hai.. kamu dah pergi belum MAHA 2010 ni? saya berminat jugak nak pegi tapi apakan daya..nun jauh di sana.. tapi best kan encik Ahmad ni.. tak semena2 dapat hadiah.. tau tahu ceritanya? jum kita tengok wartawan yang cerita.. hehe..
SERDANG - Seorang pensyarah tidak menyangka kehadiran kali pertamanya ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 di sini semalam membawa tuah.
Ahmad Udin, 54, pensyarah Pendidikan Islam dari Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan telah dipilih sebagai pengunjung ke 1.5 juta pameran tersebut.
Berikutan itu, dia membawa pulang hadiah tiket penerbangan ke Australia, lima biji nangka gergasi bernilai RM3,000 dan seekor kambing kacukan Boer.
"Saya bertolak tengah malam tadi (kelmarin) dari Kuantan semata-mata untuk melihat kepelbagaian aktiviti di MAHA.
"Belum sempat melawat tapak pameran, saya sudah ditarik oleh ahli jawatankuasa dan diumumkan sebagai pengunjung bertuah," katanya selepas menerima hadiah daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.
wah.. bertuah sungguh pensyarah yang bernama encik ahmad ni ye.. tetiba rasa nak jadi anak angkat dia jap.. kot boleh tumpang pegi australia sekali.. pastu boleh pulak makan nangka gergasi tu kan.. macam enak lazat dan menyelerakan jek.. hehe.. at 1st saya ingat nangka gergasi tu berharga rm3000. sekali baca la, then baca lagi rasanya total hadiah yang encik ahmad ni menang sekali ngan flight ticket rm3000 kot.. (haihh..otak lembab nak proses data pembacaan) T___T
No comments:
Post a Comment