Sunday, August 21, 2011

baju raya dah beli?

assalamualaikum..


aduh..perempuan ni kan memang la.. baju raya tak dapat dipisahkan.. kadang belum puasa dah pikir nak baju raya fesyen apa, kaler apa, nak sedondon la, kasut beg belum lagi, pastu tudung pulak kan.. memang kalau dapat bonus raya tu habis licin la.. habuk pun tak menyempat nak sambut raya.. huhu..


kadang kan, perempuan ni suka jek beli yang dah siap tu.. pastu corak lak sama jek, sepapan orang kata.. nanti kang tak pasal2 ada kembar time raya..

tapi serius la, baju raya mahai benor la sekarang.. kalau nak beli yang dah siap tu, ada beads skit pun beratus2.. hadui.. kadang baju kurung biasa je pun.. pun dah RM150.. tapi tahun ni i jimat la.. tak payah beli baju raya.. sepasang mak dah belikan.. sepasang lagi kawan bagi free.. hehehe.. tu pun ada lagi yang nak sponsor baju raya tapi macam tak sempat jek dia nak pos.. tapi takpe, kalau ada rezeki sampai jugak la.. hikhik..

hari tu ada tertengok blogshop ni jual baju custom made.. simple tapi sangat cun.. jum tengok!







taktau la nak cakap..memang berkenan habis la.. tapi sayang............. pre order dah awal2 tutup.. dorang dah buka pre order baru tapi dapat lepas raya.. huaaaaaaaaaa... selain baju2 cute di atas, ada jugak jual maxi skirt, shawl, etc.. sila la jenguk k.. pasti memikat.. hehe..





Saturday, August 20, 2011

Time goes by, life goes on, and all I can think of is you are gone...

the quote i got from my friend's fb wall..

well,  its hurt to live with frustration.. i just cant tell u the truth.. because i can change nothing.. yes nothing that i can change to make it better.. the bitter that i feel inside is killing me..

i heard that u found someone, well i hope only the best for u.. i wish nothing but the best for u..






"Someone Like You"

I heard

That you're settled down
That you
Found a girl
And you're
Married now

I heard

That your dreams came true.
Guess she gave you things
I didn't give to you

Old friend

Why are you so shy?
Ain't like you to hold back
Or hide from the light

I hate to turn up out of the blue uninvited

But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over

Never mind

I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
"Don't forget me", I beg
"I'll remember", you said
"Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead."
Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead,
Yeah.

You know how the time flies

Only yesterday
It was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise
Of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited

But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind

I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
"Don't forget me", I beg
"I'll remember", you said
"Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead."

Nothing compares

No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known
How bittersweet this would taste?

Never mind

I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
"Don't forget me", I beg
"I'll remember", you said
"Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead"

Never mind

I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
"Don't forget me", I beg
"I'll remember", you said
"Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead"

"Sometimes it lasts in love

But sometimes it hurts instead"

Friday, August 19, 2011

wahai sang hati




Duhai hati...
Mengapa perlu engkau bersedih?
Mengapa perlu engkau tangisi sesuatu yang sudah bukan lagi milikmu?
Mengapa engkau selalu memikirkan tentang sesuatu yang bukan merupakan hal ehwal urusanmu?
Mengapa engkau selalu mahu menyalahi takdir?
Mengapa engkau selalu sukar menerima hakikat realiti?
Mengapa engkau sukar mengerti dan memahami apa yang sedang berlaku?


Wahai sang hati...
Andai engkau mengetahui betapa hebat aturan-Nya,
Pasti engkau akan sabar pada pukulan pertama di atas badai yang melanda dirimu,
Pasti engkau akan redha di atas setiap percaturan-Nya,
Pasti engkau akan yakin dan percaya akan setiap tindakan-Nya ke atasmu hamba yang lemah lagi hina.
Kadangkala kita terlalu inginkan sesuatu,
Tetapi Dia lebih mengetahui,
Kerana barangkali apa yang engkau suka itu tidak baik bagimu,
Dan barangkali sesuatu yang engkau tidak suka itu baik bagimu,
Hebatnya perancangan Rabbul Izzati.


Aduhai kalbu...
Nalurimu meraung-raung sekuat hati demi menggapai secebis keinginanmu,
Dan apabila kau berjaya untuk mendapatkannya,
Kau jadi lupa kepada yang memberikanmu nikmat itu,
Maka kau layari bahtera yang terumbang-ambing itu demi kepuasan dirimu,
Malangnya tiba suatu masa,
Engkau tersungkur di persada jalanan dek kerana terlalu ghairah mengejar duniawi,
Tatkala itu barulah engkau mula mengenal sang Pencipta.
Jatuh tersungkur itu bukan buat selama-lamanya,
Namun itulah api yang menyemarakkan nyalaan obor hatimu,
Itulah perisai diri yang mula untuk memagari dirimu,
Tatkala itu pasti engkau terkedu seketika,
Betapa pintu pengampunan-Nya masih terbuka luas buatmu.

Wanita solehah idaman semua...
Untuk merealisasikannya bukan satu perkara yang mudah,
Tetapi ia sama sekali tidaklah mustahil,
Ayuh kita menjadi seindah mawar berduri.
- Artikel iluvislam.com

Friday, August 12, 2011

resepi kek coklat moist kukus..nymmmy!

assalamualaikum...

wah, dah masuk 12 ramadhan kan.. macam mana puasa tahun ni? dah berlubang blum? hehehe.. saya masih utuh lagi puasanya.. harap2 boleh puasa penuh la tahun ni.. haipp, bukan sebab berharap tak payah ganti nanti nanti, tapi berharap tak cuti so that boleh buat ibadat banyak sikit tahun ni.. =)


tetiba saya teringat pasal chocolate moist cake.. tak payah bakar dek non... kukus jek.. so sape2 yang takde oven macam saya nih boleh la kita bakor je kek pakai kukus.. errr..apa punya bahasa lah kan.. 

nak tak resepi tu??


meh nak kasi.. senang sangat and kos nak buat pun murah kak nab oi... boleh la test dulu sekarang.. nanti kang dah expert, boleh buat kek raya.. gituuu...



bahan2 A:
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair...
1 cwn susu pekat
1 cwn myak msk..
*semua bahan di atas kacau sebati and masak atas api perlahan.
*rehat kejap bila bahan dah sebati.

bahan2 B:
tepung gandum 3/4 cwn
soda bicarbonat 1 sudu kecil(sudu kfc)
baking powder 1 sudu kecil (sudu kfc)
*semua bahan nih ayak k..

bahan C: telur 4 biji (blender jer)

Cara2 buat:
satu kan bahan B dan C ke dalam Bahan A....secara berselang seli n gaul dengan senduk jer...bila dah sebati....taruk jer dalam loyang yang disapu minyak....n kukus dalam 30 -45 minit (bergantung saiz loyang)...kalau nak test cucuk dengan lidi kalau tak melekat kira masak le...


entah la cilok mana, dah lupa.. hari tu copy paste jek and then save dalam laptop.. kalau rajin boleh buat topping skali.. beli cooking chocolate, buat double boil.. tapi before simbah atas kek make sure kek dah sejuk ye.. baru maveles kata kak melah.. 


  

Tuesday, August 9, 2011

GIVE AWAY KELLEEESSS! ---by UYUN

Assalamualaikum wbt.. 
Yo kawan2..rakan taulan..sahabat handai.. UYUN ada buat giveaway.. nak tau giveaway apekah..? Giveaway KELLEEESSS! uols.. memang kebabom habaq mai.. hihi.. sebenarnye dah malas nak update blog tapi sebab hadiah dia mcam maveles pastu giveaway nih mudah sangat nak join tak payah nak tempek2 gambo sendirian berhad yang tak cun nih, so why not kan..? 

so dipersilakan hadiah2 memperkenalkan diri masing2 ye..

HADIAH !!

Ade 3 org bertuah yg bakal menerima hadiah neh nnti.
-. hoodie blouse yg kelesssss n cntekkkk dipakaii kemanee2! ;).
- 3 helaii shawll yg howttttt gtewwwww utk digayekan di pagi raye!
-.UYUN dgn baek hatinye nk sponser soranggg daripada followernya utk joinn iftar yg bestt!!
maklumat IFTAR adelah berikut: 
13 ogos 2011 bertempat di Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur.

Antara owner onlineshop yang akan hadir ialah:

* Ika (http://www.radiusite.com/)
* Hani Elia (http://www.alhumairacontem​porary.com/)
* Uyun (http://hijabebs.com/)
* Scha (http://www.anggunzara.com/)
* Vee Elfaiziien (http://www.elfaiiziens.com​/)

dan seorang blogger famous amos!
* Cik Epal (http://cikepal06.blogspot.​com/



dan juga ahli2 IFTAR yg laennn!!!!
lepas tuh ade cabutannn bertuahh drpd radiusite! bestttttttttt x?? ;)
best gile kannnn?




 tapi..tapi.. sebelum verangan nak menang, sila jawab dulu soalan2 cepu emas putih di bawah okayh...



SOALAN YG WAJIBULGHUNNAH DIJAWAB

1. Apakah makna bulan Ramadhan utk anda?

honestly, bulan ramadhan bagi saya adalah bulan yang saaaangat mulia, sangat istimewa, sangat ditunggu-tunggu setiap tahun, sangat bererti bagi saya.. bulan yang saya jadi diri saya yang terbaik, amalan2 yang saya kurang buat di bulan lain saya akan lipatgandakan amalan2 tu di bulan ni, insya'Allah..dan saya sangat happy bila dalam ramadhan, sebab saya rasa bulan ni saya sangat dekat dengan-Nya.

2. Apakah hukum berpuase tetapi tidak berbuka?

Haram berpuasa dengan tidak berbuka, namun puasanya sah. Islam ni mudah, tak perlu nak extreme dalam beribadat. lambatkan sahur tapi cepatkan berbuka..itu yang dituntut..  =)

3. Apakah org yg gila perlu mengqada' puasa mereka dikala mereka diserang kegilaan sewaktu berpuasa?

Tidak wajib qada’ baginya.

4, Adakah anda boleh menghadiri IFTAR pada 13hb Ogos 2011 di Grand Season Hotel sekiranya anda terpilih sbg pemenang?

Insya'Allah, teringin sangat nak pegi.. walaupun cheq kat PENANG, tapi kalau cheq menang memang cheq sanggup pergi sana.. dasyat tak dasyat..? huhu..  





ok, syarat2nye.. aik, baru nak bagitau syarat? hehe..


SYARAT-SYARAT

boleh la rujuk blog UYUN yep.. hikhik..





so, tu duk tunggu apa lagi tu.. sila lah cepat2 gerakkan jari jemari anda.. tak kisah la, runcing ke, demok ke, selim ke jejari itu.. =)
wasalam.. selamat berpuasa uols! ^_^




Thursday, July 21, 2011

"Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"

Assalamualaikum..




lama dah saya tak join contest/GA.. hehe.. tapi kalau GA senang2 macam ni memang la saya suka bangat! tak yah nak tempek gambar sendirian berhad kan.. maklumla, i ni shy2 kitten..gituuu.. hahaks.. so uols! ni GA terbaru yang saya nak join.. sebelum apa2 jum tengok syarat2 k..


syarat-syarat :
  1. Follow Cik Yana DAN Cik Putih
  2. Buat satu entry bertajuk "Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"
  3. Copy banner di atas & paste di dalam entry anda. Linkkan gambar tersebut kepada entry anda tu.
  4. Tag 3 rakan anda dan pastikan diorang tahu pasal GA ni.
  5. WAJIB tinggalkan link entry contest ANDA kat ruangan komen ENTRY YANG TU
  6. Contest ini akan berakhir pada 8 Ogos. ( Jika tarikh bertukar akan diumumkan ) 
  7. Kalau rajin like la fan page cik putih & cik yana sekali , tu pon kalau rajin la.tak paksa okeh.
  8. Copy senarai sponsor kat bawah dan letak dalam entry korang tu 

senarai sponsor :
  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.  
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel 
  11. Momo Chan Collection 
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali 
  15. Aimi Craft 
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az 
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa
  23. Kittyshawls 
so nak tag shiaaapa?

gorgeous Aimi 
beautiful Fyna
brilliant Sol bling2 


till then...


bye! wasalam... 

why.. it is always you..?

assalamualaikum..



But why after all these years you came back and i realized that the feelings were never gone?


I wish that they were gone like the wind blows the dust.



Monday, July 11, 2011

Heart vacancy

In your heart, in your heart, in your heart,
I can tell you can fit one more.
Open up make a brand new start,
I don't care who's stayed before

If loneliness would move out,
I'd fill the vacancy.
In your heart, in your heart, in your heart... 



Monday, July 4, 2011

kata demokrasi

assalamualaikum..




uiks, dah lama tak buat entry baru.. malas + tak ada apa yang nak ditulis kat sini.. my life tak best macam korang, and i pun tak ada info menarik nak dibagi tahu..


tapi i terkilan dengan sesetengah pihak.. ni pasal kes wardina..


kenapa la ada manusia yang busuk hati nak menjatuhkan orang lain kan.. kalau lah kan betul wardina tu join PKR, tapi itu salah dia ke? kata negara demokrasi.. dia boleh je nak pilih mana2 parti yang dia nak, yang betul di mata dia.. kalau la dia join program kerajaan, mesti tak ada masalah kan? memang la dia keja dengan tv3, tapi tv3 tu kerajaan punya ke? bukan swasta ke? dan if betul tu kerajaan punya pun, rezeki tu Allah yang bagi.. haihh, macam2 la.. i ni bukan la nak sokong pembangkang ke kerajaan ke, cuma hak sebagai manusia tu mana?? dia bekerja, bukan goyang kaki hujung bulan masuk gaji riban2.. entah la..


dah tu, buka aib orang pulak.. tunjuk gambar2 dia waktu tak bertudung dulu.. sendu lah diorang ni..


apa2 pun, doa manusia ni sentiasa didengar oleh Allah, so, jangan la putus berdoa.. doa orang teraniaya kan dimakbulkan.. AMIN..


Wednesday, June 15, 2011

pesanan buat para wanita



"Nikah gantung jom?Saya nak kahwin dengan awak"


Wanita solehah,tidak akan sesekali berani menawarkan dirinya untuk di kahwini dengan berkata sedemikian rupa kepada lelaki malah dia juga tidak akan sesekali mengajak seorang lelaki berkahwin dengan cara sedemikian kerana dia sentiasa yakin bahawa jodohnya telah ditetap sejak azali lagi.Selain itu seorang wanita solehah juga,lazimnya memiliki sifat malu kerana dia sedar bahawa malu itu sebahagian daripada iman.


Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sifat malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan".
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)


Namun, ramai diantara wanita-wanita zaman sekarang yang telah lenyap sifat malu didalam diri mereka.Oleh sebab itu mereka tidak berasa malu untuk berpakaian dengan pakaian yang menjolok mata dikhalayak ramai,merokok di tempat-tempat awam seperti di taman permainan dan kafe-kafe,bergurau senda dengan lelaki yang bukan mahram tanpa batasan dan banyak lagi.Oleh kerana tiada sifat malu ini lah perkara-perkara buruk dan negatif seperti ini berleluasa,maka telah menjadi tugas dan kewajipan seorang wanita muslim itu untuk membataskan diri mereka dengan menanamkan sifat malu yang tebal dalam diri mereka.


Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Iman itu lebih daripada tujuh puluh atau enam puluh cabang,maka yang paling afdalnya ucapan 'Laailahaillallah' dan yang paling rendahnya membuang perkara yang menyakiti dari jalan dan malu sebahagian daripada iman".


Wahai wanita yang solehah,renungilah kata-kata pujangga ini:
 "Orang yang dituntun oleh agamanya,yang diluruskan oleh akalnya,yang dijaga oleh hartanya dan yang dihiasi oleh rasa malunya maka dia telah menghimpunkan semua nilai keutamaan dalam dirinya".


"I love you...I love you so much...ILYSM...MY (I love you so much....miss you)
Macam-macam ungkapan yang diungkapkan untuk menerbitkan isi hati atau menyatakan cinta dan kasih kepada seseorang.


Patutkah seorang wanita yang berpendidikan agama,menutup aurat sepenuhnya dari hujung rambut hingga hujung kaki berkata begitu pada seorang lelaki yang bukan sesiapa pun pada dirinya,jauh sekali suaminya.Dimana letaknya maruah diri sebagai seorang wanita muslimah?


Jika dia benar-benar seorang wanita muslimah,dia tidak akan sesekali berani berkata begitu,kerana dia sentiasa takut akan kemurkaan Allah Swt.Dia juga akan sentiasa berfikir akan kesan-kesan yang mungkin timbul apabila dia menuturkan kata-kata sedemikian rupa terhadap seorang lelaki yang belum sah menjadi suami.Selain itu wanita solehah juga akan sedar bahawa bukan semudah itu caranya untuk menyatakan cinta kerana wanita solehah sentiasa mengharapkan syurga Allah untuk dirinya.


"Nikah gantung save dan safe...save duit,duduk asing tak apa,i tak kisah.safe hati,boleh jauhkan diri dari maksiat".


Bayangkan sekiranya seorang wanita yang berpendidikan agama,menutup aurat dari hujung rambut ke hujung kaki  mempelawa seorang lelaki berkahwin dengannya dan menyatakan ayat seperti diatas.Alangkah malunya apabila seorang wanita itu berkata seperti ini demi untuk mengajak seorang lelaki yang amat dicintainya mengahwininya sedangkan seorang wanita solehah perlu menyulamkan dirinya dengan perasaan malu dan berederhana ketika bertutur.Seorang wanita dibenarkan mengajak seorang lelaki bernikah namun perlulah dilakukan dengan cara yang betul dan tidak memalukan diri sendiri.


Renungilah Firman ALLAH dalam surah An-Nuur ayat:21 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui".


ALLAH berfirman lagi dalam surah An-Nuur ayat:26 yang bermaksud:
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia".


Bagi para lelaki diluar sana,sudah tentu anda menginginkan seorang isteri yang solehah dan baik budi pekertinya.Lantaran itu,sebagai seorang lelaki anda juga harus berusaha untuk menjadi hamba Allah yang soleh sebelum anda bercita-cita untuk menemui wanita solehah yang anda iimpikan.Antara ciri-ciri solehah seorang wanita yang diimpikan para lelaki ialah wanita itu mesti menjaga solat,taat kepada ibu bapa,berakhlak mulia,menuutup aurat,pandai mengaji al-qur'an,rajin melaksanakan puasa sunat dan lain-lain.


Sememangnya,mencari wanita yang solehah adalah sukar kerana sudah tidak ramai lagi wanita yang memiliki sifat-sifat mulia sebegitu dek kerana hanyut dengan 'trend' zaman sekarang.Tidak kurang juga bagi seorang wanita solehah,semakin sukar untuk menemui lelaki yang soleh  kerana realitinya kini tidak ramai lelaki yang mempunyai sifat-sifat soleh seperti sahabat-sahabat Nabi suatu ketika dahulu.Malah,yang menjadikan pencarian soleh dan solehah ini lebih sukar apabila seseorang itu perlu bijak 'menilai' batiniah seseorang kerana sifat solehah dan soleh itu tentulah berada di dalam hati individu itu sendiri dan tidak boleh dinilai dari sifat luaran seseorang semata-mata.Jika kita hanya menilai seseorang melalui caranya menutup aurat,belum tentu orang yang kita nilai itu baik dari segi akhlaknya. Ada pepatah melayu menyatakan,'Kulit baik,belum tentu isinya baik' manakala pepatah inggeris pula menyatakan 'Dont judge book by it's cover'


Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku di dalam sembahyang".
(Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai)


Oleh kerana itu wahai para wanita diluar sana,binalah benteng keimanan dalam diri kalian,jadikanlah sifat malu itu sebagai perisai diri kalian,hiasilah diri dengan akhlak yang menawan dan keperibadian yang anggun..moga-moga diri anda akan tergolong dalam kalangan wanita solehah yang sejati yang menjadi idaman setiap lelaki yang soleh...insyaAllah.


ALLAH berfirman dalam surah Al-Ahzaab ayat:35 yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar".


RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI WANITA.



ILUVISLAM.COM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails