Monday, September 9, 2013

organizing dressing table

assalamualaikum..

untuk cabaran bulan september dari blog Susun Atur Sioca, nak start dari dressing table.. ni rupanya..


blur pulak gambonye..takpela.. so dressing table ni ade cermin pnjang, para belakang cermin, para tepi bertutup, dan 2 laci.. macam mana saya susun tu based on term -sesedap rasa.. hihi

gambar sebelum takde sebab memang dah lama susun macam ni..  okey jum tengok belakang cermin ada ape.. 


ni para paling atas.. konsep dia minyak2 dan ubat jerawat.. haishh..bila la nak stop jerawat ni ntah.. ambo dah tua oke.. pi la cari hat muda2 tu.. errr... ok, minyak ada macam2 jenis.. minya rambut french oil aloe vera, minya nona roguy, minyak elips, minyak gamat, minyak baby, minyak vitamin e.. hamik.. segala minyak letak situ.. then ada solution contact lens, dan ubat jerawat..

oh ya.. setiap para saya lapik kertas pembalut kotak2..jumpa dalam stor.. err.. 


next, para kedua pulak ada produk muka.. bedak tabur silky white, toner, pencuci muka, krim muka (jarang pakai).. hujung tu ada bedak sejuk, bedak tanaka (tak pakai pun beli sajok,masih dalam bungkusan), hujung sekali EPO (tak makan pun) adoi la, semua tak guna sangat.. dasar pem_l__s.. hikhik



ni para paling bawah.. kengkonon bahagian ubat.. ada vit e, senokot sebab kadang sembelit, asid folik, dan plaster luka. tetiba hujung tu ada shower gel dan bedak gatal somi.. boleh la tumpang2.. =p


ni gambar keseluruhan para belakang cermin.. simple je kan.. yang penting senang nak maintain gitu.. 

untuk para bertutup kat sebelah tu next entry kita cerita k.. babai..

cabaran bulanan september bersama susun atur sioca - bilik utama

assalamualaikum..

fuh3.. rasa nak join jugak cabaran bulanan sepetember ni.. maklumla blog dah lama bersawang riang ria.. tapi....kitorang belum duk rumah sendiri lagi, masih duk rumah metua.. bilik kitorang tu boleh dikira bilik utama la ye dok.. hikhikhik.. sebabnya nak share susuntur je kan.. err ni mukadimah je, nanti kita wat entry betul2...



so next kita nak cerita meja solek..walaupun kita tak bersolek pun..

till then!

pemilihan cat rumah

assalamualaikum..

nak buat kerja lain tapi TERupdate blog..ter la sangat kan.. hmm,nak masuk rumah ni macam2 kena fikir kan.. selepas setel2 urusan jual beli tu dah boleh fikir pasal cat.. biasanya developer bagi cat putih je kan.. tapi kitorang ada advantage, boleh pilih warna cat sendiri.. dia bagi katalog, then pilih la nak warna apa.. luar dan dalam.. beside pilih cat boleh jugak pilih tiles sendiri.. itu cerita lain.. sekarang ni nak cerita pasal cat dulu..

dia bagi pilih tapi limit 4 warna sahaja. cat dari jenama kansai paint. okey la kot kan.. banyak jugak pilihan, so nak decide memang memerlukan kesepakatan yang jitu.. pasalnya nanti tak pasal2 buat drama laki bini nak pilih warna cat je pun.. ye la, laki nak warna ni, bini nak warna tu.. pastu masing2 taknak mengalah..hikhikhik.. tapi finally buat perjanjian pendamaian.. setel, semua puas hati..

ni pilihan untuk cat outdoor..




untuk luar rumah memang tak boleh nak ubah2 dah,tiada kompromi "bos' kata warna tu, warna tu lah ye.. so suami pilih warna lychee dan brick stone.

ni pulak pilihan dalam rumah



dalam rumah kitorang pilih. cucumber, mystery, deer skin, pink dust.. ada lagi 2 warna tapi tak ingat.. tukang cat pun tak siap lagi mengecat.. dapur belum cat, ruang tamu ada lagi satu dinding belum cat.. luar pun baru half.. nanti dah siap boleh bagi sneak peek.. krik krik krik...

Sunday, September 8, 2013

Kipas siling



Assalamualaikum..

Baru2 ni saya banyak belajar pasal kipas.. banyak tak banyak sangat la..boleh la dari tak tahu ape2 kan.. hikhik.. ni belajar pasal kipas siling je.. kipas kan banyak brand.. mula2 meh nak bagitau nama2 brand kipas.. well known biasala la, Panasonic dan KDK.. mahal sikit tapi kualiti tip top katanya.. kalau nak harga bajet2 sikit boleh beli jenama Rubine, Alpha, Elmark, Deka, Monte air.. jenama lain2 tak ingat dah.. 





Ok, sekarang kepada jenis2 pulak.. kipas ada kan ada yang 3 bilah, 4 bilah dan 5 bilah.. ada yang guna remote dan ada yang modulator. Ad jugak baby fan, bilah dia pendek tak macam kipas siling biasa. Apa beza bilangan bilah? Correct me if saya salah.. ni berdasarkan penceritaan my husband and orang2 kedai la.. kipas 3 bilah selalunya untuk kawasan luas sebab angin akan spread ke bawah lebih luas. Kipas 5 bilah pulak spreading area lebih tertumpu pada bawah kipas, means dia tak spread seluas kipas 3 bilah. Kipas 4 bilah kira intermediate la.. err, paham ke idok yop.. buat2 paham la ye.. selalunya kipas 3 bilah pakai modulator pulas2 tu je kan dan ada 5 speed. Ketahuilah bahawa kipas 3 bilah pakai modulator 5 speed ini tahan lama dan laju. Kalau baru beli u pasang speed 5 kan dah macam kipas helicopter.. Cumanya design dia tak jelita sangat.. ada jugak kipas 3 bilah pakai remote tapi tak selaju modulator. Selalunya kipas 4 bilah guna remote dan ada 3 speed je. Ada jugak kipas 4 bilah 5 speed tapi suuusaaah nak cari.. kipas 5 bilah ada yang 3 speed dan ada 5 speed dan ini paling mahal. Kalau kipas mahal ni sebab bilah dia jenis fiber so tak karat la. Just lap dengan tisu dah setel. 







Harga pulak.. secara umum jela k.. kipas 3 bilah Panasonic dalam RM125, KDK RM135. Kipas 4 bilah Panasonic banyak harga sebab depends kepada siri.. ada siri bayu dll.. selalunya dalam RM250-350. Kipas KDK pun sama lebih kurang Panasonic tapi selalunya KDK lebih mahal. Kalau kipas 5 bilah boleh mencecah RM800. Baik beli aircond.. huhuhu.. Jenama save sikit macam Rubine, Elmark, Deka, Alpha, Monte air lebih murah la..of coz.. tapi tak bermakna tak bagus. Ikut nasib dan cara kita guna la. Range harga dari serendah RM148 hingga RM3XX.. ini untuk kipas 5 bilah remote. Fuhhh, berguna jugak rasanya ikut suami gi cari kipas.

Monday, September 2, 2013

ubah suai



Assalamualaikum..

Krik krik krik.. *bunyi cengkerik..

Tetiba meroyan ape ntah nak menulis.. paham dah aku kalau dah pura-pura busy memang dia nak melagha yang entah apa2..

By the way, Alhamdulillah syukur  atas segala nikmat yang Allah kurniakan untuk aku selama ni.. tak kisah la apa2 pun rezeki Allah bagi, aku bersyukur sangat2..  *tetiba sangat kannn

Hmm, so sekarang dah 10 bulan kahwin and dah 5 bulan officially tamat belajar.. kedua2 nya membuat aku rasa sangat bahagia. Bahagia sangat sampai berat naik 10kg hokeh.. adoi la.. So far jadi suri rumah adalah satu pekerjaan yang awesome..!! cita2 aku memang nak jadi suri rumah. Kalau boleh nak je duk rumah jadi pengunggu rumah.. eh! Hmm, sekarang ok la tak yah pikir pasal rumah2 sangat coz duduk rumah PIL kan.. sebab pjj ngan suami.. tengok2! Suami takde weekdays weekend bru balik tapi aku rilek je duk ngan metua kan.. hebat tak? Hikhikhik.. takde2 it is normal la kan.. anggap your in laws macam family sendiri, insyaAllah.. takde la hebat pun aku ni.. balik pada rumah, cer nanti duk rumah sndiri, pastu aku tak keje, tak ke menggelupur suami aku kan.. makanya, harusla aku cari kerja nak tolong suami aku..*feeling angel

Tapi memang susah betul nak cari kerja sekarang kan.. even u ade degree dah macam tahap u tahap spm je.. macam ok, jangan tacing2 tau.. sebabnya memang susah sungguh. Walau aku dah ada master rasa macam tahap aku up skit je dari spm.. still susah nak carik keje.. apakah? Makanya.. Dear suami.. pliss, i nak keje jadi suri rumah, u bos i, cukup bulan ada pay day tak? Camtu skali kan.. menggelupur la suami aku macam tu.. situasi ni membuatkan aku pikir2 nak sambung belajar lagi.. tapi aku tak pasti aku mampu tak nak harungi sekali lagi pancaroba alam post-grad.. yang master pun aku terkapai2 mencari tebing inikan pula phd.. eceh, gaya karam sigh walia pulak.. lagi satu yang penting adalah niat.. what is my intention actually? Adakah nak duit atau nak ilmu atau kedua duanya? Aku pun tak tahu.. or maybe nak tutup mulut orang yang sibuk bertanya ‘tak keje lagi ka? Keje apa sekarang?’ down ok..

Sekarang ni berserah jela.. usaha jugak.. oh by the way.. rasa macam nak tukar tema blog kepada yang lebih dewasa.. suka tengok blog deko-deko dan organizing.. nanti masuk rumah baru leh deko-deko jugak macam diorang kan.. nanti nak update sikit sidebar untuk blog2 deko.. yeah!! 



Friday, February 1, 2013

dapur idaman

assalamualaikum..


kemain lagi nak ngidam bagai kan.. nak masuk rumah baru bila pn tak tau.. tapi takpe, beranangan adalah percuma dan hak semua insan.. gitu.. moh le tengok dapur2 yang cun2 ni.. boleh la buat inspirasi sesiapa yang nak buat dapur..











berangan je la dulu..

Thursday, January 31, 2013

things after the wedding

assalamualaikum..

di kala usia semakin bertambah ni dah start pikir2 hal orang dewasa.. *ape tak dewasa lagi kah?? errr..dewasa tapi kurang matang.. ngeeee~~~

lepas majlis banyak benda betul. kadang2 tak paham betul apekah sibuk bebenor nye lah haii.. ke sana ke mari penat. so after majlis antara benda yang patut pikir antanya:

Rumah

a place that we can call home.. ececeh.. hmm,tak kisahla sama ada nak sewa or beli or duk ngan family. kalau nak sewa/beli banyak juga nak kena fikir. tambah2 la kalau sebelum ni duk ngan parents masing2. nak masuk rumah banyak benda nak kena beli.

tidak ku mahu sebesar ini.. fuhh



kalau duk ngan family pun disarankan tak yah la lama2. takkan sampai beranak pinak still nak duk dengan parents. bukan apa, we have our own family kena berdikari. orang kata dekat2 busuk, jauh2 wangi.. gituu.. unless parents dah tua/uzur/sakit perlukan perhatian anak2. maka wajibla bawa parents duk ngan kita pulak.

Hubungan

hubungan suami isteri tu perlula harmoni. dah tak boleh layan suami macam sebelum kahwin (vice versa). kalau sebelum ni kalau nak marah je, mesti jadi raksasa. tapi lepas kahwin ni, kena hormat dia.
tapi tipu la tak akan berselisih paham terasa berdrama kan.. lagi kan lidah lagi tergigit inikan pula...sila sambung.. jadinya kenalah banyak bersabar, toleransi dan banyak berbincang..  *terasa..dush2!




hubungan dengan keluarga pulak kena pandai handle. ngan in laws la particularly. yang penting awal2 jangan terlalu all out and jangan terlalu defensive. balance la.. *diri sendiri pun ntah ape2

Kewangan

jeng jeng jeng.. kebanyakan orang lepas majlis jadi pokai.. tapi sabar, sementara nak stable balik tu pandai2 la uruskan duit. kalau tak dapat honeymoon terus pas majlis tunggu la dulu beberapa bulan kan. kalau nak jugak honeymoon, pilih la tempat yang affordable di poket anda *tak honeymoon betul2 lagi.. wuwuu




so B2B out there, jangan berhabis banyak untuk majlis yang sehari cuma. kalau boleh simpan la untuk after wedding.  tak salah nak adakan wedding idaman tapi kena plan betul2 dan jauhilah pembaziran. =)

apa lagi ek.. itu dulu la yang terpikir.. otak lembab sket sejak makan tidur makan tidur je kejenya.. adrenalin tak berapa nak laju dan sinaps pending.. *huarghhhh

Wednesday, January 30, 2013

doily paper untuk goodies

assalamualaikum..

untuk brides 2012 doily paper memang 'IN' lah kan.. kalau boleh mesti nak selitkan doily paper dalam wedding sedikit sebanyak.. salah 1 sebab ialah ianya comel. kan? but im not sure la untuk 2013 masih 'IN' ke 'OUT' kan..

so sy salah sorang yang teruja dengan doily paper. penah nak order from k.lala taukey doily paper kaler2. tapi sebab last minute baru nak order, makanya tak sempat lah.. so kita cari je kat kedai. kalau korang cari kat tesco/jusco mestilah mahal kak nab oi.. so cari kat kedai2 biasa je k.

tak sengaja terjumpa doily paper kat kedai biasa. kedai barang murah. tak ingat nama ape. HOMEMART kot. 1 paket ada 250pcs harga 4-7 ringgit *kalau tak silap..lupa sangat2. dia ikut saiz harganya. ni kira saiz medium la. 

sy pergi buat cop mohor kat kedai harga RM10 je. then beli ink pad tu kat popular saiz sederhana kaler purple harga lebih kurang RM10 *tak hengat. makanya ini lah hasilnya..








then sy lekat kat brown paper bag.. itu later.. =)



****apakah tetiba rasa nak update pulak.. hahaha

Tuesday, January 1, 2013

new year..new adventure

assalamualaikum..

hikhik..dah azali memang pemalas nak update, lepas kawin lagi la malasss..alhamdulillah selamat dinikahkan oleh ayahnda tecinta on 15 november 2012. syukur.. sekarang ni tak tahulah rasa nak bermalas malasan je..mentang2 la duk rumah makan-tido-makan-tido jek.. heaven la sekejap suami cuti sekolah.. ni suami dah start masuk sekolah, baru la diri ini menggagau nak buat ape..

1st of all.. soalan top untuk newlyweds adalah "best tak kahwin?" even sy sendiri selalu ajukan soalan tu kat kawan2 yang baru kahwin without any intention or watsoever.. just a cliche question that seems a compulsory to ask.. and of coz they replied with a grin showing that its a happiness that money can't buy.. - kawin dulu baru tau- so when they ask me the same question, sy pun terfikir.. and me too speechless.. i dont know how to describe that feeling.. just be thankful that Allah swt have given me such a wonderful husband.

cakap pasal new year, kalau buka FB penuh la wall tu dengan kenangan 2012, azam dan impian baru untuk 2013.. for me, nothing much to ask..just wanna have a blissful life..and of course being blessed throughout the year.. impian duniawi tu adalah jugak sikit2 macam nak keja (of coz), nak beli kereta (imagine guys, i dun even have my own car yet!), nak masuk rumah baru (of coz suami yg beli =p), nak zuriat (amin..)

today is 1.1.13.. i know that 2013 would give me one more adventure journey as the beginning of new life as a married couple.. yeah.. got to be ready for ups and downs throughout this amazing year.. insya'Allah everything will be great..! =)

Monday, November 5, 2012

november..here u come..

assalamualaikum..

before this duk rasa lambatnya.. tapi tetiba sekarang macam "arghhhh..dah 5 nov???" apsal cepat sangat ni?? anyway alhamdulillah..semua berjalan dengan ok.. i dun have banyak sangat preparations nak buat sebab my wedding adalah sangat simple.. cuma berharap semua akan berjalan lancar dan diberkatiNya.. =)

but still i ada beberapa perkara teringin jugak nak DIY..walaupun tak gah mana pun tapi dapat memuaskan hati sendiri cukuplah.. and also disamping menjimatkan..hikhik..yela, sy ni pengantin budget kott.. penganggur setia.. so kena la ukur baju di badan sendiri..

so antara perkara yang nak/dah di-DIY ialah
1. centerpiece -pending
2. goodie bag - in progress *ada 3 jenis. haha
3. veil/tudung - in progress
4. curtain/backdrop - in progress
5. bunga pahar - done! *thanks mak =)
6. kad - done! 
7. guestbook - in progress *taktau lagi nak guna ke tak.hmm..
8. beading baju bertandang - pending
9. decoration bilik - in progress
10. signage - pending

so far tu yang dapat ingat..mungkin ada lagi tapi tak ingat.. so nanti insya'Allah sy akan share semua ni.. walaupun tak cantik/kreatif/kebaboom, tapi ape2 jela kan.. =p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails