hoyeh2! rambut itu mahkota bagi wanita.. really? oh, yes absolutely.. tak kira lah kamu bertudung atau tidak, rambut tetap penting sebagai salah satu elemen dalam penampilan wanita. tak caya? tipu? cuba lah tengok kalau perempuan tu rambut mengerbang kalah hantu mak limah.. mau ke idok? mau? sah spesis mak limah..
terpulanglah citarasa memasing kan.. ada yang nak super straight, sanggup buat rebonding yang bukan saja memakan duit, malah masa tenaga dan ayam kfc..eh apsal kfc? sebab lama sangat tunggu rebonding siap sampai kebulur terus makan kfc dinner set sambil tunggu rambut siap. ada pulak rambut dah straight nak buat curly hair.. ada pulak nak wavy hair. macam2 lah kan, ikut citarasa masing2..
kalau aku? aku suka tengok perempuan rambut beralun ikal mayang. fuh, cantik!
kembang itu cantik.. baru sexay kan.. ke seksa? yela susah jugak rasanya nak menjaga tu. so, apa kata kita tengok tips menjaga rambut beralun ikal mayang bersama gadis cantik hanis zalikha dan skema itu hot..
nasihat daripada cik hamis jalikha
ah! apsal cantik sangat rambut? |
This is my regime, so kalau nak ikut boleh, kalau tak sesuai, abaikan heh.
1. Basuh rambut selang sehari.
2. Never basuh waktu pagi, waktu malam sahaja.
3. Sarung bantal satin.
4. Letak bedak di bantal sebelum tidur (untuk kurangkan minyak dan berbau harum).
5. Jangan basuh rambut guna air panas. Kalau boleh guna ice lebih baik sebab semakin sejuk, semakin bersinar.
6. Selepas styling yang berat after hair show, basuh rambut guna perapi dulu, diikuti dengan shampu.
7. Selalu lindungi dari matahari (sebab I selalu pakai cap). Kalau tengok orang pakai tudung punya rambut, banyak yang sihat (hikmah).
8. Saya jarang letak produk rambut. Sangaat jarang.
9. Sejujurnya, saya tidak memiliki sikat. Kalau selalu sikat rambut menyebabkan kuasa statik menjadikan rambut frizzy. Macam letak kepala dekat dengan tv bila nak on. Kan meremang sikit haha.
10. Guna jari pun boleh. Sikat rambut guna jari masa mandi.
11. Jangan keringkan rambut guna pengering rambut atau tuala secara kasar. Lepas mandi, balut je dengan tuala, then agak-agak dah tak menitik air, buka tuala dan biar ia kering semulajadi.
dah baca nasihat dia? simpan dalam otak ketat2.. so tengok pulak nasihat cik skema itu hot (yana)
malam ni nak mimpi rambut kembang cmni.. huhu |
oh tak boleh copy..aku pulak spesis malas nak type balik.. heh. so boleh baca sendiri di blog beliau ya..
tak perlu kot aku bagi link kan.. sebab mereka ni dah famous amos..
well, as i said earlier, it depends on one's need or interest. if u like straight as u find it more manageable and neat look, well go for it. paling penting ialah kamu jaga rambut supaya sihat dan kemas. jangan biar kelemumur menghantui kulit kepala. kalau rambur gugur banyak, rawat, jangan nak biar botak baru nak kalut tak tentu pasal.
bye!
hype.. nk link utk cik skema itu hot,bley??
ReplyDeletePlus,ur blog is awesome!!
hai2! i pun sukeee sangat degan rambut hanis zalikha!! btw you tau tak macam mana nak lebatkan rambut? any recommended saloon ( NO Yun Nam, i dont want).. please share :)
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSaya Liyana Mardiana (@ Lilianna Mardiana) dengan rendah diri memohon jasa baik dan kerjasama daripada pihak Cik/Tuan untuk membuang gambar-gambar 'free hair' atau tidak menutup aurat kepunyaan saya yang terdapat di dalam blog atau website kepunyaan Cik/Tuan.
Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya permintaan saya ini menyusahkan pihak Cik/Tuan. Namun, sebagai hamba Allah SWT, saya tidak tahu bila ajal akan menjemput saya. Oleh itu, saya amat berharap agar tiada lagi gambar-gambar saya yang tidak menutup aurat dipamerkan di mana-mana blog atau website.
Kerjasama dan bantuan daripada pihak Cik/Tuan amatlah dihargai. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik pihak Cik/Tuan.
Yang Benar,
Liyana Mardiana
وَمَنْ سَتَرَ عَلَى مُسْلِمٍ فِي الدُّنْيَا سَتَرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
“Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat” (Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi).