Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

happy birthday dear!







Today is your birthday.. Happy Birthday my dearest and sweetest, not a day goes by when I do not think of you and how empty my life would be if you were not here..With each year I'll love you more. Remember that your best years are still ahead of you and I'll be there for every up down and in between..


Happy Birthday dear! http://www.emocutez.com

Saturday, November 20, 2010

meeting them for the 1st time

assalamualaikum..

kesian kan..bebudak yang nak grad UUM ramai yang tak dapat nak konvo hari tu.. si dia pun salah seorang lah.. penat2 jauh nun ganu datang, alih2 tunda pulak..nak buat macam mana kan, kuasa Tuhan,takde siapa boleh halang kehendakNya.. tapi takpe, saya still berjumpa dengan aunty and uncle for the 1st time.. hehe..

ok,cerita dah basi.. berkulat ijau.. takpela, lagi antik lagi mahal kan? hehe..

k, mula2 ingat seperti rancangan, nak jumpa kat UUM sana jek time masuk dewan (kalau tak leh masuk dewan sekali..hehe) tapi nah kau, jumpa terus kat lobi hotel time diorang nak balik dah.. pagi tu dah la dengan tak mandi nye dia kol tanya nak jumpa tak parentsnye..tapi kat lobi hotel sajok sebab nak balik dah.. ok jek, asal leh jumpa kan..

so, cepat2 mandi then siap singgah kedai FAMA beli kuih-dan-muih-beraneka-macam-silalah-makan-jangan-hanya-dipandang.. (bajet lagu raya?)

serius kuih ni sangat sedap..bikin addicted


banyak la pulak terbeli.. ingat nak bawa balik rumah jugak sikit tapi terlupa asingkan sebab kalut sangat,terbagi semua.. hehe..


then aunty ajak breakfast kat mcd..actually dah kenyang amat makan nasi goreng tapi aunty nak belanja jugak..makan jela pelan2.. ada kisah lucu time ni tapi i sorang jek yang tau..nanti i citer..huhu..

i konon2 dah kenyang bantai hotcakes.. ngeh2..


borak2 tu aunty kata nanti keje la as lecturer kat UMT.. uncle pun setuju sajok.. insyaAllah kalau ada rezeki,tapi saya pun macam tak yakin dengan diri sendiri.. masters ni pun terkial-kial..insyaAllah saya usahakan.. ^_^

then nak balik tu uncle bagi chocolate from Langkawi.. dia baru balik dari Langkawi katanya.. thank you uncle..

well, it was a great time meeting them.. walaupun tak formal, tapi saya rasa casual macam tu lebih selesa.. honestly saya sangat happy berjumpa dengan mereka..lepas tu senyum sorang2 sampai telinga..


at first rasa macam "ok ke aku ni?"

"kene reject tak ek?"

then tanpa disoal, si dia cakap "terer lah kamu!!"

hehehe.. sambung senyum sampai telinga.. siap boleh buat 360 darjah kot.. (over kan?) ;p

Friday, November 19, 2010

thinking of you

assalamualaikum..
nothing much to say.. ^_^





ni bukan "now u see, now u dont.." tapi

"now u dont see, and again now u dont.."

Monday, November 1, 2010

dinner yang dah basi II

assalamualaikum..

hamboi..main ada sambungan pulak ye.. macam ni lah kalau hidup sebagai insan di bumi yang fana.. ok2..stop! tak tau la kena sindrom apa.. nak start je mesti buat kerepek dulu..

selepas pedih mata tengok gambar makanan kita sakitkan mata pulak tengok manusia.. ni manusia2 kelaparan di dinner tersebut..

ok, dah sedia? sila tutup mata..

 chocolate fountain..  suka3! 

 comel jek nadia wat skadel ngan lim.. ^_^

 ok, selamat datang semua dalam rancangan memasak kali ini.. -pengsan!

 betul2 candid dan muka macam mintak sedekah.. (sedekah senyuman..mintak sikit..)

 sekali sekala nak buat skandel dengan Jo..

 tiba2 daddy datang..kantoi skandel yo..! (tak bukan daddy i..tipu)

 gadis2 di dapur sibuk masak..

 aiskrim sedap harus dikongsi bersama..

 Jo tak perlu dalam gambar ni.. haha

 muah!



bye.. ~~~~

bila kita bertemu

assalamualaikum..

nothing much to say.. just counting hours until we meet again.. apa perasaan sekarang? words cant describe it! definitely.. dah berapa lama tak jumpa ni.. but i know, we are just fine.. rindu2 tu biasa lah kan.. it adds more love to our relationship perhaps.. ^_^



yeah!! i'll put a big smile..

^_____________________^

dinner yang dah basi

assalamualaikum..

apa khabar saudara saudari yang sudi jenguk blog buruk saya.. dah la buruk, tak best pulak.. serius, blogger2 yang mantop di luar sana hebat2 belaka.. tabik spring toing3..

aih..asik merepek sajok.. ok, blog buruk ni nak pedihkan mata korang dengan gambar2 time dinner minggu lepas..

dinner kat Hotel Equitorial, Penang.

sebab? sebab committee conference nak habiskan duit yang menggunung.. eceh, takde la menggunung, tapi banyak jugak la. so kami ahli2nya di sponsor lunch tempo hari di Seoul Garden, dinner di Hotel Equitorial, hadiah2 (coming soon tak pilih lagi nak hadiah apa) hehe.. ni gambar makanan2 yang muah! (tak sesuwai hokeyh nak muah2..)

ok, dah sedia? sila pejam mata...















actually banyak je lagi yang best2..tapi tak tersnap sebab segan kot..saya sorang jek yang giat gigih snap sana snap sini.. T__T

pastu kualiti gambar pun tak ok sebab kamera cabuk saya ni malu2 sikit bila orang ramai.. hahahaha (tak perlu gelak sebenarnya)

Monday, October 25, 2010

nasib si kasut

assalamualaikum..


tersalah langkah pulak hari tu.. tak.. bukan tersalah langkah..tersalah faham dan interpret.. bukan nak pergi interview pun kan.. nak pergi ujian jek.. tapi biasalah orang yang tak pernah pergi ujian macam ni memang cuak tak tentu pasal.. ujian biasa je pun.. risau bukan main.. 1st time konon.. hot from the oven kan.. haha..


ujian hari sabtu pukul 11 am kat Sungai Petani, Kedah.. saya kat Penang.. hari jumaat tu still duk buat labwork.. labwork habis pukul 5pm macam tu.. tak boleh nak habiskan awal sebab memang kena ambil masa 8jam buat benda tu.. lepas tu 5.30pm sampai rumah baru gedik nak kemas2 baju semua.. then 6.15pm kelam kabut ke stesen bus sebab bus pukul 6.30pm.. 6.45 pm baru bus jalan.. atas penang bridge tu memang jam lah.. petang satu hal, jumaat pulak.. TERBAIK lah naik bridge time macam tu.. ok, 1jam atas bridge 7.30 baru sampai stesen bus butterworth ambil orang lagi. then pukul 9pm baru sampai alor setar.. tiba2 baru teringat pasal kasut..memang tau time genting macam ni baru nak ingat.. mula2 nak salahkan syaiton.. (isk tak baik..insap2..) http://www.emocutez.com


pastu kol si dia tanya opinion pasal kasut.. dia cakap better pakai kasut bertutup dan hitam.. mesej pulak kawan yang nak pergi ujian jugak tapi tempat lain, dia pun cakap better pakai kasut bertutup.. adehhhhh..mana nak cari, dah pukul 9 lebih.. abah pulak tak datang2 lagi sebab ada orang ramai kat rumah, ada buat makan2 pulak... hmm, tunggu punya tunggu dalam 9.40pm baru abah datang.. nasib baik rumah dengan TESCO tak sampai 1km.. suruh abah drop kat tesco, dia balik layan tetamu, nanti datang ambil pulak.. hehe..


nasib la tesco ada kedai kasut jugak kan.. fuhh.. tapi tula, tak banyak pilihan la.. dah la kaki saiz budak darjah 6. lagi la susah tengah2 kalut macam ni.. kedai kasut yang ada hanyalah 3.. BATA, MAX, XES STUDIO.. ok lah tu daripada takde kan.. tak kan saya nak pergi pakai kasut crocs kaler pink ini..siap bunga2 bagai..



isk..dah la pink.. makanya pergi BATA takde saiz, pergi MAX takde saiz, pergi XES STUDIO takde saiz.. ulang lagi pergi BATA takde saiz jugak, pergi XES STUDIO takde sai lagik, then last hope MAX harap2 ada la any kasut dah tak pikir cantik ke tak, rembat je kalau ada saiz as long as kaler gelap..


finally, ada pun..


biasa jek, nasib harga pun ok.. taknak la beli mahal2 dalam keadaan tergesa2 macam ni kan.. waktu try ni memang saiz 36 macam besau nau.. semua kasut ok.. macam kena cursed.. hadoi.. tu yang pi mai pi mai tang tu.. balik la dengan kasut bersaiz 35.. atau dalam erti kata mudahnya saiz 4.. kecik tak kaki saya?? anak buah saya cakap saya macam budak darjah 6.. huhu.. (tabah nih) http://www.emocutez.com


esoknya yakin gile pakai kasut bersaiz 35.. pagi tu pakai, mak ai ketatnya............ sudah... takpe la, bertabah jua diriku ini.. awal tau keluar rumah.. keluar pukul 8.15am macam tu dari aloq setaq, 9am dah dampai Sungai petani. dah kata highway boleh speed sampai 110km/h, memang saya speed 110km/h la.. tupun ada jugak terbabas 120km/h.. huhu, pastu slow sikit sebab takut ada speed trap.. nanti tak pasal abah lah yang kena bayar..


dah sampai tu,tak sampai 5 minit berjalan kaki dah melecet.. sakit nau.. tahan jela sampai abis exam.. nasib bawak kasut spare.. NASIB.. kalau tak melecet teruk la kakiku ini.. nipun pedih sangat sikit lagi jek nak terkoyak kulit tu.. sakit..


yang bestnya.. malam tu balik, mak ajak gi tesco beli barang dapur.. pastu dapat idea nak tukar kasut.. tapi camne ye, sebab dah pakai...?

idea jahat datang... saya berus tapak kasut tu dengan air, lap bersih2..



tadaaaaaaaaaaaaa... macam baru.. masukkan dalam kotak balik elok2.. pergi kedai mintak tukar saiz.. dan pulanglah dengan kasut baru.. ngeheheheeeeeeeeeeeeeeee......... http://www.emocutez.com

Sunday, October 24, 2010

tudia.. macam tu ka personaliti dia?

assalamualaikum..


oh sekali sekala cakap loghat utara takpa noh.. haha.. hmm, sabtu iaitu kalau ikut masa saya menaip ni adalah pagi semalam, saya telah pergi ujian personaliti.. nak tegok saya ni berpesonaliti untuk jadi jurucakap produk terkemuka di rantau ini..






apa? ujian personaliti jadi jurucakap produk? sila PERAHSANTAN la sengsorang.. (muntoh!) http://www.emocutez.com



itu mimpi semata-mata.. saya pergi ujian personaliti nak jadi cekgu je pun.. bukan cikgu JEPUN.. yang tu memang tak layak jugak sebab orang JEPUN putih macam kulit telur, saya putih macam belakang kuali.. huhuhuu.. http://www.emocutez.com






ok, cut the crap please! ujian dia memang senang tetapi sukar.. macam mana tu adik-adik..? senang tapi sukar? sukar tapi senang? yela, ujian persolaliti je pun..



yang senang nya : kamu hanya perlu jawab YA atau TIDAK.

yang sukarnya : nak hipokrit atau jujur sejujurnya?





contoh soalan yang ditanya....


1. saya seorang yang mudah berang apabila orang lain membuat salah. (YA atau TIDAK)

2. saya tidak pernah menyinggung perasaan kawan-kawan. (YA atau TIDAK)

3. saya tidak pernah membocorkan rahsia orang lain. (YA atau TIDAK)

4. apabila di dalam kumpulan saya seorang yang pendiam. (YA atau TIDAK)

5. saya akan menceritakan segala masalah peribadi saya kepada kawan-kawan (YA atau TIDAK)

6. saya cepat bosan dengan kerja yang berulang-ulang. (YA atau TIDAK)







ok, itu lah antara soalan2 yang ditanya,, nak list kan semua memang tak ingat, dah lah 160 soalan semua. tapi biasalah.. memang ada yang hipokrit kan..kalau jujur sangat ada ke orang nak ambil kamu kerja kan.. isk3.. tapi tula, kalau dah rezeki tu takkan ke mana..  macam tu lah soalan2 nya.. saya tahu mesti ramai je yang dah pernah pergi ujian personaliti macam ni dan ujian2 lain.. tapi ni 1st time saya tau.. bagi chance la nak takjub jap.. http://www.emocutez.com







ni kengkonon calon menjawab soalan ujian personaliti.. (calon pertandingan tidur dan makan bolehlah)


lepas ujian singgah guardian..
oh, beg tu pinjam my mom punya.. baru nampak macam kengkonon dewasa.. (padahal takde beg formal)



ehem..ehem.. kalau tak lulus ujian ni, silalah saya muhasabah diri.. dah hipokrit konon2 baik budi pekerti pun orang taknak ambil keja.. http://www.emocutez.com

Saturday, October 23, 2010

yes! it is..

assalamualaikum..


oh, hari ni ialah hari ujian... kawan2, kakak2 cakap senang jek..


APAKAH? senang? huhuhuuuuuuuu...



ok, kalau saya tak pass, sila belanja makan besau ye..


nampak macam nervous tak? hahaha.. (tak perlu gelak sebenarnya)

Friday, October 22, 2010

dup dap dup dap

assalamualaikum..


oh dup dap dup dap.. sekarang ni dalam bus on the way aloq setaq.. esok ada ujian.. sebab tu dupdap dupdap kot.. kalau dah kata ujian mesti la nak pass with flying colours kan.. huhu.. harap2 ujian esok ok, boleh jawab..


emm, da terbayang2 dah ni, nak request makan apa kat parents.. ahahahh.. macam la balik setahun sekali kan? ngada jek.. padahal minggu lepas baru je balik mintak sedekah.. (err..)


tak tahu la esok ni nak pergi ujian tu abah hantar ke kena drive sendiri.. macam malas lak nak drive sendiri.. kalau ada driver kan best.. eh, tapi drive sendiri pun best apa.. leh bawa laju2.. *wink!





ok la.. lapaq pulak tekak ni.. eh jap, tak sesuai benor lapaq tekak.. mungkin cacing2 dalam perut yang kelaparan kot... ok2, fine.. gud evening!!! (evening la sangat kan.. )

Wednesday, October 20, 2010

its hazardous

assalamualaikum..



bekerja di lab yang penuh dengan chemicals ni memang bahaya.. seriously, u have to be extremely careful in handling those chemicals.. if not, bergembiralah dengan hasilnya di kemudian hari. some yang boleh nampak efek in a short of time tu ok la, at least kita boleh rawat.. tapi macam mana kalau yang long time effect? tak sedar tubuh badan dah tercemar dengan bahan kimia beracun, duk bergumbira riang ria, tengok2 jatuh sakit bila badan dah tak mampu nak sembunyikan lagi dah kesan2 chemicals itu.. nah.. baru nak tau langit tu biru ke, hijau, ke biru laut..

yes, i am surrounded with those hazardous chemicals. those yang can lead to many cancer. ya auw auw.. serrem tau tak.. tapi saya ni brader2.. tegar jugak.. like i always dealing with 12 M Hydrochloric acid neither wearing any gloves nor lab coat.

so, brader tak brader saya ni?

hey, sila malu dengan diri sendiri okay..brader pun takkan wat benda macam ni lah.. haishhh..




ok, 12M Hydrochloric acid tu sangat2 pekat.. bila kamu buka penutup dia je, terus keluar asap. itu belum lagi kena tangan or what.. siap boleh berlubang kot.. tak berlubang pun boleh buat kamu kena penyakit kulit.. kalau kena kat muka? haaa... bak kata makcik2 "jatuhla duit hantaran deme.."

oh, yang orang kena simbah2 asid tu.. haa, macam tu la jadinya.. melecur habis, sampai kelopak mata pun dah tak ada, rambut jadi botak sebab roots sudah rosak, dan macam2 lagi.. asid, yeah strong acids is very dangerous.. takut nanti bukan takat kurang duit hantaran, terus takde duit hantaran sebab takda orang nak bagi sebab tak ada orang nak masuk minang pun.. no offence ok.. cuma contoh..

mask kalau takat ikat kat leher buat rantai baik tak payah..


bayangkan dengan asid macam tu saya buat main2.. isk.. tapi nak buat macam mana, saya memang malas nak pakai latex gloves dan lab coat dan kasut yang proper dan mask dan goggle.. nasib buat keja dalam fume cupboard, so bila buka penutup botol asid tu asap masuk dalam fume cupboard.. kalau tak, hidu lah kamu asid masuk trakea, masuk la asid dalam mata.. lepas tu terus gelap pemandangan..

ok, lepas ni nak be extra careful. malang tak berbau kan..


ok, almost complete.. goggle sila pakai di mata bukan kepala cik adik, gloves mana nih? haishh!!

Tuesday, October 19, 2010

besar2 gebu2 baru sedap peluk!

assalamualaikum..


wah, sedapnya peluk.. besar, gebu, bestnye peluk.. tidurku jadi lena.. bahagia.........




































amboiiiiiiiiiiiiiiiii............. fikir apa tu? takda ka benda ilmiah sikit? hisss.. orang cakap pasal ni la!






































besar kan.. gebu2 montok kan?? kan? khennnnn??

kalau dapat yang ni, tak tahu la.. malam2 kena gomol la.. yala, sapa suruh comel sangat? sapa suruh gebu sangat kan? tapi kan, kalau dah kawin, ada anak, teddy bear banyak2 tu nak letak mana? takkan nak bawa tidur lagi kot.. berebut dengan anak pulak nanti. hahah.. harus la end up sedekah kat anak sendiri, or anak buah, or mana2 budak bawah umur..

yay! hadiah hadiah hadiah

assalamualaikum..


actually hari tu saya ada join satu contest ni. 1st time join tau, tak sangka menang saguhati. yay! suka sangat.. contest tu anjuran cik bihah.. dia sangat comel okay. i adore her sebab dia berani nak bergaya. saya memang tak berani tau..hehe.. http://www.emocutez.com


so tajuk contest tu GIVEAWAY CUTI-CUTI MALAYSIA. memang tak expect boleh menang saguhati pun sebab tajuk contest dahla cuti-cuti malaysia, saya pulak bukan bercuti, dan bukan di Malaysia. saya cerita pasal saya pergi umrah dengan mak kat Mekah Madinah. tapi cik bihah baik hati sangat bagi saya dapat saguhati. hehe.. ni entry bertuah tu





Nak tahu saya dapat apakah? apakah itu?? 
http://www.emocutez.com

apa? tak mau tahu pun?? 
http://www.emocutez.com

takpe, saya tetap nak riak jugak tunjuk.. padan muka anda.. 
http://www.emocutez.com


ini dia cik bungkusan bertuah.. sampai dalam pukul 10 am tadi, saya baru nak kuar rumah pergi lab, encik posmen datang mintak autograf. thank you encik posmen sebab mintah autograf saya. saya tergaru nampaknya.. http://www.emocutez.com


jadi, apakah hadiahnya? apakah? sila sabar.. saya sedang riak nak tunjuk hadiah 1st time menang contest..




















































tadaaaaaaaaaaaaa






























buka mata okay...



























apa tu? macam felik jek kekdahnye...



































yay! its a shawl.. sangat2 suka.. bertambah koleksi shawl.. thank you cik bihah.. lain kali buat lagi tau.. lepas nk nak bagi dapat hadiah utama pulak.. tahu, mesti hadiah utama lagi gempak..bertuah orang tu kan.. tahniah!


oleh itu, silalah menjenguk dan membeli belah di blog cik bihah. sumpah barang2 dia sangat cute dan sangat affordable.. geram jek tengok, tapi nak buat macam mana, sekarang ni tengah kemarau.. orang lain subur je tanah jajahan kan? kita ni kemarau manjang.. bila nak hujan? hahahaha.. sedih..tapi buat buat gelak hahahah.. hahahaha lagik. kali ni memang gelak betul.  http://www.emocutez.com


jum ke blogshop cik bihah!!!!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails