Assalamualaikum..
Baru2 ni saya banyak belajar pasal kipas.. banyak tak banyak
sangat la..boleh la dari tak tahu ape2 kan.. hikhik.. ni belajar pasal kipas
siling je.. kipas kan banyak brand.. mula2 meh nak bagitau nama2 brand kipas..
well known biasala la, Panasonic dan KDK.. mahal sikit tapi kualiti tip top
katanya.. kalau nak harga bajet2 sikit boleh beli jenama Rubine, Alpha, Elmark,
Deka, Monte air.. jenama lain2 tak ingat dah..
Ok, sekarang kepada jenis2 pulak.. kipas ada kan ada yang 3
bilah, 4 bilah dan 5 bilah.. ada yang guna remote dan ada yang modulator. Ad jugak
baby fan, bilah dia pendek tak macam kipas siling biasa. Apa beza bilangan
bilah? Correct me if saya salah.. ni berdasarkan penceritaan my husband and
orang2 kedai la.. kipas 3 bilah selalunya untuk kawasan luas sebab angin akan
spread ke bawah lebih luas. Kipas 5 bilah pulak spreading area lebih tertumpu
pada bawah kipas, means dia tak spread seluas kipas 3 bilah. Kipas 4 bilah kira
intermediate la.. err, paham ke idok yop.. buat2 paham la ye.. selalunya kipas
3 bilah pakai modulator pulas2 tu je kan dan ada 5 speed. Ketahuilah bahawa
kipas 3 bilah pakai modulator 5 speed ini tahan lama dan laju. Kalau baru beli
u pasang speed 5 kan dah macam kipas helicopter.. Cumanya design dia tak jelita
sangat.. ada jugak kipas 3 bilah pakai remote tapi tak selaju modulator. Selalunya
kipas 4 bilah guna remote dan ada 3 speed je. Ada jugak kipas 4 bilah 5 speed
tapi suuusaaah nak cari.. kipas 5 bilah ada yang 3 speed dan ada 5 speed dan ini
paling mahal. Kalau kipas mahal ni sebab bilah dia jenis fiber so tak karat la.
Just lap dengan tisu dah setel.
Harga pulak.. secara umum jela k.. kipas 3 bilah Panasonic dalam
RM125, KDK RM135. Kipas 4 bilah Panasonic banyak harga sebab depends kepada
siri.. ada siri bayu dll.. selalunya dalam RM250-350. Kipas KDK pun sama lebih
kurang Panasonic tapi selalunya KDK lebih mahal. Kalau kipas 5 bilah boleh
mencecah RM800. Baik beli aircond.. huhuhu.. Jenama save sikit macam Rubine,
Elmark, Deka, Alpha, Monte air lebih murah la..of coz.. tapi tak bermakna tak
bagus. Ikut nasib dan cara kita guna la. Range harga dari serendah RM148 hingga
RM3XX.. ini untuk kipas 5 bilah remote. Fuhhh, berguna jugak rasanya ikut suami
gi cari kipas.
Memang sedang mencari kipas.. Terima kasih atas review ek
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian fakta..terbaik!
ReplyDeleteSekarang memang banyak jenis lebih dari 3 bilah, sebab rekaan ruang rumah yg pelbagai. Panasonic kipas siling murah dari KDK. Terima kasih sudi berkongsi.
ReplyDeletetq..skang mmg tgh survey kipas utk umah baru...
ReplyDeletemodulator ke regulator?
ReplyDeletesuis speed biasenye org panggil regulator
DeletePakai modulator yg warna2 tahan lama
ReplyDelete