian,hiasilah diri dengan akhlak yang menawan dan keperibadian yang anggun..moga-moga diri anda akan tergolong dalam kalangan wanita solehah yang sejati yang menjadi idaman setiap lelaki yang soleh...insyaAllah.


ALLAH berfirman dalam surah Al-Ahzaab ayat:35 yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar".


RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI WANITA.



ILUVISLAM.COM

Saturday, May 21, 2011

Ya Allah.. kepala macam nak pecah..

assalamualaikum..

oh.. macam mau pecah kepala sekarang.. ni nak buat thesis ke nak letak batu atas kepala.. T__T

kenapa tiba2 results and data semua tak nak bagi kerjasama.. masing2 nak tunjuk belang buat perangai.. tiba2 semua messed up.. macam mana ni..? macam mana ni..? tak kan nak repeat experiment2 itu? huarggghhh.. apsal awal2 tu tunjuk baik je results semua ni.. macam2 dugaan betul.. i almost give up la..tapi bertahan je semampu yang boleh.. Ya Allah, permudahkanlah ia bagiku..




err.. ni macam rilek lagi.. dah la cantik.. tak menggambarkan aku langsung.. haiyo! tukar2 gambar..

















haa.. ni baru macam aku yang sedang meroyan..



thanx! jua...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails