Friday, December 31, 2010

saya pun nak pakai riben gedabak boleh?

assalamualaikum..


oh, walaupun dah basi nak wish congratulations kat malaysia jugak.. basi pun basi lah.. too bad lah semalam tak dapat tengok live harimau lawan garuda. kelija pulak..hmm, kalau tak, konfom i la yang paling bising dalam rumah tu. bising duk jerit2. eh,housemate lain pun sama jek. kawan i cakap kat asrama pun sama jek. standard la kan perempuan tengok bola. what do u expect kan. harusla jeritan dan ngilaian. kalau lelaki suara garau "ahhhhhhhhhhh"- kalau gol tak masuk for example. kalau perempuan "arhgggg+hilaian pontianak+nyaring2 gitu"-kalau sikit lagi nak masuk gol jugak. ergh! scary pulak bila pikir2 balik. tatasusila memang zero. isk, azam baru kena jadi perempuan sopan sopian.. hihihi.. (tengok, gelak pun dah start sopan dah.. ) ^_^


berbalik kepada perkara sebenar. sekarang ni dah ada trend baru pulak. yakni memakai riben gedabak di kepala lutut.. KEPALA lah! sila behave sikit dah ada azam baru tu......


kamu rasa cantik tak? cantik tak? cantik? tak? cantik? tak? dah... pening mak..

macam ni la mak nak bagitau.. kalau dah cantik tu, pakai apa pun cantik.. bertuah la kalian yang memang dah cantik.. memang la cantik tu subjektif, tapi cantik yang i maksudkan ni yang bila orang normal kebanyakan tengok akan kata "cantik lah dia ni". tak kisah la verbal atau dalam hati sajok.. haa, itu cantik la kan. cantik yang bila pasangan dia saja yang kata "u cantik la sayang..." tu tak kira.. harus la pasangan kamu mengaku yang kamu cantik.. hmm.. (tertipah di situ)


i suka tengok mereka ni bergaya. alah, semua orang kenal kot kalau tak cakap nama pun. fashionistahh the sistah.. cik epal, adriyani, shea, jezmine, maria elena, fatin liyana, nurul ain.................and the list goes on.....


penah tengok kan cik epal, fatin liyana, nurul ain pakai riben/bunga gedabak? comel jek kan??

cik epal.. dah lama nak tanya.. cik epal ni agaknya epal hijau ke epal merah ek.. :)

fatin liyana.. bak sini ketinggian anda barang beberapa cm.. T__T

nurul ain.. bak sini muka mix tu.. ;p

hamboi.. semua nak mintak kan.. so, saya nak pakai benda2 gedabak atas kepala macam tu boleh tak? dah..dah.. sebenarnya tak mintak jawapan pun sebab dah jawap sendirian berhad.. jawapan nya







TIDAK BOLEH. JANGAN MIMPI..







bye!

Thursday, December 30, 2010

facebook involve a mixture of narcissism and voyeurism?

assalamualaikum..


something interesting here. adakah facebook membuat anda menjadi seorang yang narcissism dan voyeurism? hmm, tak payah nak kata facebook la, any kind of social network boleh involve perilaku ni. facebook, myspace, hi-5, twitter, segala mak nenek la kan. asalnya orang yang pemalu pun boleh jadi tak tahu malu. tak nak komen lebih2 sebab diri sendiri pun agak terjebak. tapi sejauh mana terjebak tu i tak tau lah kan. rasanya suam2 sup ayam saja. untung2 boleh makan sup ayam kan?


fakta ni bukan saya saja2 hentam tuduh. tapi seperti yang dilaporkan majalah TIME. tengok dan baca lah majalah TIME edisi dec 27 2010/ jan 3 2011. muka depan dia muka bos kita (konon) yakni muka mark zuckerberg. besau nau muka dia nampak mata ijau hang mark zuckerberg!! mai cek nak pinjam sat...... heh.


ya..ya.. ini. penuh dengan cerita bos. T_T

actually encik saya dah cakap pasal ni a few months ago. tapi tak ingat pulak sama ada dia berminat nak buat research pasal ni or dia terbaca research orang lain pasal ni or dia terbaca kat somewhere else kan. tapi dah lama la dia kaborkan kat beta. beta sampai sekarang tak lupa pasal narcissism dan facebook ni. dan memang pun perilaku ni akan evolve dalam arena social network. sama ada kamu sedar atau tak, kamu pun dah jadi macam tu. tak semestinya melalui gambar jek, dari penulisan pun boleh (i think). voyeurism? ini scary sikit. just beware!

so, bila terbaca pasal ni tadi, i was like "la....encik dah cakap dah a few months ago!" good...good.. (and i bet most of u pun dah tahu..)





in case ada yang tak tahu apa tu narcissism dan voyeurism sila google. nak explain lebih2, penyakit M saya kerap sangat bertandang. hehe.



bye!

aduh..

assalamualaikum..


tak tahu lah why suddenly my hp yang seketul ni taknak behave.. tiba2 rosak pulak.. dia ok jek cuma takleh nak snap gambar.. ayo! dah la charger untuk bateri kamera da hilang.. so sekarang ni i takda alat untuk ambil gambar.. sadis bukan? tapi memang patut pun la.. dah berapa tahun ntah hp ni berumur. maybe beli hujung 2007 atau awal 2008. camtu la. dah lama kan. 3tahun jugak la. keluar la segala mak nenek punya hp, i setia dengan yang ni.. i setia tau.. (padahal poket kering) heh


hp ni model sony ericsson Z610i. i suka sebab pink karerr maa! ya tergoda sebab kePINKngan dia tu. shine sangat! untuk basic ok la. ada kamera, 3G. setakat untuk ambil gambar, mms, sms, calling2, ok sangat lah kan. hmm, too bad tak ada wi-fi. kalau tak dah semat sangat dah bagi i. i tak suka hp canggih sangat. tak reti nak pakai banyak2 application segala. i kata kat kawan i, i ni conservative, tp kawan i kata "kita bukan conservative, kita antik" apakah? hehe.. antik pun antik la..



memang antik la sangat.. ada sorang kawan tu dia beli iphone4 untuk hadiah birthday sendirian berhad. i try main2 iphone4 dia tu. hmm, ok la. i tak tergoda pun. selamat... kalau tak punah la duit bank kan.. ngeh3.. see? antik kan? isk3..


so, hp sekarang ni dah banyak sangat dah berbakti. i sayang benau dia. ngadu kat encik, dia kata nak belikan hp baru kat i. i kata takyah la, simpan la duit tu. dia nak jugak belikan. and tetiba hp ni dah ok balik! see? hp ni pun sayang i rupanya. takut i menduakan dia terus sehat walafiat. aiyoo! ngada betui!!

i nak yang ni jek. simple tapi cantik di mataku.. ^__^



err, murah pun murah.. heheheee..





bye!

kami tertipah

assalamualaikum..


orang luar penang mungkin tak tahu kot pasal bekalan air sini terputus. sesetengah kawasan tu dah 3hari kot tak ada air..(macam kat lab saya ni) tapi bagi rumah2 dan bangunan2 yang ada tangki simpanan air besaq, alhamdulillah la, tak terjejas..

nasib baik rumah kami tak terjejas langsung pun, alhamdullilah.. ^__^

dikhabarkan penang start tak ada air 28hb 7pagi. so malam 27hb tu bertungkus lumus la kami tadah air. habis semua baldi yang ada dalam rumah jadi korban. container simpan makanan pun kami kebas. penuh dah dalam toilet tu dengan air tadahan. nak mandi pun space ala kadar sajok.. nak buat macam mana kan, bekalan esoknya. dah kata start air takda pukul 7pagi, so ramai la yang bangun subuh2 lagi dah mandi. termasuklah housemate2 ku. daku? di alam mimpi.. bangun2 dah pukul 7.45pagi. (jangan tanya sebab apa tak bangun subuh2) heh

bangun2 tu dah 7.45. dah cuak dah, sebab dah lewat. nasub baik terjaga sebab nak shee shee. masuk toilet jek terus buka paip sinki. "eh, ada je air" desus hati kecilku.. *ewah!

tapi disebabkan hari tu lab bakal tak ada air, lalu daku pun zapp! sambung tidur.. isk3.. sila jangan contohi daku..


sampai hari ni, memang air kat rumah kami mengalir laju.. tak ada masalah pun. alhamdulillah... maybe apartment kami ni tangki air dia super besaq kot. fuh,lega...



kami tak tertipah sebenarnya, memang betul tak ada air kawasan ni, tapi tangki air besaq, syukur....

air yang kami tadah tu kami guna la sikit buat basuh kaki ka, apa2 yang patut.. takkan nak tuang balik buang camtu jek kan.. membazir oih! amalan syaitonirojim.. kennot2..






bye!

Tuesday, December 28, 2010

penang tak ada air

assalamualaikum..

alahai.. penduduk penang esok bakal mengalami sedikit kesukaran.. mana taknye, takda air.. macam2 cerita la dengar.. ada yang kata dari pukul 7pagi sampai 7malam, ada pulak kata 7pagi 28hb sampai 7pagi 29hb.. ada yang kata 7 pagi sampai 11malam.. apa2 pun standby jela kan.. kitorang nye stok air cukup kot.. stok ni bukan macam stok ayam nak buat sup tu..hishh..




so, pagi esok subuh2 kena mandi siap2.. then air yang ditadah malam ni tu untuk bekalan hari tua.. helehh, sehari pun belum tentu cukup, hari tua konon kan.. melebih2 lak dia neh.. biasa tuh!




tapi kesian lak sesiapa yang malang tak berbau tu.. petang tadi ada jek yang dah kena stop air.. tak menyempat nak simpan air.. siaann.. tak dapek nak nolong.. kalau sesiapa yang takda air tu mai la ambil kat rumah saya.. 1L=20hengget.. hamboii, menyempat kan nak bisnes.. cekik darah pulak tu! hiss..



bye!

Sunday, December 26, 2010

tahniah malaysia

assalamualaikum..


i bet ramai yang blog pasal malaysia menang untuk game malam ni 3-0. nak kata selesa untuk bekal ke indonesia nanti, hmmm.. ok lah kot kan.. tapi still anything can happen.. nanti kat sana tau la kan betapa fanatik nya orang sana.. so diorang pun akan berganda2 semangat nak kalahkan kita jugak.. tapi apa2 pun ada chance.. malaysia peluang cerah nak menang.. i am not going to comment much on this football thing.. coz i am not expert or kaki bola.. just tengok kalau ada game yang menarik macam ni.. hehe.. ok, well done malaysia!! ^__^



Thursday, December 23, 2010

maher zain kami..

assalamualaikum..


kalau maher zain itu ramai sangat peminatnya.. kami ada maher zain kami sendiri.. ceh.. maher zain konon.. tapi maknye sendiri panggil anaknye maher zain.. tak malu punya umi kamu wahai maher zain celup.. takpe la, moga2 nanti besar jadi macam maher zain betul ka kan.. kalau muka jadi macam maher zain betul bonus tuh!! boleh buat kenduri 40 tahun berturut2.. (suka benor exaggerate benda simple) haihh..  takpa la, moga kamu besar nanti jadi manusia baik2 ye anak buah aunty yang kiut ni.. (aunty ke budak tu yang kiut?) tidakku tahuuu..

kak i kata gedik dan geli telinga dengar i nak ber'aunty'2 ngan anak dia si maher zain celup ni.. yela, dengan yang lain2 panggil makcik sajok.. aishh.. dah kata maher zain, harus la maher zain panggil aunty kan.. T__T


hai..saya maher zain.. tapi maksu panggil mat zen.. T__T

hidung mahal tu.. kembang kuncup.. ngeh3..

bibir enjelina joliss..

aunty saya gegeh..

ya, saya gegeh la snap2 gambo dia hari tu.. dia ni susah nak ambil gambar dia.. suka benau lompat2.. nanti mungkin dia jadi atlet lompat katak kat tadika.. who knows.. hmm..interesting.. tapi aunty takmo putera katak ok. suara buruk.. macam mana nak nyanyi nanti??













ok bye!

PC FAIR

assalamualaikum..


kalau 3,4 tahun lepas pc fair memang macam sesuatu yang tak boleh miss la.. kalau miss tu macam merana 60 tahun sebab terlepas 1 event yang kebam kebaboom.. ingat lagi waktu mula2 reti nak pi pc fair ni time 1st year undergrade kat USM. manusia rakus takyah cakap la, berduyun2 semua nak pi pc fair, jalan jam, parking penuh.. jakun giler time tu, semua nak tengok, tawaf habis kat PISA tu. dulu pendrive memang macam barang yang paling "in" lah.. semua berebut2 nak beli pendrive murah. yela time tu kalau kat kedai luar, 1GB tu pun RM30/40 camtu kot. tapi kat pc fair boleh dapat lagi murah.. ntah, tak ingat sangat. daku pun beli la pendrive.. setiap kali pc fair jek, nak beli pendrive. macam la banyak sangat nak guna.. tapi sejak 2 tahun kebelakangan ni, dah tak layan pendrive sebab rasa macam dah banyak sangat. serabut otak nak pikir data ni simpan kat pendrive mana, data tu simpan kat pendrive mana..

pastu konon dah advance, orang len sibuk beli hard disk, kita pun sibuk nak beli.. tak mau kalah pulak tu, hentam beli yang 320GB. dah 2 tahun beli baru guna tak sampai 15% i think.. orang len sibuk simpan movie la, games la dalam hard disk kan, tapi daku tidak.. kalau simpan movie pun bukannya menyempat nak tengok.. games pun tak berapa nak menyempat.. ntah la makhluk sorang ni isi masa dia dengan aktiviti apa.. study??? lagi la tak...


so, sekarang ni space untuk simpan data apa2 banyak.. pendrive ada 4ketul, hard disk 320GB seketul, HDD laptop 500GB.. pendrive tu 2GB 2ketul, 4GB 2ketul.. tapi seketul 4GB ni rusak binasa akibat perbuatan doktor saya.. dia tertendang pendrive saya.. sadis betul.. nasib baik dia ganti balik.. tapi data2 dalam tu?? T__T


berbalik kisah pc fair, kali kedua ketiga still di tahun undergrade pi pc fair dah terer sikit.. pi beli MP4.. ceceh.. tak mau lah MP3 kan.. MP4 terus.. beli yang 2GB kot, puas hati dah la konon tu.. pakai la setahun camtu kot, rusak binasa..  


sekarang ni dengar pc fair macam dah neutral.. tak rasa apa2.. macam.. "apa? pc fair? ok......"


maybe sebab i dah takda apa nak beli.. macam ni lah kalau insan yang tak pandai bab2 komputer ni.. ada yang penting2 cukup lah.. tapi kalau accessories, serius murah.. u can buy accessories for half price than normal shops would charge u.. ok la tu kan?



so, i nak war war kan pada 30 dis2010  sehingga 1 jan 2011 ni ada pc fair kat USM penang. (bukan nak ajak pi perang nih.. ) haishh..

'exact location pelis?'

ok2.. kat dewan utama pelajar USM, Penang.. mai jangan tak mai..







gigih snap on the way ke lab beberapa hari lalu..



bye!

happy ending

assalamualaikum..

petang tadi my friend, nadia tunjuk video kahwin eliyana (taktau nak eja nama dia..huh) eliyana dunia baru tu. then lagu dalam video tu best! dan membuatkan video tu bertambah best.. lagu tu from MIKA- happy ending.. tapi actually lagu ni macam sedih jek.. huhu.. jum tengok video mika.. err, bukan video eliyana ye.. ;p




"Happy Ending"

This is the way you left me,
I'm not pretending.
No hope, no love, no glory,
No Happy Ending.
This is the way that we love,
Like it's forever.
Then live the rest of our life,
But not together.

Wake up in the morning, stumble on my life
Can't get no love without sacrifice
If anything should happen, I guess I wish you well
A little bit of heaven, but a little bit of hell

This is the hardest story that I've ever told
No hope, or love, or glory
Happy endings gone forever more
I feel as if I'm wastin'
And I'm wastin' everyday

This is the way you left me,
I'm not pretending.
No hope, no love, no glory,
No Happy Ending.
This is the way that we love,
Like it's forever.
Then live the rest of our life,
But not together.

2 o'clock in the morning, something's on my mind
Can't get no rest; keep walkin' around
If I pretend that nothin' ever went wrong, I can get to my sleep
I can think that we just carried on

This is the hardest story that I've ever told
No hope, or love, or glory
Happy endings gone forever more
I feel as if I'm wastin'
And I'm wastin' everyday

This is the way you left me,
I'm not pretending.
No hope, no love, no glory,
No Happy Ending.
This is the way that we love,
Like it's forever.
Then live the rest of our life,
But not together.

A Little bit of love, little bit of love
Little bit of love, little bit of love [repeat]

I feel as if I'm wastin'
And I'm wastin' everyday

This is the way you left me,
I'm not pretending.
No hope, no love, no glory,
No Happy Ending.
This is the way that we love,
Like it's forever.
To live the rest of our life,
But not together.

This is the way you left me,
I'm not pretending.
No hope, no love, no glory,
No Happy Ending.




mika ni memang macam aneh2 sikit. video dia pun pelik2 tapi interesting..and lagu2 dia best.. hehe..

Monday, December 20, 2010

simple but full of obstacles

assalamualaikum..


dua tiga menjak ni, hati sangat sedih, sayu, gundah gulana.. i really worry bout my study.. i run out of time, the date is coming so fast. i need to rush whatever that left undone. sometimes i feel like want to give up. i don't want to do this anymore. i am failed! i am not belong here. but then...  i know, what i am dealing with today is due to what i have done in the past. i neglected many things. yes, many things were neglected. so now, the burdens i am carrying today are getting heavier.. thanks to myself for this.


as the time flies by,(and of coz the time is REALLY running out), i know i cannot simply blame all these and keep grieving for myself. i need to make a change! i need to change myself to be a better person. by that, i mean a better person in all aspects. then, i would be success. insya'Allah..

i need to work harder than before. i need to be optimistic. i need to motivating myself. (i rather change 'need' to 'MUST!!') T__T


what i've learned, there are two secrets to motivating urself, u'll ever need.

1) make things enjoyable
2) use positive public pressure


most of all, try to see ur problems (hard times) optimistically, positively and a challenge that need to be challenged!


and now i hope that i'll never be heartless doing what i am doing right now. i am not gonna give up just yet! i want to make everybody that i love proud of me. i will keep looking for a brighter future. i want to be somebody. at least somebody to somebody. heee~~



i love this picture of working mother. ^__^




this is my resolution. simple but full of obstacles that need to be circumvented and surmounted!


*hard times keep u closer to God... ^__^







bye!

Saturday, December 18, 2010

xmas dah dekat

assalamualaikum..


xmas dah dekat nih.. eh, jangan salah faham.. daku bukan teruja nak menyambut xmas ye.. cuma bila dah dekat ni, tak tahan nak duk dalam jusco lama2.. dari pagi sampai malam lagu krismas ja kekdahnye.. ini membuatkan daku fening kepala.. kamu tahu la kan, lagu kerismas ni jenis yang mendayu2 banyak, tak pun macam ala2 jazz.. kalau honda jazz daku pun mahu.. tapi ini bukan honda jazz itu..


serius, ngantuk gila dengar lagu2 tu..


tapi nak dekat kerismas ni kita pun boleh tumpang dua kaki.. perfume selalunya murah! diorang kan selalu beli perfume untuk buat hadiah kerismas.. harus murah lah.. tapi daku tak pernah pun beli perfume mahal.. sebab tak pakai minyak wangi.. pakai downy merah tu jek.. (tipu..downy pun tak) heh.. tapi nanti da kahwen nak suruh hubby belikan minyak wangi mahal, dah berlaki nanti kena la wangi2.. kahkahkah *geli


sesiapa yang nak beli minyak wangi untuk diri sendiri or untuk hadiahkan orang or nak buat hantaran kahwin ke, boleh la terjah sekarang tempat menjual minyak wangi yang berhampiran.. siap boleh mintak free gift banyak2 sikit time promotion ni.. (skema kan cakap tempat menjual minyak wangi??) haihh..


takde, daku tak nak wish kerismas.. sebab tak sambut..



rusa kaleful ni depan queensbay mall penang.. oh sua rasa la sekarang ni.. orang ramai.. Ya ya yaaaaaa.... daku tak minat nak terjah event sebegini.. tapi nak jumpa farah deeba, syarifah nur, farah AF.. (stok2 pompuan cantik) ngeh3... tapi takpe la, tengok kat tv udoh le...










bye!

aksi ngeri seorang pelajar

assalamualaikum...


ni memang cerita basi.. dah lama dah kejadian ni berlaku.. (jujur sangat aih..kalau tak bagitau bukannya kamu tahu pun dah basi)

ni memang kejam bagi sesetengah pihak berwajib. pelajar ni kejam, bengis, tak ada belas kasihan mahupun simpati.. (getus hatinya..)


ok2, sudah nak berdrama samarinda putera katak segala.. tak larat mak nak layan..


ni adalah salah satu experiment rakan lab saya. she has to sacrifice several rats due to her studies. kata2 kejam di atas tu saya saja je andai mana tahu rats yang monolog kan waktu nak kena bedah.. jiwaku halus mulus.. *muntoh


jum layan pic..kalau jiwa sensitip pi main jauh2..


this is the killer.. *kejam kau cakap dia killer.. she's from iran. a man beside her is her boyfriend i think..from iraq. auw.. 


see? the rat is bleeding..keep bleeding in love.. *leona lewis pulak mak..* she's taking out the heart. she has to take it out before it stop pumping. this makes her stress so badly.. dah la tu, kitorang pulak duk bergebang hal duniawi penuh berliku dengan volume yang sangat kuat2..maunye tak kena halau.. haha



see? she is taking the heart out!! cutting it into pieces.. (over..ayat ni) when her mate clean the heart from blood, its still pumping! OMG



oh..ni bukan rats.. ni mice.. sesaja nak cuci mata tenangkan fikiran.. *boleh gitu?



mouse.. dia kena inject kat kaki.. dia sakit sebab tu duk jilat2 kakinya.. kesian..

"mereka kejam!!" (getus hati mouse itu)




ya.. ini rat.. wahai rat.. rakanmu telah meninggalkan dunia yang fana ini.. waktu mereka keluarkan jantung rakanmu itu, ia masih berdegup kencang.. adakah kamu akan menjadi korban seterusnya? tidakku tahu.. berserah sajalah kepada takdir ilahi.. *jahat benau jadi batu api antara rats dengan the killers.. ngeh3..


itulah kisah mereka yang mengorbankan dan yang terkorbankan.. lumrah dunia memang macam tu.. simbiosis kah? tidakku tahu jua.. yang penting misi menyelamatkan dunia tercapai kelak.. *exaggerate tak habis!










bye!

Friday, December 17, 2010

tolong buang TUSI dalam tong sampah!!

assalamualaikum..


kamu tahu tak tusi tu apakah? saya pun tak tahu. nasib baik saya buang dulu baru baca. kalau saya bac dulu sebelum buang *pengsan 44 hari..


semalam pergi toilet tingkat atas.. pergi toilet jangan tanya nak buat apa.. *pang!
daku bukan nak pergi touch up ke apa okay. bedak sebutir pun tak bawak. tak mainat lah mak nak mekap2  time masuk lab nih. tak masuk lab pun mak maleh. so panggilan alam semulajadi telah membawa daku ke sana..

nak masuk jam*** tu (cet, malu nak sebut jamban) <----tapi taip jugak)) kena la ambik agen pengelap kan.. apa dia adik2? ya.. tisu.. atau orang putih kata tissue..(err,orang tak putih pun panggil tissue kot..! haishhh...)

tisu ni macam kat toilet awam tu, lekat kat dinding yang spesis besau tu.. tarik..tarik..kasi panjang punya terbaca notis kat bawak kotak tisu tu.. terbahak2 daku sengsorang macam nak kena sawan ayam..





terkedek2 jugak ulu ati tahan gelak.. kenapa nak tahan pulak sedangkan daku sorang saja dalam toilet waktu tu? ------> tidakku tahu........










bye! ^_^

sudahlah buat kerepek untuk hari ni..

assalamualaikum..

uh..its been ages since i last wrote here.. (suka exaggerate kan?) heh..

hmm, bukannya saya tak ada masa nak memblog, tapi pura2 kengkonon saya lah manusia paling sibuk dalam dunia penuh pancaroba dan tipu menipu tetapi agak membahagiakan ini.. bukan main panjang nak cakap dunia jek. haishh..!

actually, banyak yang saya nak tempek kat sini.. tapi bila on laptop saja, terus takda mood. macam tetiba mood tu berlari larian di tepi pantai dengan girangnya main air laut dah tak mau balik2 dah. *kejam

itulah..lagipun bila nak start saja menaip new post, dah klik pun "new post" tetiba rasa macam "eh, tak yah la, yang ni pun nak tempek kat blog kah???" alasannya: tak menariklah, tak best lah, simple benor lah, menyampah la bila diri sendiri baca, syok sendiri lah, macam2..

last2 end up klik "X" kat paling atas kanan tu.. bum! tidur...zzzzzzzzzzz... kalau tak membuat kilang najis mata pun buang masa baca majalah, tak pun tengok tv yang tak best.. tak pun cari la bahan bacaan lain kat internet nun..

i really envy those yang everyday, ada jek entry baru.. bukan 1, bukan 2, ntah berapa dia update, tidakku tahu.. geliga betul otak mereka itu kan? "getus hati kecilku" cet, bikin drama pulak..

kalau tak 10 entry setiap hari pun, yang sekali dia hapdate..ya Robbi.............. panjang berjela, kalah slot samarinda ataupun cerita indonesia kat tv9 yang haku pun tak berkenan nak tengok sebab panjang sangat. tapi entry panjang berjela yang bukan slot samarinda atau cerita indonesia kat tv9 yang haku pun tak berkenan nak tengok sebab panjang sangat tu kadang2 interesting jugak. sesetengahnya lah. sesetengah hi2 bye2 lah.. tak larat mak nak baca..

kalau daku ni menyepi lama pun takda sapa nak terasa tempiasnya kan, tapi daku sendiri merindui satu blog ni. serius............... blog realiti konspirasi tu.. tu.. yang ada komik comel2 tu..setiap entry mau ratus ratusan komen. entry yang last tu mau 500++ dah.. encik zack, tolong lah hapdate.. ramai gila rindu kat blog tu.. termasuk DAKU pinkyheart02.blogspot.com ini............tapi kalau ada kekangan tu tak mengapa lah.. tak baik paksa2 ni kan. urusan tuan hamba lebih utama.. apa pun, blog tuan hamba telah banyak menyentuh hati kecil rapuh binasa rakyat jelata tanah melayu ni..


sudah la buat kerepek untuk hari ni.







bye!

Wednesday, December 8, 2010

Product review #2: Eucerin white solution

assalamualaikum..

hi! really quick review here. here comes my 2nd review.. its eucerin white solution.



benefit:



active ingredients:



skin type:

for mix to oily skin


attributes:

oil-control formula with SPF 30, fragrance free, non-comedogenic.


what i like?
it doesn't make my oily face getting more oily (like some do) yay! for that..
smooth texture
no smell means no fragrance. its good since fragrance can makes ur skin getting worst
it has SPF30. yay! for this too,since i dun like to put much chemicals on my face. its 2 in 1. some sort of moisturizer and SPF. does it sounds good to u too?? heee..
 


cont:
there ain't whitening effect. kihkihkih.. but anyway, i thing this is good bcoz whitening sometimes sort of 'kikis' ur thin skin layer. scary hoh! ur skin will become thinner, exposed to UV, can trigger skin cancer. now,double scary the merry hoh?? http://www.emocutez.com


reccomendation:
yes.


i give:
7 out of 10




happy trying beautiful ladies out there!! http://www.emocutez.com

Tuesday, December 7, 2010

lirik aku tak jumpa kau lagi

assalamualaikum..


tengok tajuk macam bengang nak gaduh ngan orang. ni bukan bengang ka apa. ni adalah isi hati seorang jejaka kepada seorang gadis. ataupun luahan hati daripada seorang lelaki kepada seorang wanita. oh sama saja dengan ayat sebelum ni. mungkin ada yang dah boleh agak, mungkin ada yang takda clue langsung apa yang saya duk merepek ni. kan?



ok, sebelum ni saya memang tak terkesan langsung la dengar lagu michael buble ni. oh lupa nak bagi tajuk.

Michael Buble: Haven't Met You Yet

serius, tak minat la dengar. tak terkesan langsung kat sanubari ni. kalau terdengar pun ia berlalu pergi kalah sang bayu berlalu pergi. memang tak terlekat di jiwa. selalu terdengar saja dan tak sengaja terhafal sikit2 lirik tu standard la kan. macam duk tertengok iklan beli lagu kat tv tu.


"dengan basa basi, janji diri happy" - lagu dangdut iklan kat tv3.. SILA ON DANGDUT KE 33000


macam tu la, kadang kita benci dengan satu2 lagu tu, tapi bila selalu dengar tanpa rela,tak sengaja otak duk play. kadang mulut pun ternyanyi. ni memang selalu terjadi.


hari tu ntah macam mana ntah tak ingat dah hujung pangkal, si encik pasang lagu michael buble, haven't met you yet ni sambil nyanyi kuat2. dia minat sangat lagu ni. oh, jangan tak tau si encik ni suara dia sedap wo! i like! haha... saya pun cakap la, tak minat pun lagu ni. dia kata dia suka gila siap hafal dari mula sampai habis walaupun bagi saya lagu ni macam tongue twisted jugak. tapi tak apa, dia memang agak mahir hafal menghafal lagu. sejak dari tu saya rasa macam dah ada crush sikit kat lagu ni. (crush kat encik tu dah lama) http://www.emocutez.com


beberapa hari kemudian, download, masuk laptop. (tapi separuh macam takda..tak apa. pasrah..)


hari ni, tadi tiba2 teringat lagu ni. buka youtube, play. nak tau tak???



dari mula sampai habis saya tak leh nak kawal diri, asyik senyum saja tengok video ni. macam mana ni? nak krem dah muka senyum. tolong!

nah, i baik hati bagi video siap lirik.. best!!! http://www.emocutez.com


Michael Buble- Haven't Met You Yet


Sneaky Reasons You Get Zits

assalamualaikum..




Got acne or even just the occasional zit? Yeah, I'm with ya. Or at least I was, until I sat down with a few dermatologists to pin down all the many, many reasons I was breaking out. The shocker: I was doing sooo many things wrong, and I don't think I'm alone. So I figured I should share their top 13 sneaky causes of acne so we can all have clear skin. No need to thank me.

But first, a random zit fact: did you know that acne-prone people are born with about four to five times more skin cells than the average person?! Crazy, right?


Sneaky Acne Cause No. 1: Pressure (literally)



Dermatologist Dr. Ava Shamban says there is -- get this -- pressure-induced acne. So if you're constantly talking on your cell phone, playing violin, resting your hand on your chin, you're giving your skin a double whammy. One, most of those surfaces are covered in bacteria and two, the actual pressure of those things on your face can cause acne.


Sneaky Acne Cause No. 2: Pressure (figuratively)



You already know that stress can get your heart racing and your stomach churning, but did you know that it also increases hormones that can cause breakouts? While you can't realistically knock all the stress out of your life (ha, wouldn't that be nice?), you can try to relax and minimize the drama. Say it with me now, ohmmmmm ...


Sneaky Acne Cause No. 3: Your Pillowcase or Towel



This is a multi-dimensional problem. One, your face lies on your pillowcase for hours at a time, and if it's not clean you're basically pressing a bunch of dead skin and bacteria onto your skin (lovely). Same deal with your towel -- your skin might be fresh from the shower, but if the towel isn't clean you're just wiping germs onto your face.


Annet King, director of The International Dermal Institute, suggests changing your pillowcase once or twice a week and using a fresh towel daily. However, that's only one part of the problem. If you use fabric softeners and dryer sheets they could also be causing breakouts. Turns out, the stuff that makes your clothes soft is tallow, which is -- wait for it -- animal fat. Ew. I don't know about you, but I don't want that on my face. Plus, detergents and fabric softeners with lots of fragrance can cause irritation as well.


Sneaky Acne Cause No. 4: Over-Drying Your Skin



Sure, it makes sense at first glance: if you dry out oily skin with harsh cleansers, alcohol-based toners and skip the moisturizer, your skin won't be oily anymore. But ... it doesn't really work like that.
Instead, drying out your skin this way will cause it to up its oil production, making the whole situation worse. King explains that the skin tries to correct itself and so if it feels dry it will begin to produce more oil to balance things out.


Sneaky Acne Cause No. 5: Tanning



Back in the day, people used to recommend tanning to clear up skin. And in the short term it does kind of work. The sun dries out your skin and UV rays do have an antibacterial element, but tanning is so not the way to go. For one, we already learned that over-drying your skin will cause it to produce more oil.
Also, tanning causes your skin to increase cell production (which means more dead skin cells), so while you might get a bit clearer at first, tanning will end up giving you more breakouts. And don't even get me started on all the skin damage, cancer risks and wrinkle issues.


Sneaky Acne Cause No. 6: Your Hair Products



What's that you say? You don't put hair products on your skin? Well, unless you consistently wear your hair in a slicked back ponytail and never let a strand near your face, I'd say that's just not true.
King says hair products with oil, silicones and plasticizers can clog your pores, and if you wear your hair down, have bangs or even sleep with your hair loose it can get on your face and work it's non-magic. So keep the products to a minimum and keep your hair off your face as much as possible.





you can read full article on Yahoo! Fashion and Beauty http://www.emocutez.com  

from birth sampai umur 10tahun dalam masa 85 saat sahaja! percayalah

assalamualaikum..


ada ka orang, i mean normal people macam kita, ya kita semua ni i bet mesti manusia normal lah kan, ke kamu tak normal? oh, kalau tak normal pun maybe hormon tak normal ke apa kan di hari cuti yang indah sempena awal muharam ni. oh by the way, selamat menyambut awal muharam ye. http://www.emocutez.com


ok, cut the craps please... macam ni, kita manusia normal mestilah membesar dengan normal. eh, dah nama normal mestila tumbesaran pun normal kan. oh, jangan ambil hati lah yang kurang tinggi tu ye, sebab kita sama sahaja. Saya pun dah lama hidup merenek. Kalau yang terlebih besar tu macam mana pulak? Itu tidak ku tahu. Terlebih makan kot.jangan terasa di situ. tak larat nak pujuk. http://www.emocutez.com

Ok, mengalami tumbesaran normal di sini i mean membesar dengan normal. Setiap tahun membesar sikit-sikit. Tapi ini cerita lain.. seorang budak ni bernama Natalie, dia membesar dari dilahirkan hingga umur 10 tahun dalam masa hanya 85saat! Tak percaya? Percayalah... (cet! Perahsan kengkonon nak ganti pengacara ripley’s believe it or not)

Betul.. dalam masa 85 saat, terus besar. Magis kan? Dah besar tu comel pulak, rambut panjang. Mak ayah dia bagi makan apa lah ni. Sila lah tengok video ni..











 eh, ni gambar saja. Sila klik kalau nak tengok. boleh klik link bawah gambar video.





Ha.. betul kan? Hehehe.. bukan niat nak tipu, tapi itu kenyataan. Bagus betul ayahnye kan. Tahu tak, almost setiap hari selama 10 tahun ni, ayahnya gigah (gigih+gagah) snap gambar natalie ni. Isk, sayang betul ayahnye. Then, dia gabungkan semua gambar tu jadi macam ni. Hey, takkan la betul2 boleh membesar terus dalam masa 85saat kan. Nak pee pee wee wee pun ambil masa lama lagi lagi tau. Tu tak tukar lampin bagai lagi.http://www.emocutez.com




Iklan sebentar:
Pesanan buat abahku... “kenapa abah tak snap gambar cheq macam ni..? lepaih tu buat video macam ni? Camni ar abah..camni ar........” (emo jap)



So, kamu nanti bila dah ada anak boleh je nak ambil gambar dia setiap hari. Compile dalam satu file simpan elok2. Nanti dia dah besar boleh tunjuk. Pastu mesti dia terharu meleleh.. tangkap leleh la bak kata iklan jual vcd kat tv tu..




Ini salah satu cara how to show your love. Er, kalau nanti suami atau isteri pun nak buat macam ni boleh? Dari hari 1st kahwin sampai tua kerepot tiap2 hari ambil gambar sama2. Then tengok balik, siapa lagi cepat tua atau cepat beruban atau cepat berkedut atau cepat botak etc.... http://www.emocutez.com



oh, suwiitnyaaaaaa......

Saturday, December 4, 2010

abangku gila I

Assalamualaikum..

Family saya terdiri daripada 8orang. Seorang emak, seorang abah, 2orang abang, 2orang kakak, saya, dan seorang adik. Beza umur nak kata beza sangat tu ada ya dan ada tidak. Kalau nak kira beza umur saya dengan abang sulung memang la beza, tapi kalau beza dengan kakak atas saya 2 tahun saja. U get what i mean?



So, waktu kecik2 dulu saya anak bongsu agak lama la jugak. Jadi anak manja dalam family. Jadik adik kecik abang2 dan kakak2. What a wonderful world. Eh, tak jugak. Waktu kecik2 dulu saya selalu rasa yang mak tak sayang saya. Standard la kan, i bet most kids memang ada rasa insecure macam tu. Mak marah sikit saja terus merajuk masuk bilik hentak2 kaki kuat2. Dalam bilik rasa macam nak lari dari rumah la, nak mati la, macam2. Sebab rasa nak bagi mak menyesal marah kat saya. Anak bongsu katakan. Bagila chance kan. Haha.

Selalu jugak rasa mak sangat garang. Sikit2 nak marah, sikit2 nak marah. Waktu kecik lebih rapat dengan abah. Abah suka gesel2 misai ngan janggut dia. Geli. (tapi sekarang mak sangat best! ^_^)

Kecik2 dulu kami suka main pelik2. Salah satunya ini. Abang2 suka korek idung dengan jari telunjuk, then kejar kami si kaum perempuan satu rumah sebab nak tenyeh taik idung tu kat kami. Whatthefish kan? Kami si kaum perempuan pun lari2 bertempiaran cari arah masing2 sebab takut kena tenyeh taik idung. Selalu tempat selamat kat bilik mak abah. Kami sembunyi atas katil selimut dalam toto.


Tau tak toto tu apa? Haip! Bukan toto sports beli nombor eh. Toto ni comforter la, tapi siam mariii... ada banyak kaler dan corak menarik. Selalunya kain dia bukan yang cotton tu, jenis apa ntah kain dia. Dah2 nak cerita pasal toto siam sampai tahun depan malam raya pun tak sudah.

Ok, sambung.. kami selimut, diam2 kami dalam tu. Lepaih tu, ngendap2 celah lubang toto yang terbuka sikit2 tu tengok kaum lelaki ada tak.

At last! Wah, selamat nampaknya bilik mak abah ni. Kami terus gembira buka toto tarik nafas tanda selamat. Tiba2.. jengjengjeng! Nah satu tenyehan mengena tepat di kakiku. Rupa rupanya si lelaki itu sembunyi bawah katil hanya menunggu masa yang sesuai untuk sesi tenyehan. Apa lagi, lari la ke toilet nak basuh kaki. Semua terbahak2 gelak tanda permainan dimenangi si lelaki. Cet!


Sebenaqnya lelaki2 itu takkanla gamak nak tenyeh betui2 kan. Depa korek pakai jari telunjuk, tapi tenyeh pakai jari hantu. Haishhh! Pandai noh hampa pemain adik2. Iskiskisk........

Ni baru kisah taik idung. Tak lagi main yang lain2. Sanggup tak korang dapat abang2 gila macam ni?


Bye! ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails