siapa..siapa..siapa? siapa pernah atau dah atau sedang atau berminat nak apply DPLI? before this daku tak pernah nak ambil tahu pasal KPLI, DPLI ni.. tapi memandangkan untuk kerja yang bergelumang dengan chemicals lebih scary the merry, maka rasa lebih cenderung nak jadi ciguuu.. hehe..
nak teruskan? |
yang ni? |
ramai kata cekgu ni senang kerjanya. jangan salah faham. cekgu pun banyak kerja tau. hidup saya dikelilingi cekgu2 so, ada la rungutan sikit2 dari diorang. tapi so far, alhamdulillah ok la jugak kot diorang ni masih stabil emosinya. =p
aku dah apply DPLI ni.. kali ni tak banyak pilihan la. yang ada cuma bahasa inggeris, perdagangan, akaun, bahasa iban, bahasa kadazan. nak tak nak, kena la apply bahasa inggeris. tak mampu aku nak ajar bahasa kadazan, iban ituh.. kau mampooo?? huhuu
dengar cerita nak dapat tempat medsi tu pun belum tentu senang. dah la even korang apply online pun, still kena pos kan segala salinan sijil2, transkrip, ic segala kat Uni yang korang apply. agak leceh la disitu. tapi takpe, kalau nak kena la usaha sikit kan.. nak mudah je, banyak cantik kan.. aku pun risau nih, takut medsi pun tak dipanggil..wuwuwu... sebab kawan aku ada apply tahun lepas, dia cakap medsi pun dia tak dapat..apatah lagi interview.. verangan sajok...
then kalau dapat pergi ujian medsi, aku sangat tak yakin boleh lulus. aku ni kalau ujian personaliti memang fail ah! dari dulu lagi aku rasa. sejak apply MRSM, kan ada ujian personaliti, fail.. kuikuikui.. nampak sangat personaliti aku tak semenggah kan.. sebab aku rasa PMR aku ok jugak kot untuk diterima masuk MRSM (perahsan jek) =p. ye, aku tau aku tak pandai sangat, tak dapat straight A's pun 7A2B sajok.. tapi macam ada je harapan nak masuk kan.. eh eh, ke laut lak aku.. so pasal medsi ni, sape ada tips boleh lulus nih? ce citer..ce citer!!!
yang aku tau orang kata:
1. jadi diri sendiri
2. jawab sebagai seorang guru
tapi aku rasa, ni ikut luck jugak nih.. kan? kan? kan?
takpe lah, berserah jela.. kita hanya mampu merancang.....(sila sambung sendiri) ayat pasrah je kan.. tak bermotivasi langsung!
bye!
dear...
ReplyDeleteakak dlu blaja kat mrsm.. takde amik bhasa cina pun..
tp kawan akak apply je DPLI 4 bhse cina..
at last, dpt prgi beijing, khusus nk jd cikgu..
akak amik chemical engnerg..
akak xnysal tp lab technician pnah tny..
npe amek chmicals? bidang ni bahaya jgk la..
tp depends on urself..
sbb u yg akn hadapi smue ni
yeke.. tula kan, rezeki masing2.. yg penting usaha.. sy cuma kdg2 takut deals dengan hazardous chemicals ni.. sbb sesetengah tu kan boleh trigger cancer. sbb sy rs lately sy mcm ad byk msalah kesihatan.. msalah kulit, fibroadenoma (dh operate), etc.. dr kta mybe sbb chemicals.. T_T
ReplyDelete