Monday, September 27, 2010

petua..petua..bukan untuk tua

assalamualaikum..

hari ni terasa nak wat entry pasal petua..http://www.emocutez.com

haip! haip! siapa tu suka sangat pakai bulu mata palsu? vulu mate palesu tu tak sakit kah.. takut la tengok orang lekat2 pastu nak cabut buang balik tu tak takut ka tercabut habis semua bulu mata aseli? kalau dah expert, well done yep.. hmm, ni nak bagi petua..bukan untuk tua tapi..........jeng jeng jeng...

Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-

  • Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan
habis la kalau semua pakat pi zoo malam ni culik buaya sebab nak lendir kat lidah buaya tu.. http://www.emocutez.com

yang ni sudah..tak payang nak gigih sangat pegi zoo..

ambil lendir ye,bukan durinya..

Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.


 try la..tak payah la susah2 pegi saloon wat rebonding..

psst! saya pun tak penah wat petua2 ni..tak tau la berkesan ke idok ye.. heee~~~
http://www.emocutez.com


Sunday, September 26, 2010

kenapa perempuan suka membanding bandingkan?

assalamualaikum..

merujuk kepada tajuk..saya rasa kebanyakan perempuan suka membanding bandingkan.. perkara ni berlaku dalam banyak aspek..dan ia ada pro dan kontra..

cuba bagi contoh sikit cik hatimerahjambu02..kami tak faham..--desis hati mereka (err..)

http://www.emocutez.com

hmm,macam ni..contoh apa tu..aspek kah?

1. kecantikan

aspek ni memang gemar dibandingkan.. kadang2 perempuan ni membanding dalam hati jek..
ni contoh kalau dalam sesi berdating (dengan suami, boyfriend, bestfriend dll) 
dalam hati: "isk,cantiknya perempuan tu"
luar hati (mulut): awak tengok perempuan tu, baju dia cantik la..kasut dia cantik la, tudung dia cantik la, handbag dia cantik la, jam dia cantik la...-habis semua benda dia nak puji

moral of the story: nak tanya dia atau perempuan tu lagi cantik..nahas la kalau si pasangan tadi turut memuji..tambah nahas kalau siap menokok tambah.. haisshh..pelik benor kan perempuan ni.. suka sangat bagi task 'sila faham maksud tersirat saya' kan? khennnn?? http://www.emocutez.com



pastu ni nak bagi contoh lagi..sesetengah perempuan suka tengok perempuan cantik..sama ada dia sedia sudah cantik kebam kebobom atau dia adalah kategori kurang cantik la kekdahnye.. dia observe, observe dan observe.. bagus juga,boleh buat bahan rujukan..tengok cara berpakaian, fesyen tudung, kasut, apa trend terkini dan sebagainya..pastu compare dengan diri sendiri.. macam ni ok juga..yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.. --bermadah pulak ye..

2. ex-girlfriend

waaaaaaaaa...sebenarnya nak cerita yang ni.. kenapa sesetengah perempuam suka sangat compare diri dia dengan ex-gf pasangan dia? why meh?? yang parahnya, dia compare dalam diam..mula2 saja mintak pasangan cerita pasal ex-gf dia,pastu mula la compare..i bet, berapa orang yang akan selidik pasal ex-gf pasangan dia? i bet! most of them.. kebanyakan aktiviti penyelidikan tak bertauliah ni berlaku dalam diam..dia2 ubi berisi, diam2 penyelidikan tak bertauliah? haa..jawab sendiri la kak jah..



mula la makan hati sorang2..hati ayam hati lembu kenyang jugak..ni hati sendiri.. pantang pasangan salah cakap sikit, mula la nak kecik hati..dalam hati fikir macam2.. ungkit diam2.. "em,takpe la..dia memang sayang ex dia lebih..siapa la aku"--contohnye la kan.. apa2 pun tetap akan merasakan diri mereka tidak dapat menandingi ex-gf pasangan.. walaupun berkoyan2 kata cinta,bermadah pujangga la si pasangan tu..berbuih mulut kalah orang kena sawan.. tetap jugak berfikir macam tu.. tambah2 pulak pasangan ni tadi yang ditinggalkan,bukan meninggalkan.. pastu pasangan ni pulak penah melalui fasa kejatuhan yang dasyat akibat ditinggalkan.. nampak sangat pasangan tadi ni sayang sangat kat ex-gf dia.. (haihh,sakit bahu menaip lama2 nih)http://www.emocutez.com

3. pelajaran

pantang nampak kawan lebih sikit dari dia, mesti macam tak puas hati.. tak puas hati dalam diam.. yang ni pun ada pro kontra dia.. kalau pantang nampak pastu terus gigih berusaha sampai mencapai kejayaan takpe la.. ni berusaha gigih menjatuhkan kawan tu..haaa.. cik jah,cik kiah..tak baik tau macam ni..kennot2..



haihh..macam2 la.. ni baru 3 contoh.. kak nab, kak tipah, nanti tolong bagi contoh lain pulak yep.. cik bedah ngan kak senah tak faham2 lagi tu..kesian mereka..

ni semua pengalaman siapa ya? tepuk dada, tanya sakit ke tak...
http://www.emocutez.com

niat baik membawa baik

assalamualaikum..

hai..ke mana je korang hujung minggu macam ni? mesti merayau2 jugak kan.. (jangan nak samakan orang lain dengan diri sendiri..uhuk..)http://www.emocutez.com

tak? tak merayau? baiknya..bagus...takla membazir duit kan.. macam saya, tadi memang tak plan langsung nak keluar..konon nak mentelaah pelajaran.. konon jela kan..nak prepare untuk conference selasa ni.. (dup dap dup dap.. T__T  )

tapi nak dijadikan cerita my housemate tetiba tanya kat mana nak cari handphone..yang biasa2 jek.sebab semalam dengan tiba2 handphone nya rosak..yang nak dijadikan cerita lagi, dia ni baru kat sini..boleh jugak la nak kata freshie....ayoyo..bunyi macam fishy........ em, so saya kesian kat dia, ofer la untuk teman... kata kat dia saya tolong bawa dia and tunjuk tempat tu which is kat prangin mall..then saya balik dulu sebab ada hal..

ecececececeeeeeee...

tidak semena2 dia yang terpaksa tunggu saya sebab sibuk sangat bershopping... APAKAH?? shopping? hadoii.. tak sah kalau masuk shopping mall tak membeli ye? beli baju 2 pasang, shawl sehelai, nasi kandar lauk ikan juga.. errr..yang last tu perlu kah? huuuuuuu..

tau tak apa cerita sedih di sebalik program shopping kecil kecilan hari ni?

kad ATM saya kena telan dek mesin.. kejadian ni berlaku waktu mula2 sampai..kitorang nak pegi withdraw duit..waktu sampai mesin atm tu, ada dalam 4-5 orang omputeh macam gelabah depan tu..dorang cakap kad dorang kena telan,duit tak keluar..so saya ofer nak try.. (tangan sangat adalah gatal) last2 kad saya yang kena telan jugek......haaaaaaaa.. PADAN MUKA!!

kejadian ni tak melumpuhkan langsung semangat saya.. http://www.emocutez.com

terus ke mesin atm lain dan iaitu bank islam pulak..yang tadi tu cimb.. nasib ada banyak kad atm.. ---hati berkata sinis.. btw, kalau saya berniat jahat sikit je (sikit je pun membawa bencana) tadi, mesti leh shopping lagi sakan..sebab? sebab kat atm ayah saya pun ada pada saya.. horay! horay! tapi tula.. niat baik je ada..niat jahat takde langsung tau.. http://www.emocutez.com










not good..not good.. kenapa sebelah mata?? saya bukan illuminati......... 
http://www.emocutez.com

Saturday, September 25, 2010

lepak berilmiah

assalamulaikum..

well, korang mesti suka lepak2 jugak kan.. tak kisah la kat starbucks, coffeebean, kopitiam, pantai, or even kat katil sendiri yang empuk kat rumah tu kan.. ngeee~~~  

http://www.emocutez.com

i suka jugak lepak kat kedai buku.. tak kisah la MPH ke, borders ke, popular ke.. best woh..leh baca free.. siap bersila lagi..even ada kerusi,sofa empuk semua tu kan..tak layan okay..layan lantai berkarpet sudah..

bahan yang saya baca?? takde la yang berat2 kan.. ringan2 sudah... seperti "cara2 nak buat magic" (err, for kids T__T), buku resepi (ehem2..ehem2..), majalah (best! tak payah beli), dan sebagainya... banyak lak nak list kan..

yela..kadang2 tu selalu sangat pegi shopping mall, dah taktau nak buat apa dah, baik pegi kedai buku kan.. khennnnnn?

tapi kena la tunjuk bukti.. hehehe..

tekun.. 


 ayoo..paham tak kak??


 ketara.. sangat ketara.. mata i sepek.. 





http://www.emocutez.com

giveaway cuti2 malaysia..tapi bukan malaysia..hehe

percutian yang terindah..terima kasih ibu..
assalamualaikum..

well i nak bercerita pasal percutian ke ni? haa? emm, tak la percutian secara mazmumah.. mahmudah tau.. hik3.. tak sangka dah setahun berlalu..rindu nak ke situ lagi.. Ya Allah.. berikanlah aku peluang lagi..

actually my mom cakap next year insyaAllah kalau ada rezeki, panjang umur, dorang nak pegi lagi next year..i mean, my parents la.. pastu i pun gedik2 terkinja2 nak ikot.. tapi dorang cakap kalau nak ikot, this time guna duit sendirik.. ahaiii.. mana nak korek?? ayoyoyoo.. last week beli laptop pun guna duit raya sajorkk.. kennot2! huhuu.. nampaknya impian ku musnah.. T__T

oh..nak tahu tak manakah tempat yang saya maksudkan tu? jeng jeng jeng.......................


ya makkah al-mukarramah..
rinduu sangat nak ke sana lagi.. nanti la kumpul duit sendiri pulak.. pegi haji terus.. ^__^

ye..saya tahu tak sesuai nak cakap ini percutian..tapi ini bukan untuk suka suka suki tau.. percutian menyucikan hati yang hitam legam.. kalah belakang kuali tertiarap tau.. T__T

ok, ini berlaku pada mei 2009..

waktu ni clock tower masih dalam pembinaan..tak tau pun itu clock tower.. T__T

ciaaan..saya ada buat video ni..unta tu nangis2 tau..sedih jek...


terima kasih ibu............i love u more and more each day!!!


budak kecik ni sangat comel!!! u gotta look at his mum 1st!! arabian kan.. tapi mak dia sibuk baca al-quran..i sibuk culik anak dia..kih3..


menerjah awan....lenguh tau..kitorang dari penang international airport..transit kat singapore..abu dhabi...baru sampai jeddah...


tak tahu kan mana laut mana langit...subhanallah.. ^_^


singapore..changi airport..


lagik changi airport..best tau.. kalau lama tunggu transit, leh rilek2 kat kerusi ogawa..urut2 kaki, bahu..pastu pegi kolam ikan main ikan, pastu online jap, tengok facebook..ahahahaa.. ;p


sampai jeddah dah maghrib..senja gitu.. sayu kan tengok sunset..


dari jeddah, kitorang pegi madinah dulu,ziarah.. bertolak malam dari jeddah, dalam pukul 4-5am sampai madinah..waktu 1st time nampak masjid nabawi..........Ya Allah...speechless.. cantik sangat!!!! subhanallah.. alhamdulillah.. ^_^
ni gambar after solat subuh kat masjid nabawi..kedai2 dah buka..awal2 ni dah nak shopping ke ibu?? hehe..


perkarangan masjid nabawi...lantai dia sejuk jek..tapi matahari panas banget! huhu


ok..tu kfc..tapi...tapiiii..tak sedap..uhukk.. malaysia punya kfc memang selera tekak kita..pegi kfc lain..? nan hado sajorkk.. 

sila tengok pakcik tu..baring je atas lantai.. senario biasa..sebab lantai sejuk..sodap buek tido.. hehe

 nasi arab.. kena share 4orang..huhu


time saya pegi tu musim panas.. so gerai jual aiskrim macam gerai goreng pisang..


 ini jemaah kitorang ada wat makan2 kat hotel.. tengok tu..ini saya sorang jek tau.. kambing ye disitu.. buah peach kalau beli kat tesco sebiji berapa hengget? pegi tengok sendiri..tapi sini leh makan macam makan kacang parpu.. hehe..
dalam singapore airlines


 eh..eh..changi lagi.. errr.. ;p


melantak on the way ke abu dhabi.. pantang ditanya oleh stewards..dah la kat abu dhabi tu ensem2..mak ai..haha


turun jangan tak turun..


bus untuk ke airport..sebab landasan dia sangat luas..tak larat kot nak jalan.. in fact memang kena naik bus.. macam bus rapid lak.. hehe


masjid nabawi..


hotel kat madinah..


raudhah..err.. bukan ayu raudhah ye... mustajab untuk berdoa.. ^_^


pilih kak ....


jangan risau...tak payah susah2 nak cakap arab ke english ke.. cakap je malayu k...


 tu dia kfc.. tak sodappp.. T_T


cun kan unta neh?

apa yang boleh saya katakan? alhamdulillah.. saya bersyukur sangat2 sebab dapat peluang berkunjung ke tanah suci.. Allah tu Maha Pemurah..

paling berjasa? ibu saya.. sebab beliau telah sponsor saya 100%..hehe.. hanya Allah saja mampu balas jasa ibu..memang segala jasa ibu tak ternilai.. priceless..

ibu..kalau nanti saya dah keje, banyak duit, saya bawak ibu pulak ye..i love u ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails