Thursday, October 21, 2010

Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!

assalamualaikum..


 


amacam..cantik tak beg2 itu semua? serius, 1st time tengok macam OMG kiut comel momel momel!!!! I WANT! I WANT!
http://www.emocutez.com


comel sungguh kan? beg ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat.. cuba tengok semua design corak2 beg itu semua.. sesuai untuk semua kan? tapi mahap lah ye, nampaknya perlu tambah lagi, "sesuai untuk semua lapisan masyarakar (wanita)" hehe.. 


ok, ni details pasal contest ni ok.. sila teliti, simple saja tau.. 
~ Jadi follower blog Superhero Mama & MZ Collections

~ Copy & paste banner ke entry & sidebar (beserta link, ya!)

~ Tajuk Entry : Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway! sahaja

~ Linkkan entry anda ke entry ini

Tamat pada 03/11/2010 (12am)

Mama mencari 3 org yang bertuah! :)
Senangkan? So apa tunggu lagi..
Jom join! :)




hmmm, kalau tengok gambar atas ni kan, nak tahu tak yang mana yang saya berkenan?


oh, beg yang bertali biru itu.. drooling.................... ngehehehe..


SAYA NAK BEG ITU!! PLEASE!! 


makanya, kalau kamu pun nak beg itu, sila lah terjah blog SUPERHERO MAMA di: jeng jeng jeng... http://www.emocutez.com















life is beautiful

assalamualaikum..


kenapa selalu kita tak sedar yang hidup kita ini sebenarnya sangat indah??


kalau kita rasa our life is s*ck! think again.. benarkah? dah usaha ka untuk membuatkan ia menjadi kurang s*ck?


"Every cloud has a silver lining."
 
 
"There is always light at the end of the tunnel."
 
yes.. life is beautiful, indeed.. u just have to know how to appreciate it. 



braces.. love it or shove it?

assalamualaikum..



mesti ramai je kan yang pakai braces.. im thinking of wearing it.. tapi for now cannot afford maaa... saya student lagi.. first kamu kena bayar around RM1500 macam tu kan.. then depends la, sama ada RM100 or RM150 or more/less sebulan kan untuk beberapa tahun depends kepada keterukkan gigi anda..

oh, sangat teringin nak pakai.. mereka cakap no need to pakai braces la since dah ok.. tapi ntah la.. saya nak sangat pakai, tapi since ramai cakap tak payah, so i keep it to my mind dulu lah.. huhu.. lagipun "kau ada duit ke nak bayar?" hahaha.. (tak perlu gelak sebenarnya)

i did a survey about braces, and found out that there is a hospital (lupa) charges only +-RM 700. ok, RM 700 tu total payment. and it is private hospital. sangattttttttt murah kan?  nanti kena cek balik. and the worst is, hospital tu kat KL. im in penang, so sangat tak munasabah nak buat kat situ.. setiap bulan nak kena pegi kl semata2 nak tukar besi besi segala tu..

kat penang ni total im not sure, tapi selalunya kalau yang biasa tu (bukan seramik) 1st payment is RM 1500 then setiap bulan dalam RM 100-150 selama 2 tahun. less or more la kan..


hmm, nanti dah keja boleh fikir balik.. so sekarang ni kalau rasa gigi tak cantik sila tutup rapat2.. sekian terima kasih daun keladi.. da di du..


Wednesday, October 20, 2010

its hazardous

assalamualaikum..



bekerja di lab yang penuh dengan chemicals ni memang bahaya.. seriously, u have to be extremely careful in handling those chemicals.. if not, bergembiralah dengan hasilnya di kemudian hari. some yang boleh nampak efek in a short of time tu ok la, at least kita boleh rawat.. tapi macam mana kalau yang long time effect? tak sedar tubuh badan dah tercemar dengan bahan kimia beracun, duk bergumbira riang ria, tengok2 jatuh sakit bila badan dah tak mampu nak sembunyikan lagi dah kesan2 chemicals itu.. nah.. baru nak tau langit tu biru ke, hijau, ke biru laut..

yes, i am surrounded with those hazardous chemicals. those yang can lead to many cancer. ya auw auw.. serrem tau tak.. tapi saya ni brader2.. tegar jugak.. like i always dealing with 12 M Hydrochloric acid neither wearing any gloves nor lab coat.

so, brader tak brader saya ni?

hey, sila malu dengan diri sendiri okay..brader pun takkan wat benda macam ni lah.. haishhh..




ok, 12M Hydrochloric acid tu sangat2 pekat.. bila kamu buka penutup dia je, terus keluar asap. itu belum lagi kena tangan or what.. siap boleh berlubang kot.. tak berlubang pun boleh buat kamu kena penyakit kulit.. kalau kena kat muka? haaa... bak kata makcik2 "jatuhla duit hantaran deme.."

oh, yang orang kena simbah2 asid tu.. haa, macam tu la jadinya.. melecur habis, sampai kelopak mata pun dah tak ada, rambut jadi botak sebab roots sudah rosak, dan macam2 lagi.. asid, yeah strong acids is very dangerous.. takut nanti bukan takat kurang duit hantaran, terus takde duit hantaran sebab takda orang nak bagi sebab tak ada orang nak masuk minang pun.. no offence ok.. cuma contoh..

mask kalau takat ikat kat leher buat rantai baik tak payah..


bayangkan dengan asid macam tu saya buat main2.. isk.. tapi nak buat macam mana, saya memang malas nak pakai latex gloves dan lab coat dan kasut yang proper dan mask dan goggle.. nasib buat keja dalam fume cupboard, so bila buka penutup botol asid tu asap masuk dalam fume cupboard.. kalau tak, hidu lah kamu asid masuk trakea, masuk la asid dalam mata.. lepas tu terus gelap pemandangan..

ok, lepas ni nak be extra careful. malang tak berbau kan..


ok, almost complete.. goggle sila pakai di mata bukan kepala cik adik, gloves mana nih? haishh!!

CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST

assalamualaikum..


ni kali kedua saya nak join contest ni.. seronok pulak rasanya.. kali ni contest anjuran ASHA'S FAMILY.. contest ni menarik sebab mengetengahkan (betul ke perkataan ni? hehee) bakat kanak2 muslimah. oh, jangan salah faham.. bukan bakat jadi model merapu ye.. ni model muslim muslimah masa hadapan.. "model" ni bukan duk menggayakan baju2 tu.. for me lah kan, it is ROLE MODEL.. semua tahu kan sekarang ni memang ibu bapa susah hati tak senang duduk, duk memikirkan macam mana nak didik anak, nak jadikan anak seseorang yang berguna pada masa hadapan. takut salah didik atau anak tu sendiri terpengaruh dengan zaman akhir zaman ni kan.. tapi insyaAllah, kalau ibu bapa tu sendiri patuh dan betul2 ikut ajaran Islam, banyak berdoa supaya anak tu jadi anak soleh solehah.. INSYAALLAH.. Allah akan bantu.. ^_^


okay.. semua sila ke blog ni untuk join tau.. sila klik link di bawah..





disebabkan saya tak ada anak kandung sendiri lagi, jadi saya masukkan anak buah saya..




NAMA: ASMA' BINTI ABDUL MUTALIB
UMUR: 4 TAHUN
TARIKH LAHIR: 2007 (lupa la tarikh, ingat tahun jek, sms maknye tak bereply..huhu)
KATEGORI: 2B LITTLE MUSLIMAH 3TH - 6 THN



HARAPAN: 

okay.. saya andaikan dia baca ye.. walaupun dia tak reti lagi nak baca.. B pun kata Z.. ;p

asma', makcik harap asma' akan jadi anak solehah buat mak dan ayah, adik yang patuh bagi kakak-kakak, dan kakak yang memberi teladan kepada adik.. supaya asma' jadi seorang muslimah yang benar2 muslimah tuntutan Islam. supaya asma' berjaya dalam hidupnya nanti.. dan jangan lupa jasa mak ayah, kakak2, dan semua yang banyak berjasa. love people around you, the most important is love ur GOD.. because He will never let you down and never leave u alone no matter what.. I LOVE U! ^_^

nak tag:

nurul

khumaera

kena ambil tahu ni..

assalamulaikum..


ni saya ambil dari facebook..



Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas


dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-


1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
  • 1) McDonald 
  • 2) A&W
 
  • 3) Secret Recipe
Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
  • 1) Victoria Station
  • 2) Kam Lun Ta
  • 3) Lotus Family Restoran  

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 
  • 1) San Francisco Steakhouse
  • 2) Chicken Rice Shop
  • 3) Kiwi Express
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies  dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai  kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM  .



3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.   Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,  maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.



6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.   Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS  ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

 8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.



10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk  Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.



11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM  dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.



Tuesday, October 19, 2010

Terbuncit di Seoul Garden

assalamualaikum..


sensitip kan perempuan ni kalau perihal buncit2 ni.. saya sendiri pun sensitip der.. benci buncit, tapi suka makan banyak macam lagi 10 minit diisytiharkan kemarau habis semua makanan dah tak available.. lepas makan banyak tu tak reti2 nak insap ke pergi exercise ke kan.. ni idoknye.. harusla terbongkang atas katil dengan bahagianya memikirkan betapa lazatnya makanan tadi dengan ucapan "Alhamdulilah"..


nasib baik ingat nak bersyukur kat Allah atas nikmat rezeki yang Dia bagi tu kan.. kalau yang tu pun lupa, haishhh! pikir sendiri la kan, Kak Nab, Kak Odah.. ntah2 "Bismillah" pun idok ye.. kennot2 like that okay..



semalam saya telah berjaya menambah peratusan lelemak di badan terutamanya kat bahagian paling digemari oleh kaum lelemak ni.. mana lagi kalau bukan perut kesayangan kita ni kan.. sebab kalau makan kat Seoul Garden ni kalau tak melantak makanya jangan pergi..

"eh, orang lain tak macam kamu la nak paksa2 pulak orang lain makan banyak"


err..baiklah.. saya je yang makan macam esok putus bekalan makanan sedunia..



actually setiap kali makan kat Seoul Garden pun macam ni.. yang benda2 untuk steamboat tu macam tak berkenan sangat.. yela nampak macam merapu je kan.. biasa jek.. tapi i like yang grill punya tu.. i suka sangat daging black pepper.. paling tak suka sotong.. sotong situ macam mempunyai ras ayang aneh.. erghhh.. tak suka..















okay.. seronok kan membuncitkan perut..

besar2 gebu2 baru sedap peluk!

assalamualaikum..


wah, sedapnya peluk.. besar, gebu, bestnye peluk.. tidurku jadi lena.. bahagia.........




































amboiiiiiiiiiiiiiiiii............. fikir apa tu? takda ka benda ilmiah sikit? hisss.. orang cakap pasal ni la!






































besar kan.. gebu2 montok kan?? kan? khennnnn??

kalau dapat yang ni, tak tahu la.. malam2 kena gomol la.. yala, sapa suruh comel sangat? sapa suruh gebu sangat kan? tapi kan, kalau dah kawin, ada anak, teddy bear banyak2 tu nak letak mana? takkan nak bawa tidur lagi kot.. berebut dengan anak pulak nanti. hahah.. harus la end up sedekah kat anak sendiri, or anak buah, or mana2 budak bawah umur..

yay! hadiah hadiah hadiah

assalamualaikum..


actually hari tu saya ada join satu contest ni. 1st time join tau, tak sangka menang saguhati. yay! suka sangat.. contest tu anjuran cik bihah.. dia sangat comel okay. i adore her sebab dia berani nak bergaya. saya memang tak berani tau..hehe.. http://www.emocutez.com


so tajuk contest tu GIVEAWAY CUTI-CUTI MALAYSIA. memang tak expect boleh menang saguhati pun sebab tajuk contest dahla cuti-cuti malaysia, saya pulak bukan bercuti, dan bukan di Malaysia. saya cerita pasal saya pergi umrah dengan mak kat Mekah Madinah. tapi cik bihah baik hati sangat bagi saya dapat saguhati. hehe.. ni entry bertuah tu





Nak tahu saya dapat apakah? apakah itu?? 
http://www.emocutez.com

apa? tak mau tahu pun?? 
http://www.emocutez.com

takpe, saya tetap nak riak jugak tunjuk.. padan muka anda.. 
http://www.emocutez.com


ini dia cik bungkusan bertuah.. sampai dalam pukul 10 am tadi, saya baru nak kuar rumah pergi lab, encik posmen datang mintak autograf. thank you encik posmen sebab mintah autograf saya. saya tergaru nampaknya.. http://www.emocutez.com


jadi, apakah hadiahnya? apakah? sila sabar.. saya sedang riak nak tunjuk hadiah 1st time menang contest..




















































tadaaaaaaaaaaaaa






























buka mata okay...



























apa tu? macam felik jek kekdahnye...



































yay! its a shawl.. sangat2 suka.. bertambah koleksi shawl.. thank you cik bihah.. lain kali buat lagi tau.. lepas nk nak bagi dapat hadiah utama pulak.. tahu, mesti hadiah utama lagi gempak..bertuah orang tu kan.. tahniah!


oleh itu, silalah menjenguk dan membeli belah di blog cik bihah. sumpah barang2 dia sangat cute dan sangat affordable.. geram jek tengok, tapi nak buat macam mana, sekarang ni tengah kemarau.. orang lain subur je tanah jajahan kan? kita ni kemarau manjang.. bila nak hujan? hahahaha.. sedih..tapi buat buat gelak hahahah.. hahahaha lagik. kali ni memang gelak betul.  http://www.emocutez.com


jum ke blogshop cik bihah!!!!!


Monday, October 18, 2010

mana satu pilihan kekalbu?

assalamualaikum..

Okay, hujung bulan lepas Persatuan Pelajar Siswazah Pusat Pengajian Farmasi kat Uni kitorang ada anjurkan conference. In fact, 1st time anjurkan international conference sendiri la. Mula2 tu ingat macam tak mendapat sambutan hangat la, tapi alhamdulillah ok jugak la. Participant datang dari Indonesia ramai jugak 1 bas diorang datang. hehe.. Then, foreign students pun ramai. From India, Middle east, Indonesia, etc.. Walaupun saya join as committee, saya pun participate jugak. Sebab committee dapat diskaun kalau participate. weweee...

Lepas tu post mortem meeting last week diorang bagi tahu keuntungan dari conference tu adalah lebih kurang RM 14k lebih la.. So nak spend macam mana..

1. Lunch ----------------------> DONE! tadi kat Seoul Garden, Gurney Plaza.


2. Dinner-----------------------> next week kat Equitorial Hotel, Penang.


3. Hadiah ----------------------> pilih nak apa RM 100 seorang


Ok, yang ketiga tu yang susah nak pilih sebab tak tahu nak apa.. Ura-ura katanya  antara pilihan:

1. Travel bagpack



Memang nak sebab nak travel nanti senang. Kalau backpackers kan best! nak beli sendiri macam taknak.. tambah2 pulak kalau macam ni

|
|
|
|
|
|
|
|
|

Nixon Odyssey travel bagpack.. tapi jangan harap la nak dapat yang ni kan.. US 90 kot.. sapa nak bagi? kan? kan? khennn?


2. Pendrive

Emm, yang ni serius tak minat. Bukan apa, sebab dah banyak. External hard disc pun banyak space lagi. Hari tu beli tak nak kalah, hentam yang 320GB kau.. Macam banyak sangat keja kan.. Padahal? Separuh pun tak sampai 320 GB tapi baru guna 36 GB. 10 % je baru guna.. Hisss..


3. Pen Parker



Yang ni macam berminat jugak sikit.. Saya memang tak guna lagi kot. Nanti pun tak tahu la guna ke tak kan. Ada gaya nak jadi pengarah mana2 ke nak sign2 bagai ni? huhu.. Tapi mungkin ada "individu" lain boleh guna. Saya boleh bagi as hadiah kan.. Save bajet kan.. hehehehe..


Okay..disebabkan pen parker ni harga harusla above hundred kan. So diorang cakap siapa nak item yang kurang dari RM100, sila tambah lagi item bagi jadi RM100 manakala makhluk yang nak item berharga lebih RM100 seperti pen di atas, sila topup duit sendiri. makanya, tetiba saya dapat idea nak benda ni






































Tapiiiiiiiii.. yang ni lagi menggoda jiwaku yang rapuh...................














Tapi, tak tahu la boleh tak nak merealiti kan benda yang tak realiti lagi ni.. Actually ada lagi items yang boleh dipilih, tapi lupa.


My oh my..nak pilih yang mana ni? Suka semua except for pendrive. Tak mahu itu. http://www.emocutez.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails