Thursday, February 3, 2011

Ladies - Sila Jalan Pakai Wedges Dgn Betul!!!

assalamualaikum..


ini i copy dari sini..


Sayang giler tgk ada sesetengah wanita yg tak reti nak pakai wedges.
Tujuan pakai wedges ialah supaya korang boleh jalan dgn cara yg sgt sexy.

Tapi ada pompuan yg pakai wedges dan jalan macam pakai selipar... Kalau pakai wedges jgn angkat kaki korang atau bengkokkan lutut. Kalau nak jalan, *<remove>seret wedges tu dan make sure dia tak naik dari lantai<remove>* pastikan jgn bengkokkan lutut supaya punggung korang boleh swing. Baru betul. Dan nampak sexy...

Kalau tak faham sila tanya soalan di sini...



Inilah yg dinamakan wedges heels. Bukannya KFC wedges. Harap maklum.

Kiri: Cara jalan yg betul.
Kanan: Cara jalan yg salah (bayangkan pakai wedges dan jalan camtu).

Nota Kaki:
* CORRECTION sebab banyak org tak faham.
+ Tambah gambar wedges dan cara jalan yg betul.




err.. macam mana? no comment lah.. 













bye! 

resepi ayam penyet

assalamualaikum..


siapa suka amkan ayam penyet? ah, tak kisah la kan penyet ke tak, kalau sedap hingga menjilat gigi tu sedap lah tu.. ni i kutip dari blog orang ..kikiki...



1- Ayam:

1/4 ayam tua (pencen)

2- Bahan untuk perap ayam:

4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu besar ketumbar
* semua bahan ni dikisar

3- Cara menyediakan ayam penyet:

  1. Ayam diperap 30 hari minit dengan barang yang dikisar tadi tu (bahan untuk perap ayam) dengan sedikit garam
  2. Rebus ayam tadi sehingga empuk sebelum digoreng garing
  3. Kemudian hidangkan bersama hirisan timun, salad, kobis dan ulam-ulam yang anda suka

4- Menyediakan sambal

  1. Bahan-bahan ialah 20 biji cili api, 5 biji cili merah, 3 biji tomato dan 3 inci belacan.
  2. Semua bahan ini digoreng terlebih dahulu sebelum ditumbuk (nak blend pun boleh).

5- Cara nak makan:

  1. 1 pinggan nasi putih (beserta nasi tambah)
  2. 1 pinggan ayam yang telah siap digoreng tadi pada step 3
  3. 1 mangkuk sambal
  4. 1 mangkuk sup
  5. 1 jag gelas air suam :)
*kalau nak rasa nikmatnya dan malas nak masak, saya sarankan pergi je kat Restoran Ayam Penyet Pinang di hadapan Apartment Melana, Tmn Universiti, Skudai ni..memang tip top. Kalau datang silap masa (biasanya pukul 7-8) memang korang takkan ada kerusi nak duduk sebab penuh.

Wednesday, February 2, 2011

singapore.. bab 2

assalamualaikum..


hamboi.. bab 2 pulak kan.. tapi bab 2 tak ada dah nak relate kepada khinzir atau porcine atau pig macam bab 1..tak sopan betul kan.. hiss..


hari 1st (separuh)

















ni hari 1st sampai.. ada cerita lawak waktu sampai2 tu..cari hotel tak jumpa.. nasib ada sorang kakak ni baik sangat! bawak kitorang pergi naik ofis dia, then dia tolong carikan hotel. baik sangat..i admit yang singaporean sangat baik dan quite peramah.


then kitorang chek-in hotel 81 sakura kat joo chiat/geylang serai. best sebab murah, bersih dan selesa. lagi 1 kat situ kawasan orang melayu banyak. banyak restoran orang melayu dan makanan halal. so memang tak ada masalah la. sedap pulak tu! ^_^














bye!

i miss you

To see you when I wake up
Is a gift I didn't think could be real.
To know that you feel the same as I do
Is a three-fold, Utopian dream.

You do something to me that I can't explain.
So would I be out of line if I said "I miss you"?

I see your picture.
I smell your skin on
The empty pillow next to mine.
You have only been gone ten days,
But already I'm wasting away.
I know I'll see you again
Whether far or soon.
But I need you to know that I care,
And I miss you.





*_*

breakfast pilihan anda?

assalamualaikum..


pagi2 ni jum tengok cuci mata.. dulu waktu i kecik2 i banned breakfast. tak lalu kot nak makan pagi2 ni. loya rasanya nak telan makanan di kala pagi hari. eceh! tapi kini tidak lagi.. hari2 ku bermula dengan breakfast. it is compulsary! kalau tak breakfast rasa macam satu yang tidak dapat dimaafkan sebab daku akan berlapar dengan dasyatnya sementara menunggu lunch. hadui.. cacing banyak sangat dalam perut, nak buat macam mana kan.. so tanpa membuang masa, jum cuci mata menonton gambar2 di bawah.


yang mana 1 pilihan hati anda??


kita mulakan dengan menu sarapan malaysia..







western?








malaysian nye walaupun presentation nya tak tempting, tp rasanya boleh buat manusia addicted!


western pun sedap dan nampak sihat walafiat.. ^__^







i pilih semua! haha.. dasar perut tong..

















bye!

Tuesday, February 1, 2011

singapore.. bab 1

assalamualaikum..


eceh, bab 1 kan.. cerita pasal bab 1 ni, i panggil khinzir bab 1. sebab khinzir macam too formal, the bab* macam rasa kurang sopan. so i panggil bab 1. sebab apa i kesah sangat hal menyebut bab 1 ni? sebab i punya labwork bergelumang dengannya. so, selalu lah i sebut2 bab1. nasib baik kalau kat lab kita panggil 'porcine' instead of bab 1 or pig or swine or apa2 jela.. eh, melalut kau.. hiss..



so back to the title, last month (11 jan) i went to singapore.. sangat best walaupun sepanjang kat singapore tu tiap2 hari kaki sakit akibat terlalu banyak berjalan, tp who cares? dah kata pergi jalan2 kan.. harus la jalan2 dengan banyaknya.. tapi ni nak gebang 1 je dulu..









sedih tau..sebab? sebab... tengok la merlion besau kat belakang tuh!! boleh pulak time kami pi depa duk renovate! apakah?? hadui... sampai2 macam nak menangis air mata kucing... nasib baik anak merlion tak renovate jugak.. semua pakat berebut tau.. mesti anak merlion tu gembira sebab selama ni dia diabaikan, all of sudden, semua berebut nak bergambar dengan dia.. tahniah!





















bye!

Monday, January 31, 2011

Wanita kahwin lewat risiko dapat anak cacat

assalamualaikum..




renung-renungkan dan selamat beramal..



ALOR SETAR – Trend wanita berkahwin lewat pada masa ini didakwa meningkatkan risiko kelahiran anak yang cacat atau sindrom Down.

Penaung Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kebanyakan wanita kini sibuk menguruskan kerjaya sehingga semakin ramai mengambil keputusan berkahwin lewat.

“Kita kagum dengan kejayaan mereka tetapi kita juga risau kesan sampingan jika mereka kahwin pada usia lewat 30-an dan ke atas kerana risiko anak yang dilahirkan tidak normal adalah tinggi,” katanya.




T__T


















bye!

Sunday, January 30, 2011

kek coklat kukus

assalamualaikum..


td terjaga dari tidur sebab si dia call sebab tengah tunggu mak dia keluar ofis (ambil mak dia balik keja).. dia memang, time i tidur ja nak call, nak call je, i tidur.. haihh.. pastu mula lah, dah sedap2 ganggu i tidur "oh, sorry2 pi sambung tidur balik" memang tak la kan nak letak phone.. kena cakap jugak sebab i kalau terjaga terkejut macam tu terus tak boleh sambung tidur dah. memang dasar tidur tak boleh diganggu.. hehe.. so, dah tamatkan sesi pembualan bangun tidur dengan terdengar mak dia sampai dan greet dia "assalamualaikum, sayang!" huihh, nasib mak dia.. kalau dia kata tolong ambil kawan tadi, mau aku cantas rumput belakang rumah.. (nak cantas kepala tak berani) hehe..



so, cut the crap.. nak cerita ni sebenarnya. even tengah cakap tadi tetiba i rasa lapar benar.. benar kejadian, bukan cobaan! laparrrrr! mulalah teringat fast food yang menggemukkan lantas merosakkan kesihatan seperti mcd dan kfc kat bawah ni.. padahal tengahari tadi dah makan nasi lauk ikan keli bakar dan sayur kacang berharga RM6. haruslah kenyang kalau makan banyak camtu. tapi tak, lapar lagik. dasar perut basar. tak boleh nak kata apa dah.. lantas teringat jugak kek coklat kukus.. terus google untuk santapan mata...

kek coklat kukus:



Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair
200 ml minyak mazola
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan sehingga mendideh dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam.
6. Bila telah mask buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.


Cream Coklat

Bahan
300 gm coklat masakan [potong kecil]
50 gm fresh cream

Cara.
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.



ah, drooling!!!



untuk maklumat lanjut sila layari sini






bye!

orang kata kalau taknak gemuk jangan tidur lewat

assalamualaikum..


betul ke orang kata kalau taknak gemuk, jangan lah kamu tidur lewat. bahawasanya, membawa keburukan. kenapa ya?? any logic reason?


so, malam ni i tidur lewat dari selalu. ni pun mata dah pedih. sejak dah rasa diri ni tua, kehendak untuk tidur awal membuak2. (tapi tidur awal semestinya tidak menjajikan kurus)



jadi, kengkonon gigih buat kerja berfaedah tadi, lantas perut pun berasa lapar. adui! mungkin nilah padahnya tidur lewat. kalau tidur lewat nanti asyik nak makan jek sebab lapar.... lantas buka website mcD. nak turun beli mcD malas ah. jangan dilayan napsu lapar ni. sampai bila nak layan dia kan. sudah2 la.. tapi takpe, sesiapa yang tak tidur lagi jum drooling bersama2 saya. mungkin anda tak lapar atau tak tercabar oleh mcD, tapi saya nak tunjuk jugak! nah.........









ok lah,









bye!

Saturday, January 29, 2011

crop circle di indonesia

assalamualaikum..


korang tahu tak crop circle? ala, macam cerita Signs directed by m.night shyamalan tu.. orang cakap kononnya crop circle tu dibuat oleh alien. yela, kalau difikirkan pun susah jugak manusia nak buat. tapi tak tahulah kebenarannya. terpulang kepada kepercayaan masing2. nih macam ni:






dan bawah ni yang jadi di indonesia 22jan 2011. baru lagi lah.. kat sawah padi pulak tu.. huhu








ada konspirasi apa2 kah.. jeng3.. ntah.. i have no comment.. hek!














bye!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails