Sunday, September 30, 2012

tips / petua hilangkan jerawat..

assalamualaikum..

siapa suka jerawat? ada ke orang suka? memang ajaib la kan kalau ada.. tambah2 bagi yang nak kahwin kan.. dah la stress, bertambah stress kalau muka naik jerawat.. dalam sebulan lebih nak kahwin ni, jerawat naik tak beragak la pulak ada 3 ketul berderet kat pipi..cantik macam buruj pulak gamaknya.. dah la besar obvious, sakit pulak tu.. time nih la kau nak sibuk bekerja wahai jerawat.. haiyo! so terkedek2 la search petua nak hilangkan jerawat dan parutnya sekali.. yela, parut pun ambo tok sey..............




so, in lah hasil pencarian hamba.. sumber


Tips 1: Lidah Buaya – menghilangkan jerawat dengan Lidah Buaya
Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, tampalkan/tempek di bahagian yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Jika anda berterusan memprektikkannya, jerawat pada wajah mungkin akan mengering lalu mengelupas selama 3 hari. Selain itu lidah buaya juga mampu menghilangkan bekas jerawat yang degil. Sekali lagi kuncinya hanya satu, BERTERUSAN!

Tips 2: Putih Telur – menghilangkan jerawat dengan Putih Telur
Bagaimana caranya? Mudah saja. Pisahkan kuning telur dan ambil putih telurnya saja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat.

Tips 3: Ubat Gigi – menghilangkan jerawat dengan Ubat Gigi
Perhatian: Satu perkara yang perlu diingat adalah ubat gigi yang digunakan itu adalah yang berbentuk ubat (seperti Pepsodent) bukan yang bentuknya gel (seperti Close Up). Caranya hampir sama denga kedua cara di atas. Tempek ubat gigi ke jerawat dan bahagian lain di sekitar jerawat tersebut sebelum tidur. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang bersih.

Tips 4: Bawang Putih – menghilangkan jerawat dengan Bawang Putih
Sebenarnya terdapat dua pilihan dalam menggunakan bawang putih untuk proses menghilangkan jerawat. Pertama adalah dengan menumbuk dua atau lebih ulas bawang putih hingga cukup halus lalu dipakaikan pada bahagian wajah yang ditumbuhi jerawat. Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Manakala cara kedua pula adalah dengan memakan satu atau lebih bawang putih setiap hari. Banyak yang mengatakan kedua cara ini cukup efekktif, namun bagi anda yang tidak menyukai bau bawang putih mungkin lebih baik menggunakan cara yang lain. Jangan risau kerana masih terdapat banyak lagi cara semulajadi yang akan admin jelaskan di bawah ini.
 
Tips 5: Tomato – menghilangkan jerawat dengan Tomato
Tahukah anda? Khasiat buah tomato selain baik untuk kesihatan mata, ia juga cukup efektif menghilangkan bintik hitam (blackheads). Perkara pertama yang harus anda dilakukan adalah dengan menghiris tomato menjadi dua bahagian lalu dipakaikan ke seluruh wajah yang berjerawat dan biarkan selama 15 minit – setelah 1 jam barulah bilas.

Tips 6: Lemon/Jeruk Nipis + Air Mawar – menghilangkan jerawat dengan Lemon
Lemon, jeruk nipis dan buah-buah sejenisnya mengandung asid sitrik yang sangat kaya, dimana fungsi asid sitrik ini sangat baik untuk memindahkan sel-sel kulit yang mati yang boleh menyebabkan jerawat. Tekniknya ialah dengan mencampurkan jus/perasan lemon dengan air mawar kemudian pakaikan pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit. Setelah itu bilas dengan air suam. Amalan terapi ini secara rutin dan konsisten selama 15 hari akan memberikan hasil yang cukup luar biasa.

Tips 7: Kayu Manis - menghilangkan parut jerawat dan kesan hitam- Kayu manis ditumbuk sehingga halus menjadi serbuk.Kemudian, sapu serbuk itu ke muka.Biarkan selama 15-30 minit kemudian bilas dengan air.InsyaAllah parut dan bekas jerawat akan hilang..Amalkan sekerap mungkin..2/3 kali sehari..



semoga dapat membantu anda ye.. =)

5 comments:

  1. semua sya pernah cuba... tp pling suke pkai kayu manis

    ReplyDelete
  2. saya lak x pernah cuba lagi tips no 2 dan 6.. yg lain sume saya dah try tp saya x suka kayu manis.. x ssuai dgn kulit saya.. :( thanks sbb sudi kongsi petua2 nie..

    ReplyDelete
  3. ye DYSHA,,kayu manis memang best! parut pun cepat hilang kalau rajin amalkan.. takpe julieza, kamu boleh try yang lain2.. insya'Allah pasti ada yang sesuai.. =)

    ReplyDelete
  4. Hye, thanks for your information! sgt2 berguna.
    Drop by blog i kalau ada masa. Mungkin kita boleh tukar2 info.
    Visit www.annacakapcakap.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails