Thursday, December 30, 2010

kami tertipah

assalamualaikum..


orang luar penang mungkin tak tahu kot pasal bekalan air sini terputus. sesetengah kawasan tu dah 3hari kot tak ada air..(macam kat lab saya ni) tapi bagi rumah2 dan bangunan2 yang ada tangki simpanan air besaq, alhamdulillah la, tak terjejas..

nasib baik rumah kami tak terjejas langsung pun, alhamdullilah.. ^__^

dikhabarkan penang start tak ada air 28hb 7pagi. so malam 27hb tu bertungkus lumus la kami tadah air. habis semua baldi yang ada dalam rumah jadi korban. container simpan makanan pun kami kebas. penuh dah dalam toilet tu dengan air tadahan. nak mandi pun space ala kadar sajok.. nak buat macam mana kan, bekalan esoknya. dah kata start air takda pukul 7pagi, so ramai la yang bangun subuh2 lagi dah mandi. termasuklah housemate2 ku. daku? di alam mimpi.. bangun2 dah pukul 7.45pagi. (jangan tanya sebab apa tak bangun subuh2) heh

bangun2 tu dah 7.45. dah cuak dah, sebab dah lewat. nasub baik terjaga sebab nak shee shee. masuk toilet jek terus buka paip sinki. "eh, ada je air" desus hati kecilku.. *ewah!

tapi disebabkan hari tu lab bakal tak ada air, lalu daku pun zapp! sambung tidur.. isk3.. sila jangan contohi daku..


sampai hari ni, memang air kat rumah kami mengalir laju.. tak ada masalah pun. alhamdulillah... maybe apartment kami ni tangki air dia super besaq kot. fuh,lega...



kami tak tertipah sebenarnya, memang betul tak ada air kawasan ni, tapi tangki air besaq, syukur....

air yang kami tadah tu kami guna la sikit buat basuh kaki ka, apa2 yang patut.. takkan nak tuang balik buang camtu jek kan.. membazir oih! amalan syaitonirojim.. kennot2..






bye!

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails