Saturday, November 5, 2011

lembu dan kambing nanges ke??

assalamualaikum..


berapa ekor lembu, kambing, kibas, unta, tumbang tahun ni? alhamdulillah tahun ni mak i buat korban lagi.. dengan kakak and sedara mara jugak.. so raya ni bz.. ya bz.. bz makan uols! LOL


so saya akan bersiap sedia untuk menonton perut yang akan membengkak dek kerana overloaded.. justeru jangan salahkan mak mengandung.. T__T


ok, selamat menyambut hari raya aidiladha! semoga ibadah korban kalian mendapat berkat ye.. =) *HUGS!!


comel momels tak i..?? tak gentar pun hokeh!!! 


















































okeh, yang ni seram!!!! sape suka makan sup lidah??????? *PITAM!

Thursday, November 3, 2011

wish list

assalamualaikum..


semua orang ada wish list.. kan? tak kisah la wish list untuk apa.. untuk kehidupan secara general, kerja, keluarga, birthday.. errr, BIRTHDAY? *ceaa buat2 terkejut terkulat kulat pulak kan..


emm, so my birthday always in november.. boleh pulak kan birthday tukar2 bulan.. LOL.. ok, birthday saya jatuh dalam bulan november.. dedulu i takda la celebrate sangat, sebab family i bukan jenis celebrate birthday.. memang birthday siapa2 pun dalam family tak penah pun celebrate.. sedih tak?? TAK PUN.. sebab i tau walaupun tak celebrate, tapi kami tetap sayang each other.. *HUGS!


then bila dah besor sikit dah pandai berkawan, mula la celebrate sebab kawan2 buat surprise la la.. seronok jugak.. =) ada satu cerita lawak ni waktu kat matrik tu, hari tu birthday i, then hari tu parents hantar balik matrik nun jauh di changlun.. on the way tu abah i terlanggar apa ntah bunyi kuat.. then bau minyak kuat jugak la..tapi abah tak stop and check pun.. pastu bila dah sampai kolej, tengok2 tangki depan tu dah bocoq.. patut laaaaaaaa... abah nak balik jugak.. i punya la risau kat parents waktu tu.. kat bilik duk nanges2 risau..memang dah tak ingat hari tu birthday i.. pastu tetiba kawan2 bawak kek.. ah?? oh.. lagi la nanges... rupanya diorang ingat i nanges sebab takde sapa pun yang ingat birthday i, padahal diorang dah beli kek tu.. hahahampeh la.. tak kisah la..


tengok..tengok.. kan mukadimah berjela boleh buat novel... T__T


so pendekkan cerita cepat2 sebab i nak buat keja lebih penting daripada melagha ni..*selalu pun cakap macam ni



wish list i untuk birthday tahun ni bukanlah list sebab satu je.. eh2..tetiba macam banyak wish.. tak sukewwwww.. *nyampahs!


1) rahsia.. *malu
2) nak sembuh daripada shingles! (nak betul2 sembuh..i mean clear up all the scars..huhuu sedih tau)
3) nak parents sihat2 sentiasa.. (ALWAYS! always be my wish every single day..insya'Allah)


i tak berapa berahi sangat nak benda2 alah seperti gadget, etc.. (buat masa sekarang..ehek!)


muka malu2 i.. *malu tauuuuu.. PITAM!

so itu wishlist untuk birthday tahun ni.. eh tetiba nak tambah lagi satu dek non!!

4) nak habiskan study cepat2 and cepat2 cari kerja.. =) insya'Allah.. moga dipermudahkan..


jerawat?? arggh!

assalamualaikum..


anda mengalami masalah jerawat? serious? mild?



ceaaa.. macam nak jual produk pulak kan.. takdela.. lately muka saya ditumbuhi jerawat dengan hebatnya.. macam cendawan tumbuh selepas hujan.. letih tau..letih emosi..yela, muka left side parut shingles tak ilang2 lagi, right side pulak tetiba jerawat memonopoli kawasan dengan girangnya.. sampai idung, dahi, semua la.. kalau ada tapak kosong lagi untuk diduduki, cepat2 je jerawat ni semua bermastautin..


tapi, apapun kita sentiasa kena bersabar tau.. dugaan Allah ni kena hadapi dengan sabar.. Allah takkan uji hamba-hambanya dengan ujian yang tak mampu hamba-Nya hadapi.. alhamdulillah, so far saya bersyukur dapat ujian ni.. mungkin kalau ujian lain, saya tak dapat nak hadapi.. =)


so, hari ni nak bagi tips2 atasi/elak jerawat lagi.. insya'Allah..



mula2 kita tengok punca2 jerawat..


Sebab-sebab terjadinya jerawat

1. Faktor yang menyebabkan jerawat terjadi berpunca daripada proses pembaharuan sel kulit berlebihan oleh sel keratinosit yang melitupi liang pori-pori dan mengakibatkan liang tersebut tersumbat yang dikenali sebagai "microcomedo".

2. Apabila mencapai umur remaja, hormon androgen yang tinggi akan mengaktifkan pengeluaran sebum iaitu minyak.

3. Akibatnya, kolonisasi bakteria Propionibacterium acnes bertambah kerana keadaan sangat sesuai untuk pembiakannya.

4. P. acnes akan menyebabkan radang dan penghasilan sel keratinosit yang berlebihan.




 ok, now let's see how to get rid of acne!!



Cara merawat jerawat

1. Penggunaan produk penjagaan muka yang tidak sesuai akan memburukkan keadaan. Gunalah produk penjagaan muka sedikit berasid yang mengandungi PHA (Poly Hydroxy Acid) atau Lactobionic Asid dari Neostrata menyebabkan eksfoliasi minimum dan tidak merengsakan kulit. Triclosan di dalam pencuci muka ini dapat membunuh bakteria pada muka. Selepas mencuci muka, perlulah menggunakan pelembap. Walaupun kulit muka berminyak, penggunaan pelembap pada muka masih diperlukan untuk mengawal pengeluaran sebum supaya muka tidak berminyak.

2. Penggunaan antibiotik pada permukaan muka juga dapat membantu membunuh bakteria yang ada pada kulit. Sekiranya jerawat tidak banyak, memadai dengan antibiotik sapuan sahaja. Sekiranya perlu, doktor akan menasihatkan supaya pesakit mengambil antibiotik dalam bentuk pil untuk ditelan dan perlu diteruskan untuk sekurang-kurangnya enam minggu seperti minocycline, tetracycline, doxycycline. Penggunaan krim tretinon atau retinol pada waktu malam juga dapat merawat jerawat. Jerawat yang tidak terkawal boleh dirawat dengan Ro-Accutane tetapi boleh menyebabkan kesan sampingan dan memerlukan pemantauan pakar kulit.

3. Rawatan "peel" dengan glikolik asid, salicylic asid atau Jessner's mampu merawat jerawat yang aktif. Rawatan ini dapat membunuh bakteria pada muka, mengurangkan pengeluaran sebum, membersihkan liang pori-pori dan melakukan exfoliation. Bagi salicylic asid dan jessner's peel, kulit akan merasa panas sedikit semasa rawatan, jerawat akan kering dan kulit mengelupas sedikit beberapa hari selepas rawatan dilakukan. Sapu pelembap kulit supaya kulit cepat sembuh. Rawatan peel boleh dilakukan sebulan sekali sehingga masalah jerawat dapat dikawal. Rawatan peel selamat jika dilakukan atas nasihat doktor.

4. Pastikan kesemua produk penjagaan muka tidak menyebabkan muka berminyak. Gunalah krim penghalang matahari yang berasaskan gel supaya muka tidak berminyak atau makan pil penghalang matahari seperti heliocare oral (dari sejenis paku pakis polypodeum leucotomus) untuk mengelak parut kehitaman akibat radang dari jerawat.

5. Elak mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria seperti Kiss mineral mekap.

















6 Selain itu, makanlah lebih sayur-sayuran dan buah-buahan untuk zat dan vitamin pada kulit muka. Perbanyakkan minum air kosong, ambil probiotik untuk mengimbangkan bakteria dalam badan.

7. Sesetengah kaedah perancangan keluarga boleh menyebabkan hormon tidak stabil dan masalah jerawat. Pil perancang kehamilan Diane-35 boleh diambil untuk mengawal jerawat ataupun boleh merancang keluarga dengan alat cegah kehamilan IUCD Cu250, yang tidak berasaskan hormon.

8 Jangan sesekali memicit atau menekan jerawat, ini akan menyebabkan bakteria tersebar dan kulit luka akan meninggalkan parut hitam dan berlubang.

Pada peringkat awal rawatan, jerawat mungkin akan bertambah dahulu sebelum ia berkurangan. Ini merupakan perkara biasa, janganlah cemas, lakukan penjagaan muka dengan tekun dan ikutilah nasihat doktor. Jangan hentikan pengambilan antibiotik sesuka hati. Percayalah, setiap penyakit itu ada penawarnya.



next time saya akan review produk2 yang boleh digunakan untuk atasi jerawat pulak.. till then.. ^^

Tuesday, November 1, 2011

getting engaged anyone?

assalamualaikum..


holaaa.. kamu, kamu, dan kamu siapa yang dah bertunang? yang nak bertunang? i mean, yang betul2 nak bertunang lah, yang dah ada tarikh and sedang buat preparation.. kalau rasa nak bertunang saje, i pun dah lama rasa..... T__T


nothing, i just want to know how you prepare for the event. nowadays, kita tengok kan orang tunang macam kahwin, kengkadang tu i rasa orang kahwin pun boleh kalah.. serius lah, ada hari tu bila ntah tengok kat NONA, (NONA tv3 lah..bukan tepung kek nona ke nano ke keh!), i tengok majlis tu macam nice la, cantik benor.. i tanya la rakan menonton tu sebab i dah ter miss part awal, i cakap "cantik jugak kan pelamin kawin dia, dengan hantaran mewah jek nampak..i tak mampu kak temah oi..." then teman tu pun cakap"ni dia tunang jelaaaaa"  hapakah dugaan ni?? melihat orang tunang begitu grand semacam dugaan...... hoho..








lately i ada survey2 pasal tunang, kahwin ni.. gatal uols! padahal........ then i survey2 budget, mak oiiiiii! memang tak mampuuu, kau mampu?? *tetiba



betullah, belanja kahwin sekarang memang kadang2 i rasa ridiculous ya hamat! boleh beli kereta sebijik, in fact rumah sebijik kadang2 tu.. seram tau...




rasanya tadi pasal tunang kan?? KAN? KAN? oh biasalah, tua2 ni kuat merepek, ke laut sajok.. ok2, back to topic, pasal Tunang ye cik jah... hmm, selalunya bajet berapa ek untuk majlis tunang je.. kalau hebat2 tu ada la riban2 kan.. tapi kalau simple2 pun boleh juga cecah riban2.. adoi la.. i ingat nak buat simple hamat jek.. majlis yang cinonet2 gitu.. *tapi bilakah? erk.. pitam!!


agak2 kalau i ada 500 jek boleh tak nak tunang??? *JANGAN PITAM! PLEASE!








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails