Thursday, January 31, 2013

things after the wedding

assalamualaikum..

di kala usia semakin bertambah ni dah start pikir2 hal orang dewasa.. *ape tak dewasa lagi kah?? errr..dewasa tapi kurang matang.. ngeeee~~~

lepas majlis banyak benda betul. kadang2 tak paham betul apekah sibuk bebenor nye lah haii.. ke sana ke mari penat. so after majlis antara benda yang patut pikir antanya:

Rumah

a place that we can call home.. ececeh.. hmm,tak kisahla sama ada nak sewa or beli or duk ngan family. kalau nak sewa/beli banyak juga nak kena fikir. tambah2 la kalau sebelum ni duk ngan parents masing2. nak masuk rumah banyak benda nak kena beli.

tidak ku mahu sebesar ini.. fuhh



kalau duk ngan family pun disarankan tak yah la lama2. takkan sampai beranak pinak still nak duk dengan parents. bukan apa, we have our own family kena berdikari. orang kata dekat2 busuk, jauh2 wangi.. gituu.. unless parents dah tua/uzur/sakit perlukan perhatian anak2. maka wajibla bawa parents duk ngan kita pulak.

Hubungan

hubungan suami isteri tu perlula harmoni. dah tak boleh layan suami macam sebelum kahwin (vice versa). kalau sebelum ni kalau nak marah je, mesti jadi raksasa. tapi lepas kahwin ni, kena hormat dia.
tapi tipu la tak akan berselisih paham terasa berdrama kan.. lagi kan lidah lagi tergigit inikan pula...sila sambung.. jadinya kenalah banyak bersabar, toleransi dan banyak berbincang..  *terasa..dush2!




hubungan dengan keluarga pulak kena pandai handle. ngan in laws la particularly. yang penting awal2 jangan terlalu all out and jangan terlalu defensive. balance la.. *diri sendiri pun ntah ape2

Kewangan

jeng jeng jeng.. kebanyakan orang lepas majlis jadi pokai.. tapi sabar, sementara nak stable balik tu pandai2 la uruskan duit. kalau tak dapat honeymoon terus pas majlis tunggu la dulu beberapa bulan kan. kalau nak jugak honeymoon, pilih la tempat yang affordable di poket anda *tak honeymoon betul2 lagi.. wuwuu




so B2B out there, jangan berhabis banyak untuk majlis yang sehari cuma. kalau boleh simpan la untuk after wedding.  tak salah nak adakan wedding idaman tapi kena plan betul2 dan jauhilah pembaziran. =)

apa lagi ek.. itu dulu la yang terpikir.. otak lembab sket sejak makan tidur makan tidur je kejenya.. adrenalin tak berapa nak laju dan sinaps pending.. *huarghhhh

1 comment:

  1. hehe. comeL. house tu kitorg pangkah from the list. sbb PJJ.
    so after wedding back to normal. uhukkk

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails