Tuesday, November 30, 2010

nak tengok movie free tak?

assalamualaikum..

takda masa ke panggung wayang?

memang tak suka jejak kaki ke panggung wayang sebab orang kata tempat maksiat?

takmau tengok kat panggung wayang sebab kedekut?

rimas ke panggung wayang sebab orang ramai bersesak sesak sampai sesak mata?

tak pergi panggung wayang sebab kat tempat korang takde panggung wayang?

tak pergi panggung wayang sebab hilang ingatan?




hamboi mak..banyak nau spekulasi tak pergi tengok movie kat panggung wayang kan.. nak jadi kaki speku lak ke.. yela, mana tau, salah satu alasan di atas match dengan anda kan.. saya ada solusi di sini.. haip,bukan SOLUSI majalah ilmiah lagi membina minda tula.. ni cuma cadangan jek k..


bagi yang nak tontong movie di rumah saja, tak kisah la apa pun alasan anda, saya ada jumpa satu tempat best nak tengok movie..tanpa bayar ok, FOC!


sila layari:    www.letmewatchthis.com

serius sangat best sebab movie kat sini baru2, orang kata fresh from the oven! harry porter pun ada okay.. tapi sorry la, 2 alam takde ye.. kat panggung pun 40juta kan.. (sempat ye) ;p



tapi, nak diingatkan lah ye, ini untuk layan english movie saja.. yang lain2 tu mahap lah ye..kene gi tengok kat cinema juga.. hehe.. oh, lagi kan.. saya rasa better anda play 2 jam awal sebelum waktu menonton then replay bila tontonan yang sebenar..time anda play 2jam awal tu leh la tidur seround kan..takpun makan ke, wat benda alah lain ke..sebab dia sekat2 sikit.. tambah2 kalau time malam.. kalau tengok siang or pagi memang ok sikit la..laju sikit.. kawan saya punya assumption: kalau malaysia malam kat US sana siang, so diorang banyak duk buka websitu tu tengok, so jadi macam jam.. bagus ye kamu nye assumption.. huhu.. so, tengok la waktu sini siang sebab sana malam,diorang tidur.. hehe..



amacam? ada gaya jurujual smartshop tak?? T___T


bye!

bercanda di pantai

assalamualaikum

eh,jap2..bercanda tu actually maksudnye apa eh? tak tahu la.. rasa macam bermaksud bergembira.. ye kah?

tak apalah.. just rindu nak picnic kat pantai.. ^__^













ahaha.. sian dia.. selalu kena tutup muka.. mesti dia majuk nanti.. ala, jangan la majuk, nanti saya belanja eskrim choco top ek.. tenyum2,k.. http://www.emocutez.com

sembelih menyembelih

Assalamualaikum..

Hari tu musim2 korban kan.. oh, dah lama berlalu tapi beberapa hari lepas tengok tv ada iklan apa ntah kat tv9. Adik di 9 ke apa ntah, ada budak2 bagi ucapan selamat hari raya iadiladha lagi.. amboi, raya haji pun dah nak jadi raya syawal ke dik..? sebulan jugak ke nak sambut.. orang pi haji pun dah balik.. huhuu..

Apa2 pun, just tetiba saya teringat abah saya cakap pasal sembelih menyembelih ni. Oh,terasa diriku sangat la jahil.. itu pun tak tahu.. apa tu? Ini, pasal nak sembelih apa2 haiwan untuk dimakan kan kena recite Allah’s name kan.. i thought “bismillahirahmanirrahim”.. rupanya “bismillah Allahuakbar!”.. shame on me la..itu pun tak tahu.. mana taknye, sesi penyembelihan ni saya tak suka tengok. Kesian ja rasa tengok haiwan2 itu kena sembelih. Orang kata kalau kesian takleh makan, so better tak tengok kan.. hehee.. 



Sesiapa yang tak tahu macam saya ni, i bet kamu pun perempuan jugak.. (eleh,ingat semua perempuan macam diri sendiri tak tahu)ala, nak cari geng jugak.. huhu.. tapi kalau laki tak tahu macam mana?? No komen! ;p



Bye!

Monday, November 29, 2010

don't make me wait 1 more day

assalamualaikum..

ehem3..test suara jap.. 

Don't make me wait one more day
Don't you forsake this love so great
Don't you know I'd walk to heaven's gate
Just to hear you say "I love you"
Don't make me wait one more day

hai semua yang membesar di zaman 90s.. jangan kata tak kenal 911.. (ish, ingat orang lain semua macam kamu ke gila boy band dulu?..hehe)
woo..budak2 zaman 90s membesar dengan boy band.. bestnya ingat zaman itu.. ok, let me list out boy band yang i layan waktu 90s dan awal zaman 2000 camtu la..



911
backstreet boys
westlife
a1
hanson
the moffatts
gil ofarim
boyzone
o'town
blue
take five
5ive
point break
savage garden

dan banyak lagi actually.. yang ni yg sedang ingat dalam otak..maklumla otak dah tepu..ceh,taknak ngaku dah berkarat marat..hehe..i enjoy je lagu2 diorang ni..



kisah mengimbau kenangan lama ni bermula time kat jusco minggu lepas.. tetiba dalam jusco queensbay tu terdengar lagu 911- dont make me wait..

daku tetiba tersenyum sorang2.. dalam hati macam "alahai lagu lama,rindunya zaman itu!!"



standard la budak2 perempuan zaman tu nak beli kaset boy band then buat buku lirik, tampal2 gambar boy band buat kad, macam2 lagi la..haihhhhh.. nanti nak balik korek2 kotak lama nak cari khazanah dulu2..

i know it sounds silly.. biasa la remaja nak membesar kan.. tapi bila dengar2 balik lagu diorang sekarang ni, ok jek i rasa.. lagu cintun2.. lirik membunga2..kalah mat bunga melayu kalau nak translate balik kan,tapi i rasa lebih baik daripada lagu2 zaman sekarang yang sedap didengar tapi lirik lucah bersepah2.. sedar atau tak, cuba cek balik lagu2 sekarang banyak nau lirik lucah.. i pun suka je dengar, nyanyi2 jugak tapi sedar2 je, alamak liriknya..



dah tu, kalau video klip tu selagi boleh dedah, dedah betul2.. tinggal ciput je tutupnya..


apa2 pun, i admit yang i pun suka dengar lagu sekarang, tapi i rasa dari segi kualiti untuk remaja membesar, i nak anak2 nanti membesar zaman i dulu.. tak kesah la lagu jiwang bunga macam lagu don't make me wait ni, i suka jek.. ni kalau budak sekarang dengar lagu boy band dulu mau sumpah seranah kata lagu kolot la, lame lah.. haihh..

kalau nak imbau balik banyak je nak imbau zaman 90s, bukan takat lagu2 jek, lifestyle, hobi, game macam2 lagi.. game?? oh, ingat tak dulu2 kita main game guna macam kaset tu? ala.. dulu mana ad Playstation, xbox, segala mak nenek tu kan.. tapi, apa2 pun, what i wanna say is, 90s adalah sangat best!!!

sapa setuju angkat kening!!




alaaaaa, cerita pasal ni kan dah rindu zaman dulu.. T__T



 

Sunday, November 28, 2010

happy birthday to me!

assalamualaikum..


27th november.. just wanna wish myself


HAPPY BIRTHDAY TO ME!!! I HAVE ONLY 1 WISH..

MAY GOD BLESS ME WITH ALL THE GOODNESS IN LIFE.. ^_^





bye..!

Friday, November 26, 2010

movie #1: siapa tak tengok lagi movie rapunzel?

Assalamualaikum..

Yesterday, we watched rapunzel at GSC queensbay. Err, rapunzel and megamind 3D actually.. Yes, 2 movies in a row. hehe.. Both movies are awesome i must say! So hilarious, extremely funny (exaggerating here..heee)..

A little about this movie:

Okay, here it goes..the long-haired Princess Rapunzel has spent her entire life in a tower, but when she falls in love with a bandit who was passing by she must venture into the outside world for the first time to find him.
After receiving the healing powers from a magical flower, the baby Princess Rapunzel is kidnapped from the palace in the middle of the night by Mother Gothel. Mother Gothel knows that the flower's magical powers are now growing within the golden hair of Rapunzel, and to stay young, she must lock Rapunzel in her hidden tower. Rapunzel is now a teenager and her hair has grown to a length of 70-feet. The beautiful Rapunzel has been in the tower her entire life, and she is curious of the outside world. One day, the bandit Flynn Rider scales the tower and is taken captive by Rapunzel. Rapunzel strikes a deal with the charming thief to act as her guide to travel to the place where the floating lights come from that she has seen every year on her birthday. Finally, Rapunzel had the most exciting and magnificent journey of her life. Then, you can imagine how this story end right? ___they get married and live happily ever after_____ like all fairy tales should be..


ok, here is the trailer.. but most of the scenes in this trailer weren't in the movie.. but full movie is much much more fun! ^_^  






Psssst! Rapunzel (mandy moore) is so adorable and cute! and Flynn Rider (zachary levi) is soo handsome! and maximus the horse is funny! hehehe..









bye! ^_^

Thursday, November 25, 2010

contest :: kids & baby photo contest

assalamualaikum..

bismillahirahmanirahim.. emm,nak join contest ni..hehe.. meh nak cerita pasal contest ni ye..

syarat -syarat penyertaan.

1. anda mesti menjadi follower blog kedua cik saffiyyah. http://sweetlikekisses.blogspot.com.Selepas ini pemenang akan di umum di blog barunya :)..

2. anda mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang.dan bila anda telah tag anda mesti inform pada kawan anda yang mereka telah ditag.:)

3. letakkan banner contest di sidebar anda.

4. anda mesti sertakan satu gambar.tidak kisah gambar anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..

5. hantar link entry anda disini.

6.mesti mulakan title entry dengan nama contest.

7. wajib diberitahu didalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.


tarikh tutup sehingga  15 disember 2010 .tetapi terpulang pada cik saffiyyah jika hendak menamatkan tarikh lebih awal:)..so be alert!:)


hadiah yang bakal dimenangi ialah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.



banner contest
*letak di sidebar dan di dalam entry
p/s :: selamat mencuba!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


ok, nak tag:
cik khumaera
cik nurul
puan dot
ct soleha
farhana
syaza
noona
puan pja

sudi2kan lah join.. senang je, mana tau ada rezeki kan.. 

ok,ni gambar anak buah saya.. ^_^




aloloorrr..macam nak geget2 je budak neh! huhuu...









psst! kalau menang boleh buat hadiah birthday saya ni.. hikhikhik..

Wednesday, November 24, 2010

oh sesi memasak tanpa gambar dan tesco melukakan hati saya

assalamualaikum..


wah, tajuk jek mau panjang macam tajuk karangan budak tadika.

tadi, balik je dari lab, letak barang, terus bergegas menapak ke tesco.. camni la nasib seorang yang hanya ada kaki untuk bergerak.. nasib baik ada kaki kan? kalau kaki pun tak ada macam mana tu? dan nasib juga lah tesco dekat saja.. beberapa meter sahaja. jalan lagi cepat dari naik kereta. yela, nak start enjin lagi, nak cari parking lagi.. nasib..nasib.. terima kasih kaki.. eh, terima kasih ya Allah dengan kurniaan kaki yang lasak ini.. ^__^


hmm, beli apa je kat tesco? barang2 nak masak spaghetti untuk esok? nan hado..........

dah la hujan i gegeh jugak menapak ke tesco..

kisah kelukaan hati saya, bermula macam ni.. niat ke tesco:

  1. nak beli barang2 untuk buat spaghetti untuk jamuan makan esok seperti spaghetti sudah pasti, sos spaghetti kimball (paling mau sebab sos jenama sain was2 logo halalnye)
itu sahaja yang saya nak..sebenarnya tak payah letak nombor pun tak apa..tapi takpe la, bagi chance sebab hati terluka.. so, macam mana.. ada tak barang2 tu?

spaghetti? nan hado...
sos spaghetti kimball? nan hado...
ayam kisar? (sebab lab saya banyak india, we have to respect that they dun eat meat)  ada..

then, sebab harapan rakan2 nak makan spaghetti esok ala2 dah musnah, ingat nak tukar la menu.. nak buat nasi briyani ke nasi tomato ke.. pergi la ke bahagian ayam..

ayam farmbest? nan hado...

saya tak beli ayam biasa sebab was2..so better tak payah beli terus kan..

makanya.. terus mesej ke rakan2 bahawa aktiviti makan2 harus ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kemudian..sekian terima kasih..

kenapa tajuk tak macam isi? eh silap.. kenapa isi tidak melambangkan tajuk?

tengok tu, taip pun berbelit2.. ampun...




so, rasa macam nak masak macam gambar atas ni jela..

oh, lalu tak nak makan kalau saya nak masak ni?? errrr...


bye! ^_^



psst! nan hado tu tak ada..

lab alone

assalamualaikum..


sekarang saya bersolo molo dalam lab.. semua dah balik.. saya konon2 rajin masih buat kerja sampai pukul 8 malam.. dah jadi LAB ALONE.. tapi tak mengapa sebab cerita lab alone ni takda siapa pun nak mai menculik saya.. tua2 dan tidak secomel macaulay culkin.. buang karan saja kalau nak colek ni..


err, tapi sebenarnya experimen hari ni almost 9 jam.. T___T

nanti balik terus ke tesco pulak.. semalam part time  telah melemahkan tangan2ku ini. takpe i rela begini daripada bersenang lenang. sebab bersenang lenang tanpa arah adalah lebih menyakitkan jiwa..

^__^










bye!

Tuesday, November 23, 2010

perihal viagra dan lambat macam siput

assalamualaikum..

  • lambatnya internet connection kat lab saya ni.. penat tau nak refresh2 banyak kali.. pastu lepas refresh dah hilang terus web page tu.. manja sangat haih internet connection kat sini.. penat tau..tau... haishhh...
  • anyway, semalam dan hari ni saya ada attend "workshop on medicinal plant-based" at my place lah kan.. saya rasa sangat interesting lah workshop tu..
  • yela..presenter2 tu semua sangat hebat dan banyak pengalaman..prof la katakan..klu yg dr sahaja pun memang hebat,apatah lagi prof..waawauu.. so, diorang share macam2 fakta yang sebelum ni saya tak penah tahu pun.. (kurang pengetahuan am lah katakan..=p)
  • salah satunya..:sesetengah drugs wujud atas sebab -serendipity
  • VIAGRA: viagra ni semua orang tahu kan dia punya function untuk apa.. jangan tipu lah kalau tak tahu..kan? ia digunakan untuk atasi erectile dysfunction bagi lelaki.. tapi tahu tak viagra ni actually direka untuk atasi masalah penyakit jantung-angina pectoris dan hypertension? wohoo..jauh bebenor tersimpang ye.. drug yang digunakan untuk synthesis viagra tu actually untuk smooth muscle di jantung..tapi yela,smooth muscle tu bukan je kat jantung kan..so tengok2 organ lain pulak yang terlebih berkesan..hehe.. arakian ceritanya.. =)
  • ala..ni ala2 macam isaac newton-tengok buah epal jatuh = kesan graviti
  • and archimedes- eureka!

  • ada banyak lagi..
  • almaklumlah short term memory ni susah la beta nak mengingat menda2 ilmiah ni..yang ilmiah+sedikit lagha seperti cerita viagra ni memang mudah la kalau nak ingat..huhu..
  • kenapa macam ilmiah sangat ni? waduh3.. =p

bye!



(amboi..nampak viagra je laju kan???) http://www.emocutez.com  

Monday, November 22, 2010

jum pi duk kat Langkawi lah

assalamualaikum..


tetiba rasa nak stay kat langkawi.. beberapa orang kawan kerja kat langkawi jugak. apa yang bestnya? tak tahu lah saya, dah lama tak menjejakkan kaki ke sana. rasanya last saya pijak kaki kat langkawi tu waktu tu darjah 2 atau 3 camtu lah..ntah, sangat2 tak ingat. almost 15tahun macam tu lah..


so kenapa tetiba nak pergi duk sana.. nak menetap kat langkawi?













sebab ni------------------>











mula2 honda city ni keluar rasa macam huduhnya lah haihhhhhhh... tapi ntah sejak bila rasa macam honda city ni handsome duk menggoda i.. lantas i pun tergoda.. nakal betul lah city ni.. (eh, city ni gender dia ap ek?) T__T



si dia pun terberkenan ngan city.. taktau jugak sejak bila.. tapi memang dah lama i duk cakap2 nak city tu.. dia tak layan pun..hahak.. tapi hari tu tetiba dia cakap tengah tengok2 spec city.. apakah?? mungkinkah dia pun terpengaruh..? hehehe...


tapi itulah... i ni verangan je lebih.. nak buat macam mana, verangan itu hobi.. belajar pun tak abes lagi nak pakai city.. cet! pastu tengok harga dia...... ERRRR..... sila mimpi kalau i nak beli...




ni harga di semenanjung malaysia terchenta.......


 dan ini pula...




harga di langkawi helang..




maka mahu pindah duk di Langkawi baru boleh beli secara bukan dalam mimpi..



bye!

jum buat tomyam

 assalamualaikum..
 
 
wah..gitu..dah start nak bagi resepi nampak..? hehe..
 
 
 

eh2..ni bukan tomyam yang saya masak tau..ni hasil edit dari google.. gambar asalnye tak menarik sangat, tak dapat nak terliurkan sekelian alam,so saya edit sikit la..hehe.. sebabnya saya kalau masak tak menyempat nak snap2 bagai..laju jek makan.. *_*


okeh..meh saya bagi rahsia tomyam yang sedap ye...
bahan2 yang perlu ada.. (4 orang makan)
 




1 paket perencah tomyam - tak kisah la apa jenama pun, tapi kalau yang pes lagi sedap lah
4 biji tomato merah - kalau yang kuning2 keras tu tak sedap tau
4/5 biji cili padi - depends jugak la.. kalau tak nak pedas,kurangkan, kalau nak pedas, lebihkan
3 batang serai
2 helai daun limau purut
1 batang carrot - kalau besar sangat, separuh pun ok
daun ketumbar
2 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
bahan2 isi macam ayam, udang, sotong terpulang lah nak masukkan apa,and banyak mana..tengok stok tau..
so..bahan2 macam sama jek kan? okay baca lagi, ada trick sikit.. =)


mula2 sekali, kisar : 2 ulas bawang merah kecil + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato..nak kisar tu jangan masuk air banyak sangat tau..haa.. ni la trick nya.. kisar tomato bagai..

1. pastu, masuk dalam kuali, tengok lah, kalau macam pekat sangat, tambah lagi air.. masukkanlah apa2 jenama pes tomyam..

2.pastu masuk carrot yang dah potong nipis..

3.agak2 carrot dah empuk masuk cili padi, serai yang dititik, bawang besar, gula, garam,. then, ini lagi trick, masukkan jugak dalam 2 sudu sos tiram,2 sudu sos cili..

4.then, dah mendidih, masuk isi, macam udang, sotong etc..tomato leh masuk jugak time ni..jangan lama sangat tau,sebab nanti sotong kecut dan liat, tomato lembik sangat.. oh ya.. masukkan daun limau purut tu jugak,tapi koyakkan ambil daun saja tau, yang alur daun tu jangan amik,sebab boleh jadikan tomyam pahit.

5.last masuk daun ketumbar yang dah dihiris/koyak2..

kalau ada bahan2 lain nak tambah silakan..ni kira yang paling simple lah.. ^_^

tadaaa! siap dah tomyam kita..



selamat mencuba!!
 
 
 
 
kalau agak2 dah tau resepi ni or ada yang lagi sedap buat2 la macam amazed jugak tauu.. T_T

Product review #1: Eucerin Balancing Toner

Assalamualaikum..

okay since i was rambling about reviewing some products that i have been using in previous entry, now here is the 1st review...

Eucerin Balancing Toner




What it claims..











My experience:

what i like


I can feel that my face is clean and clear after each application. just use the cotton pad and wipe upwards. Okay, after some times neglecting the proper regime for my face (due to my bad habit which is of course LAZY), i found that this toner did its job perfectly. why? it was shown by the cotton pad.. ^_^
Oh not to forget,  i even used it on my neck and feet. hey, of course its the same cotton pad. after wiping my face, i use the same pad to wipe my neck and feet.. clever isn't it? haha..  i'm not gonna waste my toner for my feet!

what i don't like

there is no improvement. my skin is just like before. but i am more than glad that my skin didn't breakout. yes, i live with this sensitive skin.








in a nutshell, maybe i was wrong, this toner ain't for whitening or whatsoever. its just to clear and refresh the skin! well, if that the case, this is a GOOD toner..



Recommendation:
Yes if your intention is just to clear your skin. it really makes your skin feel clean.


I rate (1-10):
7

Sunday, November 21, 2010

naik feri ke tengok wayang?

assalamualaikum..

kisah ni berlaku waktu saya berada di atas feri pulau pinang. semalam semangat jugak nak balik penang sebab kengkonon rajin nak keja time orang lain cuti.. sudahnya? daku tidur sahaja hari ni.. kerja la jugak tu, itu satu pekerjaan jugak.. (ape punya orang ni? huh!)


okay, seperti biasa perjalanan saya seorang lone ranger.. atas feri tu suka je duk depan depan, kalau boleh depan sekali. tak suka duk belakang2 sebab rasa macam semak tengok orang ramai kat depan, dah tu pemandangan tak best pulak. lagipun duk depan2 ni angin kuat menghembus muka sampai kadang2 tu macam nak tercabot tudung.. nasib baik sekarang ni sangat jarang pakai tudung bawal yang lembut itu. kalau tak tak sudah2 nak baiki muncung depan kan.. hehe.. terima kasih anak tudung syria.. ;p

kuat membebel betul minah sorang ni kan.. mukhadimah takmau kalah.. panjang berjela sampai mata sendiri naik juling itik.. dah, kita straight to the point..


macam ni, tengah feeling dan verangan2 sambil tengok pemandangan luar, ditambah pula hembusan angin atas feri tu, ada la sekumpulan budak2 kecil naik ke tingkat atas (yakni bahagian penumpang jalan kaki yang tak ada kereta so, duduk la atas bangku feri itu sajok).

diorang ni adala dalam 4,5 orang dalam lingkungan darjah 1-4 kot. KOT la..

naik2 je diorang macam teruja, maybe orang luar tak penah naik feri penang lagi kot. KOT la..

pastu ada sorang budak comel ni naik2 je jalan kat tengah2 laluan antara bench kanan dan kiri tu sambil tengok depan kata


"wow, macam tengok wayang la!!"


saya pun macam

"a'ah la..tak perahsan pun selama ni.. macam tengok wayang.."

budak tu buat saya senyum sorang2 di kala buhsan.. korang pernah tak ni naik feri penang duduk kat bahagian penumpang tak ada kereta tu? hanya orang yang selalu naik feri macam i je yang perahsan kot.. http://www.emocutez.com










korang ingat wayang pe????? kalau wayang tut tu kat shopping mall pun bersepah.. bukan boleh buat senyum.. buat  sakit mata je tengok...... http://www.emocutez.com  

tukar kulit muka

assalamualaikum..

tetiba rasa nak tukar kulit muka..

dari ini---------



menjadi-----------------
takde improvement dari segi kualiti.. tapi i keep it simple.. 





(ceh, sebenarnye tak reti nak buat yang kebam keboboom..) T__T


bye! ^_^

Product review

assalamualaikum..

tetiba rasa macam sekali sekala nak buat product review la.. ramai jek antara kita2 ni suka try atau orang utara kata menerai macam2 produk kan.. yela kalau tak try macam mana nak tau produk tu berkesan ke tidak pada kita kan.. tapi jangan pulak sesuka hati nak menerai sangat, kang padah menjelma..



tapi nak diingatkan saya hanya menggunakan produk yang boleh didapati di drugstores contohnya seperti



watson



dan guardian saja..


tidak menggunakan produk2 mahal ye.. ingat tu.. nanti ada pulak cakap saya pakai produk cap ayam ke apa kan.. korang duit bertimbun tinggi kalahkan gunung kinabalu takpe la.. bagi saya kalau mahal pun tak sesuai dengan kita, tak ok jugak.. yang penting, harga affordable, berkesan dan paling paling paling penting selamat digunakan..(oh tak lupa jugak HALAL) tahu tak banyak je produk diragui statusnya? haa, yang tu pun kena ambil tahu.. jangan kata tak tahu sebab kita tak pernah dihalang untuk ambil tahu, okay..


bye!





oh..btw, my 1st product would be Eucerin perhaps.. next entry! ^_^

Saturday, November 20, 2010

ramai buat wishlist ni..

assalamualaikum..

sebelum2 ni selalu saya baca jek orang lain buat wishlist.. yela, bila hampir je birthday masing2 mesti ada benda idaman yang diri sendiri nak kan.. tak kisah la orang lain hadiahkan or sendirian berhad beli.. actually saya tak dapat nak fikir apa yang saya nak..

eh,jap..actually ada..tapi absolutely takleh beli dengan duit.. huhu.. takpe, yang tu saya sabar je dulu..mana tahu tahun dapat apa yang saya nak tu.. sesuatu yang takboleh beli dengan wang ringgit.. hehe..

so, sekarang ni kena otak sedang bekerja keras fikir nak buat wishlist.. (poyo jek..macam la ada yang nak hadiahkan..) T__T

ok, wishlist tu akan menjelma...






bye! ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails