Wednesday, February 5, 2014

mengatasi anak tak mau makan..arghhhh..! comel teruk..

assalamualaikum..

budak budak kecik kan susah benor nak makan kan.. macam2 pe-el diorang bila time makan.. kebanyakannya taknak sayur la kan.. apela susah sangat makan sayur tu, sedap pe.. errr, padahal diri sendiri time kecik pun tak makan sayur kecuali bayam dan KANGKUNG.. *takda kaitan trend kangkung* hahaha
carrot, sawi, taugeh, dll semua tolak ye..tak masuk tekak den.. patut la tak cukup zat bila tengok ketinggian.. =p

tapi sekarang rasanya budak2 banyak dah boleh terima sayur rasanya..tengok anak2 buah ok je makan sayur.. suka je.. tapi bagi yang ada masalah memilih makan tu ibu2 sekelian janganlah dikau risau.. cuba teknik food presentation yang lebih kebaboom.. macam ibu2 di jepun diorang kan suka buat cute bento untuk anak2 bawak bekal gi sekolah.. comel teruk.. gambar bawah ni contoh food presentation yang mungkin boleh menarik minat anak2 kita untuk makan.. sambil2 tu buat la aksi2 semasa sesi makan tu.. tapi bukan main2 sampai membazirkan makanan tu anak buat main je.. anak tengok pun excited nak makan.. =)




silap2 mak ayah dia yang excited nak ngappp!

Tuesday, February 4, 2014

make up pelik tapi cantik

Assalamualaikum..

tahun 2012 i ada jadi guru ganti kat 2 buah sekolah.. ada dalam bulan julai guru ganti kat sekolah perempuan.. ganti pulak subjek pengurusan kecantikan macam tu lah.. tak ingat lah mak jemah ni.. dah tua2 ni asik lupa jah.. so dalam subjek tu silibus dia ada la kena mengajar penggayaan rambut la, rawatan dan gunting rambut la, make up la, macam2.. i dengan tak ada ilmu di dada macam mana nak ngajar?? dah la selekeh, tak bergaya pulak.. hadoi la.. nasib la cikgu dorang sebelum cuti bersalin dah bagi kerja kursus buat folio.. i just pantau diorang wat keje je.. kadang2 diorang bosan jugak.. so i pun cari la video2 and gambar2 mekap tunjuk kat diorang.. best jugak rupanya ek.. maklumla iols tak pandai make up..

ni antara contoh2 yang i suruh diorang tengok and practice.. hehehe..



***all pictures are from google***


tema disney character

tema disney character

tema insect

tema insect

tema pet

tema rainbow

tema sea

tema space

tema princess

Monday, February 3, 2014

laundry room ideas

Assalamualaikum..

hari ni jum cuci mata tengok laundry rooms dari luar.. serius la diorang ni memang kemas.. i wish to have 1 proper laundry room.. taktau la dapat realisasikan ke tak sebab nampak gayanya terpaksa buat laundry area kat luar rumah sebelah dapur.. tapi kena la kreatif kan.. boleh2 ambik idea..

*****all pictures are from google image******











drooling tak... ??? oh my laundry.................

Thursday, January 30, 2014

brown paper bag for wedding

Assalamualaikum..


pasal kahwin lagi..yay!! nay!!

malas nak type banyak2 just nak tunjuk paper bag yang diberi pada tetamu.. vip lain pulak beg nya.. hmm.. waktu i kahwin hujung tahun 2012.. waktu tu sangat 'in' la trend bagi goodies dalam brown paper bag tu.. n then letak doily paper.. i pun terjerumus sekali ke lembah itu..ni list pembelian mak jemah yang serba tak ingat..

brown paper bag kat kedai kek, 1000 pcs = RM 40 kotttt.. tak ingat..
doily paper 100 pcs RM 4 kot... tak ingat jugak.. hahaha..
rubber stamp 1pc = RM10 kottt jugek..
ink (warna purple) = RM 10 kottttt.. (kat popular)

dalam nya letak kuih-muih, gula-gula.. untuk vip (kawan2 jauh and rombongan pihak lelaki) kena guna beg lain sebab ada tambahan barang nak masuk kan, macam buku yassin, cupcake in cute tupperware, handkerchief etc..  i taktau la zaman lani macam mana lak trend dia.. tapi i sangat puas hati la sebab dapat jimat dan still nampak cute je paper bag tu.. matikk la puji sendiri.. hikhikhik...



Tuesday, January 28, 2014

kasut kahwin

Assalamualaikum..

Dah setahun 2 bulan kahwin.. alhamdulillah bahagia.. =)))

tetiba nak konsi pasal kasut kahwin tu.. pakai waktu nikah and sambut menantu belah suami.. kenduri belah perempuan pakai kasut butik pengantin bagi.. dah aim nak beli kasut kat charles and keith yang lace tu..



tapi sayang sangat 1 penang cari semua outlet takde size.. kaki kecik sangat..hehehe.. try jugak cari brand lain yang mampu milik macam primavera, carlo rino, sembonia, vinci, tapi ntah la, tak berkenan sebab duk terbayang2 charles and keith tu.. so dah takde kita cari yang murah2 jela.. jimattttt... nak cari designer punya brand takut tak cukup kain nak lap peluh time bayor tu kang.. so inilah ia...




simple kan.. memang pun.. ni jenis peep toe.. beli yang simple2 je sebab pikir nanti leh pakai lagi jalan2 ke, kenduri ke kan.. and kasut ni berjasa waktu i konvo hari tu.. taknak bazir2 beli kasut baru just untuk pakai konvo, i pakai je kasut ni.. hehe.. nasib tak tersadung jatuh terpeleot atas stage.. hehe..

murah sangat beli kat 1st avenue penang, kat kedai kasut opera.. harga dalam RM60 je.. murah dan berbaloi2.. =)

Monday, January 27, 2014

bersyukurlah..apa adanya..



Assalamualaikum..

Auu cak!

Hmm hari ni tetiba rasa nak meluahkan sesuatu but it is more to something motivational lah KONONnya. Lately, I read a lot of motivational quotes and writes about live and courage. They hit me many times sebab memang ‘dush’ kena batang idung penyek ni. It is sooo true walaupun cliché yang bahawasanya kalau kita tengah bersedih atas sesuatu perkara, ketahuilah bahawasanya orang lain ada yang lebih bersedih daripada kita. Cliche i know, but it is sooooo true!!

Yeah, we keep on counting for what we don’t have or lack and even comparing it to others. But do we even count the countless things that we already have that we take them for granted? Do we realize it? errr.. berterraburnya ayat kau.. haha..





U merungut kereta buruk tapi tahu tak ramai yang tak ada even kereta buruk dengan aircond rosak tingkap jam itu? 

U merungut dah lama tak makan kat hotel/restaurant tapi tahu tak ada yang tak masih mampu nak makan even kat gerai tepi jalan? 

U merungut kerja u susah bos pulak cerewet tapi tahu tak ramai yang masih jobless pusing Bandar masih tak dapat kerja? 

U merungut suami/isteri u pemalas tak romantic pulak tapi tahu tak  masih ramai yang masih menunggu jodoh yang tak sampai2? 

U merungut geram dan marah sebab penat nak melayan anak u sepah2 rumah tapi tahu tak masih ramai yang belum dikurniakan anak gigih berusaha bersusah payah hanya nak dapatkan walaupun seorang? 

U merungut hidup u bosan tapi tahu tak ramai yang telah meninggal dan minta Allah kembalikan mereka ke dunia semula semoga boleh beribadat dan sujud kepada Allah? Errrr... hihi.. wallahualam..

Banyak lagi sebenarnya yang kita rungutkan dan rungutan2 di atas bukan rungutan saya.. harap maklum ye..hehe.. itu sebagai contoh la. 



 Bukan tak boleh nak mengeluh or merungut langsung, kita kan manusia biasa yang penuh dengan kekhilafan dan fragile hatinya, tapi lepas dah mengeluh2 tu ingat balik nikmat2 rezeki2 yang dah kita ada. Kita akan lega sedikit, insyaAllah. Allah dah bagi rezeki dan nikmat melimpah ruah apa salahnya Dia nak uji kita sedikit kan. 

Walaupun diuji kita kena bersyukur sebab itu tandanya Allah sayangkan kita, dan nak kita selalu ingat Dia. Merayu2 kat Dia. Ada terbaca tanda2 hilang rahmat Allah kepada kita apabila semua kehendak kita, senang je dapat. Maka kita pun terus leka dan leka. Malah sampai satu tahap menganggap segala yang dimiliki adalah hasil usaha sendiri. Tak fikir pun semuanya datang dari Allah SWT. Astaghfirullahalazim.
Maka bersyukur lah dengan apa yang ada. Allah lebih tahu apa yang kita perlukan pada tika dan saat ini. AturanNya adalah yang terbaik. 

nak merungut lagi tak? =p


Sunday, January 26, 2014

Review : Safi putih putih melati

Assalamualaikum..

Err.. long time tak post anything here.. suddenly rasa nak write something.. so came out with the idea of review something since tak ada yang menarik untuk di share.. kikiki..

Kulit muka i macam menyampahkan sikit.. err..banyak actually.. especially after kahwin kulit memang hazab.. hormon ke apa ntah lah kan.. put the blame on hormone tetiba kan.. padahal semakin malas.. =p jerawat takyah cakap la, memang dah sebati ngan kulit muka nih.. then kusam pulak, then berminyak macam hape lagik..

1 hari kulit sangat la kusam dan mengelupas, kering sangat2..dengan rasa terdesak sangat pergi la masuk guardian cari apa2 yang patut to heal my skin nih.. capai face mist bio-essence.. then nak cari krim muka la jugak.. cari punya cari jumpa la jenama safi.. tengok harga murah ai.. try la.. kot kot leh jadi putih putih melati macam iklan kat tv tu..



then pakai rasa macam..eh bestnya krim ni.. serius best sangat.. i dont know la kalau orang lain pakai rasa macam mana kan.. bau dia takde la wangi pun tapi best la bila pakai.. beberapa hari lepas pakai i rasa kulit da tak kering mengelupas and macam dah cerah sikit la.. yang paling penting takde naik jerawat pakai ni means sesuai la ngan kulit.. u should try la.. harga sangat2 berbaloi beli dalam less than RM10.. tak ingat la harga betul2..

till then..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails