assalamualaikum..
kalau 3,4 tahun lepas pc fair memang macam sesuatu yang tak boleh miss la.. kalau miss tu macam merana 60 tahun sebab terlepas 1 event yang kebam kebaboom.. ingat lagi waktu mula2 reti nak pi pc fair ni time 1st year undergrade kat USM. manusia rakus takyah cakap la, berduyun2 semua nak pi pc fair, jalan jam, parking penuh.. jakun giler time tu, semua nak tengok, tawaf habis kat PISA tu. dulu pendrive memang macam barang yang paling "in" lah.. semua berebut2 nak beli pendrive murah. yela time tu kalau kat kedai luar, 1GB tu pun RM30/40 camtu kot. tapi kat pc fair boleh dapat lagi murah.. ntah, tak ingat sangat. daku pun beli la pendrive.. setiap kali pc fair jek, nak beli pendrive. macam la banyak sangat nak guna.. tapi sejak 2 tahun kebelakangan ni, dah tak layan pendrive sebab rasa macam dah banyak sangat. serabut otak nak pikir data ni simpan kat pendrive mana, data tu simpan kat pendrive mana..
pastu konon dah advance, orang len sibuk beli hard disk, kita pun sibuk nak beli.. tak mau kalah pulak tu, hentam beli yang 320GB. dah 2 tahun beli baru guna tak sampai 15% i think.. orang len sibuk simpan movie la, games la dalam hard disk kan, tapi daku tidak.. kalau simpan movie pun bukannya menyempat nak tengok.. games pun tak berapa nak menyempat.. ntah la makhluk sorang ni isi masa dia dengan aktiviti apa.. study??? lagi la tak...
so, sekarang ni space untuk simpan data apa2 banyak.. pendrive ada 4ketul, hard disk 320GB seketul, HDD laptop 500GB.. pendrive tu 2GB 2ketul, 4GB 2ketul.. tapi seketul 4GB ni rusak binasa akibat perbuatan doktor saya.. dia tertendang pendrive saya.. sadis betul.. nasib baik dia ganti balik.. tapi data2 dalam tu?? T__T
berbalik kisah pc fair, kali kedua ketiga still di tahun undergrade pi pc fair dah terer sikit.. pi beli MP4.. ceceh.. tak mau lah MP3 kan.. MP4 terus.. beli yang 2GB kot, puas hati dah la konon tu.. pakai la setahun camtu kot, rusak binasa..
sekarang ni dengar pc fair macam dah neutral.. tak rasa apa2.. macam.. "apa? pc fair? ok......"
maybe sebab i dah takda apa nak beli.. macam ni lah kalau insan yang tak pandai bab2 komputer ni.. ada yang penting2 cukup lah.. tapi kalau accessories, serius murah.. u can buy accessories for half price than normal shops would charge u.. ok la tu kan?
so, i nak war war kan pada 30 dis2010 sehingga 1 jan 2011 ni ada pc fair kat USM penang. (bukan nak ajak pi perang nih.. ) haishh..
'exact location pelis?'
ok2.. kat dewan utama pelajar USM, Penang.. mai jangan tak mai..
gigih snap on the way ke lab beberapa hari lalu..
bye!
No comments:
Post a Comment