Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Monday, September 9, 2013

pemilihan cat rumah

assalamualaikum..

nak buat kerja lain tapi TERupdate blog..ter la sangat kan.. hmm,nak masuk rumah ni macam2 kena fikir kan.. selepas setel2 urusan jual beli tu dah boleh fikir pasal cat.. biasanya developer bagi cat putih je kan.. tapi kitorang ada advantage, boleh pilih warna cat sendiri.. dia bagi katalog, then pilih la nak warna apa.. luar dan dalam.. beside pilih cat boleh jugak pilih tiles sendiri.. itu cerita lain.. sekarang ni nak cerita pasal cat dulu..

dia bagi pilih tapi limit 4 warna sahaja. cat dari jenama kansai paint. okey la kot kan.. banyak jugak pilihan, so nak decide memang memerlukan kesepakatan yang jitu.. pasalnya nanti tak pasal2 buat drama laki bini nak pilih warna cat je pun.. ye la, laki nak warna ni, bini nak warna tu.. pastu masing2 taknak mengalah..hikhikhik.. tapi finally buat perjanjian pendamaian.. setel, semua puas hati..

ni pilihan untuk cat outdoor..




untuk luar rumah memang tak boleh nak ubah2 dah,tiada kompromi "bos' kata warna tu, warna tu lah ye.. so suami pilih warna lychee dan brick stone.

ni pulak pilihan dalam rumah



dalam rumah kitorang pilih. cucumber, mystery, deer skin, pink dust.. ada lagi 2 warna tapi tak ingat.. tukang cat pun tak siap lagi mengecat.. dapur belum cat, ruang tamu ada lagi satu dinding belum cat.. luar pun baru half.. nanti dah siap boleh bagi sneak peek.. krik krik krik...

Sunday, September 8, 2013

Kipas siling



Assalamualaikum..

Baru2 ni saya banyak belajar pasal kipas.. banyak tak banyak sangat la..boleh la dari tak tahu ape2 kan.. hikhik.. ni belajar pasal kipas siling je.. kipas kan banyak brand.. mula2 meh nak bagitau nama2 brand kipas.. well known biasala la, Panasonic dan KDK.. mahal sikit tapi kualiti tip top katanya.. kalau nak harga bajet2 sikit boleh beli jenama Rubine, Alpha, Elmark, Deka, Monte air.. jenama lain2 tak ingat dah.. 





Ok, sekarang kepada jenis2 pulak.. kipas ada kan ada yang 3 bilah, 4 bilah dan 5 bilah.. ada yang guna remote dan ada yang modulator. Ad jugak baby fan, bilah dia pendek tak macam kipas siling biasa. Apa beza bilangan bilah? Correct me if saya salah.. ni berdasarkan penceritaan my husband and orang2 kedai la.. kipas 3 bilah selalunya untuk kawasan luas sebab angin akan spread ke bawah lebih luas. Kipas 5 bilah pulak spreading area lebih tertumpu pada bawah kipas, means dia tak spread seluas kipas 3 bilah. Kipas 4 bilah kira intermediate la.. err, paham ke idok yop.. buat2 paham la ye.. selalunya kipas 3 bilah pakai modulator pulas2 tu je kan dan ada 5 speed. Ketahuilah bahawa kipas 3 bilah pakai modulator 5 speed ini tahan lama dan laju. Kalau baru beli u pasang speed 5 kan dah macam kipas helicopter.. Cumanya design dia tak jelita sangat.. ada jugak kipas 3 bilah pakai remote tapi tak selaju modulator. Selalunya kipas 4 bilah guna remote dan ada 3 speed je. Ada jugak kipas 4 bilah 5 speed tapi suuusaaah nak cari.. kipas 5 bilah ada yang 3 speed dan ada 5 speed dan ini paling mahal. Kalau kipas mahal ni sebab bilah dia jenis fiber so tak karat la. Just lap dengan tisu dah setel. 







Harga pulak.. secara umum jela k.. kipas 3 bilah Panasonic dalam RM125, KDK RM135. Kipas 4 bilah Panasonic banyak harga sebab depends kepada siri.. ada siri bayu dll.. selalunya dalam RM250-350. Kipas KDK pun sama lebih kurang Panasonic tapi selalunya KDK lebih mahal. Kalau kipas 5 bilah boleh mencecah RM800. Baik beli aircond.. huhuhu.. Jenama save sikit macam Rubine, Elmark, Deka, Alpha, Monte air lebih murah la..of coz.. tapi tak bermakna tak bagus. Ikut nasib dan cara kita guna la. Range harga dari serendah RM148 hingga RM3XX.. ini untuk kipas 5 bilah remote. Fuhhh, berguna jugak rasanya ikut suami gi cari kipas.

Monday, September 2, 2013

ubah suai



Assalamualaikum..

Krik krik krik.. *bunyi cengkerik..

Tetiba meroyan ape ntah nak menulis.. paham dah aku kalau dah pura-pura busy memang dia nak melagha yang entah apa2..

By the way, Alhamdulillah syukur  atas segala nikmat yang Allah kurniakan untuk aku selama ni.. tak kisah la apa2 pun rezeki Allah bagi, aku bersyukur sangat2..  *tetiba sangat kannn

Hmm, so sekarang dah 10 bulan kahwin and dah 5 bulan officially tamat belajar.. kedua2 nya membuat aku rasa sangat bahagia. Bahagia sangat sampai berat naik 10kg hokeh.. adoi la.. So far jadi suri rumah adalah satu pekerjaan yang awesome..!! cita2 aku memang nak jadi suri rumah. Kalau boleh nak je duk rumah jadi pengunggu rumah.. eh! Hmm, sekarang ok la tak yah pikir pasal rumah2 sangat coz duduk rumah PIL kan.. sebab pjj ngan suami.. tengok2! Suami takde weekdays weekend bru balik tapi aku rilek je duk ngan metua kan.. hebat tak? Hikhikhik.. takde2 it is normal la kan.. anggap your in laws macam family sendiri, insyaAllah.. takde la hebat pun aku ni.. balik pada rumah, cer nanti duk rumah sndiri, pastu aku tak keje, tak ke menggelupur suami aku kan.. makanya, harusla aku cari kerja nak tolong suami aku..*feeling angel

Tapi memang susah betul nak cari kerja sekarang kan.. even u ade degree dah macam tahap u tahap spm je.. macam ok, jangan tacing2 tau.. sebabnya memang susah sungguh. Walau aku dah ada master rasa macam tahap aku up skit je dari spm.. still susah nak carik keje.. apakah? Makanya.. Dear suami.. pliss, i nak keje jadi suri rumah, u bos i, cukup bulan ada pay day tak? Camtu skali kan.. menggelupur la suami aku macam tu.. situasi ni membuatkan aku pikir2 nak sambung belajar lagi.. tapi aku tak pasti aku mampu tak nak harungi sekali lagi pancaroba alam post-grad.. yang master pun aku terkapai2 mencari tebing inikan pula phd.. eceh, gaya karam sigh walia pulak.. lagi satu yang penting adalah niat.. what is my intention actually? Adakah nak duit atau nak ilmu atau kedua duanya? Aku pun tak tahu.. or maybe nak tutup mulut orang yang sibuk bertanya ‘tak keje lagi ka? Keje apa sekarang?’ down ok..

Sekarang ni berserah jela.. usaha jugak.. oh by the way.. rasa macam nak tukar tema blog kepada yang lebih dewasa.. suka tengok blog deko-deko dan organizing.. nanti masuk rumah baru leh deko-deko jugak macam diorang kan.. nanti nak update sikit sidebar untuk blog2 deko.. yeah!! 



Friday, February 1, 2013

dapur idaman

assalamualaikum..


kemain lagi nak ngidam bagai kan.. nak masuk rumah baru bila pn tak tau.. tapi takpe, beranangan adalah percuma dan hak semua insan.. gitu.. moh le tengok dapur2 yang cun2 ni.. boleh la buat inspirasi sesiapa yang nak buat dapur..











berangan je la dulu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails