Thursday, August 30, 2012

HIV test- no more express kit

Assalamualaikum..

Attention to B2B out there.. korang tahu tak sekarang banyak klinik kesihatan yang dah tak pakai express kit untuk HIV test? means ambik masa dalam 2minggu ke sebulan baru dapat result. Better buat test dalam 4-5 bulan sebelum nikah untuk elak sebarang tragedi lagi2 kalau pasangan tak sama negeri.


mula-mula sy nak buat awal 5 bulan sebelum tarikh nikah. Then dengan semangat berkobar2 ke klinik kesihatan dekat rumah ni. Then nurse2 kat situ tak bagi buat lagi sebab diorang cakap its too early.. dia takot kita hilangkan pulak awal2 sangat. sebulan sebelum nikah baru boleh buat kat situ. waktu tu sy macam "apekah???" kan.. kalau ada manusia2 lain yang hilangkan pandai2 la diorang nak buat ape.. saya taknak buat lewat2 sebab document penting macam ni tak nak buat last minute. kalau ada masalah nanti macam mana kan.. lain la kalau doorgift ke, langsir bilik ke, bunga telur ke, benda2 macam ni boleh la nak buat last minute. kalau tak dapat macam yang kita nak, ada je alternatif lain. ni legal document kottttt.. haihh...


Then walaupun kecewa dengan KK tu tapi stil tak tercari lagi KK lain. busy ape ntah le.. then last week terbaca fellow B2B ada bagi info yang result HIV test tak akan dapat on the spot macam sebelum ni dah. ape lagi menggelupur la.. dah la waktu tu dalam ward, so kena tunggu discharge dulu baru pikir nak pergi KK mana. dah nyampas ngan KK awal tadi. tak selera nak ke situ. haha! then call en.tunang bagitau dia suruh buat test awal2 jugak. dia lagi la susah. keje kat pulau pedalaman weekend baru balik, itupun kalau takde hal ape2 time weekend.

so semalam terus ke KK area simpang kuala, alor setar. hajat nak tanye je in case kena buat appoiment dulu. tengok2 nurse cakap buat terus. kejap je dah siap sebab takde orang. and result 2-3minggu lagi baru dapat. nurse cakap kalau kahwin bulan 11 tu elokla buat sekarang. then dia suruh pesan en.tunang suruh buat immediately. sebab takot ada tempat yang sebulan baru dapat result. tapi,, tapi masih ada juga KK yang bagi result on the spot.


siapa yang takot jarum siap la korang..takde nak cucuk sikit2 kat jari.. HAHAHAHA.. *evil laugh* sebab banyak jugak dia ambil sampel darah. jarum besar oo.. tak sure berapa ml. nasib baik sy dah biasa ambil darah guna jarum2 besar ni. dah selalu buat cannulation kat lengan. and darah sy senang keluar. vein besar kot.. (boleh gitu?? =p) hehe..  



haa.. macam ni dia ambil kat lengan.. =)


so dengan ramah tamahnya sy tanya kenapa dah tak boleh dapat result on the spot. diorang cakap sebab test kit yang sebelum ni tu result nye tak tepat. so dah tak boleh pakai. buat masa sekarang mungkin masih ada KK yang sediakan express kit. tapi untuk elakkan tragedi ape2 better buat 3 bulan awal k..

panjangnye................ fuhh.. 

Sunday, August 12, 2012

noodle box for wedding favours

assalamyalaikum..

puasa tak? harap2 yang jatuh syarat wajib puasa tu, puasa la ye.. hehe.. qiam tak semalam? kalau yang bangun tahajjud ke, tahniah dan syabas! bukan senang tu..hanya orang yang kuat je senang dan suka melakukannya.. alhamdulillah kalau ada yang tiap2 malam sepanjang ramadhan ni qiam tengah malam, tambah2 bila dah masuk 10 malam terakhir.. untung2 dapat lailatul qadar.. syabas buat kalian..

so seperti entry lepas, sy nak bagi sedikit info mana nak cari noodle box untuk buat wedding favours. macam kat bawah ni.




gambar pertama tu dari majlis puan nadia bayu. comel kan? gambar yang kedua dan ketiga tu omputeh punya wedding kot. hehe.. FYI, kotak ni dipanggi noodle box. mungkin selalu chinese guna kotak ni untuk isi mee tapau. kotak ni agak tahan lasak sebab kalis air dan minyak. dan jugak tebal sikit kot. yela nak isi mee kan. so ada individu yang kreatif improvise jadi wedding favour. kita pun kretif mencilok idea mereka. huk3..


so, mana nak beli? so far sy baru jumpa 1 company untuk beli barang2 macam ni. bukan noodle box je, segala kotak dan paper bag pun ada. cakap je nak kotak ape. cuma kalau nak beli banyak2 je sebab nak beli sini minimum 100pcs. kalau untuk wedding elok sangat la beli sini. lagi 1, penghantaran semenanjung malaysia (*kecuali pulau-pulau) adalah percuma kot. kot laaa.. sebab sy tak payah bayar kos penghantaran.. =)

mana nak beli?

beli kat

http://www.greentree.my

browse dulu berkenan yang mana, then dah decide, boleh register dan isi shopping cart. nanti dapat invoice kat email, buat pembayaran ke akaun maybank yang diberi. kalau ada stok, diorang akan terus buat penghantaran once u dah confirm bayar. jangan lupa inform ke email diorang bila dah bayar. macam sy, kemarin (hari jumaat) pagi buat pembayaran dan email diorang bagitau, tk sampai sejam diorang call bagitahu penghantaran akan dibuat terus. efficient kan?

tapi kat greentree tu ada noodle box putih sahaja. kalau nak kaler2 kena cari lain la.. hehe.

size: 3.5x3.5x4"
harga:  RM0.8/pc (100pcs)
           RM0.78/pc (400pcs)
           RM0.76/pc (1000pcs)
           RM0.75/pc (2000pcs)
kos penghantaran: FOC

company ni kat prai, pulau pinang. kalau sesiapa yang rumah dekat, boleh self pick up. harga mungkin lain sikit. sy dah tanya katanya tak beza banyak pun. so sy prefer pos jela. sonang!

kalau ada yang berminat boleh la jeling2 kat website greentree.my tu ye.. =)




till then!

Saturday, August 11, 2012

wedding favours

assalamualaikum..

zaman dedulu kan kalau pi kenduri kawin dapat telur je kan. ingat lagi dorang buh dalam dalam kotak telur kecik2 tu takpun balut dalam anyaman riben. tapi zaman sekarang kalau takda goodie bag, memang menanti la mulut2 lancang nak komen macam2. kenapa kita perlu takut orang nak mengata wedding kita ni low class ke apa..? nanti bila buat ber'class' pun takut jatuh riak dan menunjuk2 pulak..nauzubillah..

tapi..ada tapi juga.. mungkin pengantin dan keluarganya nak berikan yang terbaik kepada tetamu selagi mereka mampu dan tak membazir. so orang lain tak boleh juga nak komen. mereka bukan nak menunjuk atau mendambakan pujian tetapi nak tetamu berpuas hati, selesa. alhamdulillah..

kalau bab wedding favours ni bermulanya bila ye.. ke kita tiru western? yela contoh macam dedulu mana ada photobooth, candy buffet, flower girl, acara potong kek, bridesmaid, pre-wed photoshoot, outdoor photoshoot, etc.. bila pikir2 balik memang dah macam western kahwin. kita ni suka sangat ikut orang kan.. si polan tu buat, kita pun nak buat. hihi..

so membebel banyak2 pagi2 ni pun tk guna, jum tengok antara yang sy sempat cilok dari pokcik google image..












sy berkenan dah yang style noodle box macam gambar ke-5 tu. insya'Allah, tengah tunggu kotak sampai.. =) nanti sy akan share kat mana nak beli and harga nya.. 


cheers!

Friday, August 3, 2012

jum pilih kasut kahwin!

assalamualaikum..


tak tahu la adakah masih awal kalau nak beli kasut kahwin sekarang. lagi 3 bulan ++ ni. bukan apa, takut nanti tak jadi nak buat kasut kahwin je.. hehe.. actually dah banyak kali tawaf kat charles and keith tengok kasut situ. menarik hati jua sebab harga sangat la affordable. cantik dan mostly bawah RM200. jum tengok antara yang menarik.. *at least for me.. =p
















menarik tak? so nampak sangat la kan sy suka jenis2 camni.. tak tahu kenapa suka ala2 peep toe nih. sebab macam comel kot. orang dia tak comel maka kasut kena la comel moga2 dapat mengaburi mata orang kan.. hakhak..


pastu harus la jua tinggi sebab taknak nampak ketot sebelah groom nanti..hikhik.. groom nanti idokle tinggi mana, sy je yg ketot.. sob3..


one more thing, kriteria pemilihan untuk sy haruslah berwarna natural sebegini sebab nak pakai untuk ketiga2 event. nikah kat masjid, kenduri pihak perempuan dan juga lelaki. jimat nampaknya. harung la kasut yang sama. HAHA. sebabnya kasut untuk letak atas dulang hantaran lelaki-perempuan dah lama beli. since tahun lepas. actually beli clarks tu dari kawan yang duk kat UK time ada sale kat sana so dapat murah sangat beza dengan sini. nak pakai raya haji tahun lepas, tapi kesihatan tak mengizinkan.


so sekarang rasa daripada beli kasut lain pulak baik guna je kasut tu untuk buat hantaran. ntah la sesuai ke tak atas dulang tu nanti sebab sangat kasual. apa2 pun lepas raya la baru pi cari one of 'si cantik' di atas. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails