Monday, March 7, 2011

bersediakah untuk kahwin?

assalamualaikum..


oh mama..saya mahu kahwin! ---> seharusnya bukan nyanyian saya.. tak tahu la pulak siapa yang nyanyi..


rasa2nya lah kan..antara perempuan dengan lelaki, siapa yang selalu beria nak kahwin?



tak mengapa sebab aku rasa perempuan ni suka nak kawen sebab macam best jek duk buat preparation nak kawen ni. cari baju kawin, tudung kawin, veil, kek, pelamin,hantaran, etc.. serius aku suka! tapi kalau fikir2 perkara after kahwin...oh, a bit scary!! scary di sini banyak cabangnya.. dari segi menguruskan keluarga amnya.. aku fikir lepas kahwin nak kena fikir untuk seorang lagi tu, nak kena jaga makan, minum, pakai yang seorang lagi tu. aku sorang pun macam tak berapa nak terjaga (hihihi), ini pulak dua orang. and aku risau jugak sebab kadang2 aku ni pelik. boleh menjadi makhluk yang sangat particular. contoh (contoh sahaja ok!): kalau situ tempat sidai towel, jangan gatai nak sidai towel kat tempat lain, atau jangan memandai nak sidai benda lain kat tempat sidai towel. kadang2 mood aku ngeng sikit la jadi macam tu.. tapi overall aku ni tolerable.. macam ala2 adorable.. (apakah?? tetiba............) T__T




itula.. dah tu selera makan aku pun pelik.. kadang2 aku rasa dalam 2,3 hari ni nak makan sup oat saja. benda lain macam loya jek tekak nak menelan. mampukah encik suami nanti telan sup oat jugak?? kau mampooo? huhuk... kesian.. itu kalau selera aku sup oat. kalau selera aku nak makan roti dengan air oren sunkist no sugar added? haa...kebulur lah suami aku di situ.. tapi..tapiii.. aku rasa aku ni bakal isteri mithali kot.. (ceh!!!) even tekak aku kempunan sup oat mahupun air oren sunkist no sugar added sajok, aku tetap akan masak nasi kat dia.. ecececece..konon kan.. sekarang boleh lah berlagak hidung kembang cakap macam ni.. nanti? aku takut habuk pun tadaa.. (isk2,harap2 tidak la sebegitu..)



itu bab makan.. bab kain baju? kadang2 mood gila aku nak susun baju ikut kaler.. tak boleh campur.. isk, nasib baik la tak teruk sangat.. sebab aku tengok dalam lemari aku tu dah setahun dah baju campur aduk jek kaler.. kehkehkeh..



apa lagi ek? oh, siaran televisyen.. kalau time grand slam tenis, federer atau ana ivanovic lak main, encik suami mesti mati2 nak tengok. aku pulak mati2 nak tengok spongebob. macam mana tu?? (spongebob tetiba kan..) jangan main2..berebut channel tv antara salah satu faktor tercetusnya pergaduhan besar dalam rumahtangga. huih.. tapi aku boleh lagi kot berfikir secara rational. spongebob lain kali pun tak apa.. see, toleransi kan aku? (eleh, sekarang boleh la cakap besar) hehe




overall, perkara2 itu boleh kita atasi kalau berfikir sevara rational. toleransi tu penting.











tetiba aku macam merepek. macam nak kahwin esok jek.. padahal bayang pun tak nampak.. haha.. inilah akibat apabila orang sekeliling, kawan2 semua dah nak kahwin.. uhuk3...btw, congrats ye kawan2!!!














bye!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails