Monday, January 31, 2011

Wanita kahwin lewat risiko dapat anak cacat

assalamualaikum..




renung-renungkan dan selamat beramal..



ALOR SETAR – Trend wanita berkahwin lewat pada masa ini didakwa meningkatkan risiko kelahiran anak yang cacat atau sindrom Down.

Penaung Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kebanyakan wanita kini sibuk menguruskan kerjaya sehingga semakin ramai mengambil keputusan berkahwin lewat.

“Kita kagum dengan kejayaan mereka tetapi kita juga risau kesan sampingan jika mereka kahwin pada usia lewat 30-an dan ke atas kerana risiko anak yang dilahirkan tidak normal adalah tinggi,” katanya.




T__T


















bye!

Sunday, January 30, 2011

kek coklat kukus

assalamualaikum..


td terjaga dari tidur sebab si dia call sebab tengah tunggu mak dia keluar ofis (ambil mak dia balik keja).. dia memang, time i tidur ja nak call, nak call je, i tidur.. haihh.. pastu mula lah, dah sedap2 ganggu i tidur "oh, sorry2 pi sambung tidur balik" memang tak la kan nak letak phone.. kena cakap jugak sebab i kalau terjaga terkejut macam tu terus tak boleh sambung tidur dah. memang dasar tidur tak boleh diganggu.. hehe.. so, dah tamatkan sesi pembualan bangun tidur dengan terdengar mak dia sampai dan greet dia "assalamualaikum, sayang!" huihh, nasib mak dia.. kalau dia kata tolong ambil kawan tadi, mau aku cantas rumput belakang rumah.. (nak cantas kepala tak berani) hehe..



so, cut the crap.. nak cerita ni sebenarnya. even tengah cakap tadi tetiba i rasa lapar benar.. benar kejadian, bukan cobaan! laparrrrr! mulalah teringat fast food yang menggemukkan lantas merosakkan kesihatan seperti mcd dan kfc kat bawah ni.. padahal tengahari tadi dah makan nasi lauk ikan keli bakar dan sayur kacang berharga RM6. haruslah kenyang kalau makan banyak camtu. tapi tak, lapar lagik. dasar perut basar. tak boleh nak kata apa dah.. lantas teringat jugak kek coklat kukus.. terus google untuk santapan mata...

kek coklat kukus:



Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair
200 ml minyak mazola
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan sehingga mendideh dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam.
6. Bila telah mask buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.


Cream Coklat

Bahan
300 gm coklat masakan [potong kecil]
50 gm fresh cream

Cara.
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.



ah, drooling!!!



untuk maklumat lanjut sila layari sini






bye!

orang kata kalau taknak gemuk jangan tidur lewat

assalamualaikum..


betul ke orang kata kalau taknak gemuk, jangan lah kamu tidur lewat. bahawasanya, membawa keburukan. kenapa ya?? any logic reason?


so, malam ni i tidur lewat dari selalu. ni pun mata dah pedih. sejak dah rasa diri ni tua, kehendak untuk tidur awal membuak2. (tapi tidur awal semestinya tidak menjajikan kurus)



jadi, kengkonon gigih buat kerja berfaedah tadi, lantas perut pun berasa lapar. adui! mungkin nilah padahnya tidur lewat. kalau tidur lewat nanti asyik nak makan jek sebab lapar.... lantas buka website mcD. nak turun beli mcD malas ah. jangan dilayan napsu lapar ni. sampai bila nak layan dia kan. sudah2 la.. tapi takpe, sesiapa yang tak tidur lagi jum drooling bersama2 saya. mungkin anda tak lapar atau tak tercabar oleh mcD, tapi saya nak tunjuk jugak! nah.........









ok lah,









bye!

Saturday, January 29, 2011

crop circle di indonesia

assalamualaikum..


korang tahu tak crop circle? ala, macam cerita Signs directed by m.night shyamalan tu.. orang cakap kononnya crop circle tu dibuat oleh alien. yela, kalau difikirkan pun susah jugak manusia nak buat. tapi tak tahulah kebenarannya. terpulang kepada kepercayaan masing2. nih macam ni:






dan bawah ni yang jadi di indonesia 22jan 2011. baru lagi lah.. kat sawah padi pulak tu.. huhu








ada konspirasi apa2 kah.. jeng3.. ntah.. i have no comment.. hek!














bye!

nak perut kempis macam model??

assalamualaikum..


siapakah yang tidak pernah mengalami masalah perut buncit langsung seumur hidupnya? huaaaa.. bertuahnyeee..



i punya perut lelemak sedang menternakkan diri mereka sendiri. dan of coz la dengan bantuan i sendirik jugak.. tapii.. tapi, nasiblah tidak terlalu buncit. masih dapat diselamatkan lagi nih. tapi kalau tak sedar diri jugak, alamatnya terus hidup dengan kebuncitan ini seumur hidup..


i penah aktif sit up dedulu.. time akhir2 undergrad.. fuh, flat jek rasa perut nih.. tapi sejak duk rumah sewa dan napsu makan membuak2, harusla ia transform ke suatu bentuk yang lebih comel. khen? comel tu comel la jugak, tapi hazabbb!


sekarang ni nak sit up? malas benau! tak tahu lah apa masalahnya. maybe katil sekarang tak kondusif kot. nak salahkan faktor luar jugak khen.. harus la taknak salahkan faktor dalaman aka malas.


so, i google2 ada la yang cakap makan pil halia mustajab tu. ok ke? ok tak?? siapa da pengalaman? membahayakan kesihatan tak for long term? i taknak short term nampak berkesan, tapi nanti long term merosak binasakan badan. nah, dalam hati penuh toksin dek makan ubat yang salah. serius nak try nih.. jum tengok info pasal pil halia ni.





Dunia Herbs Kapsul Pati Halia Nightriem 400mg 
KHASIAT & KEGUNAAN :
Mengandungi 100 kapsul. Digunakan secara tradisional untuk membuang angin, melegakan sembelit yang ringan, dan untuk mengurangkan berat badan.

CARA PENGGUNAAN :

Makan 4 – 6 kapsul, sebelum tidur malam.

Setiap biji kapsul (400mg) Nightriem mengandungi :

Folium Cassia Angustifolia          100mg
Folium Cassia Alata                     100mg
Rhizoma Zingiber Officinate       100mg
Semen Foeniculum Vulgare         100mg

Diluluskan oleh :
Kementerian Kesihatan Malaysia
MAL No : MAL07081562TC


so, ok ke tak ek..






bye..

Friday, January 28, 2011

127 hours

assalamualaikum..


siapa dah tengok movie 127 hours?? dah tengok? belum tengok? 127 hours ni true story tau..



ni sinopsis:

Outdoor adventurist Aron Ralston believes he's invincible and can do it all alone while on his outdoor adventures. He considers the great outdoors his second home. On Saturday, April 26, 2003, Aron has gone for an adventure trek alone through the generally secluded Blue John Canyon, and like he has done on many of his other treks, he has not told anyone where he is going. But on this day, he and a small boulder fall down a crevice, he landing near the bottom of the crevice virtually unharmed, but with his right hand wedged between the boulder and the crevice wall. He has access to his gear and his small supply of rations as he tries to move the boulder or chip away at it so that he can get his wedged hand free. As either task seems impossible, he hopes for someone to rescue him. Those most likely candidates are Kristi and Megan, two women he met earlier that day who are the only two who know that he is in the canyon, or his boss Brion, who may list him as missing if he doesn't show up for his scheduled work time on Tuesday (three days away). As time goes on and he deals not only with the boulder and lack of rations but also with the extreme weather conditions, he begins to think about his mortality, his mind often going toward his loving but somewhat distant relationship with his family, or his last broken love with a woman named Rana. As he films himself (as a goodbye message to his family) often with his mind wandering, he, during his more lucid moments, also thinks about the possibility of trying to sever his arm as he will lose it anyway if he survives this ordeal. Written by Huggo

malas nak baca? meh nak pendekkan..


macam ni, aron ni seorang pendaki tegar. satu hari tu dia pegi mendaki sorang2 dekat blue john canyon, utah. dia tak bagitau siapa2 pun pasal ni, sebab dia memang pun selalu tak inform kat anybody. pendekkan cerita, tetiba dia jatuh dalam celah2 canyon tu, and the worst is pergelanagn tangan dia tersepit dihempap batu yang jatuh bersama2 dia tadi. duk lah dia lebih kurang 5 hari kat situ. macam mana dia nak survive?? so, sila lah tonton. serius best nih..tambah2 ending.. wuwuuu..





so, siapa2 yang belum tengok, you should watch this movie. kenapa kena tengok? sebab movie ni mengajar kita supaya

1. jangan riak
2. jangan pentingkan diri sendiri
3. kena ada skil mempertahan diri sendiri di waktu genting (bukan genting highland!haip!)
4. kena tahu nak buat apa di masa2 kecemasan
5. kena ada pengetahuan am banyak sikit (hey, banyak ke sikit?)
7. kena pandai motivate diri sendiri
8. ingatlah orang yang tersayang ^_^
9. hargailah masa anda
10. YANG PENTING: JANGAN MUDAH PUTUS ASA!


i baca facts about this movie, dapat standing ovations waktu tayangan festival filem antarabangsa nun di sana. pastu ada pulak audience yang tengah tengok tayangan tu pengsan sebab waktu scene dia potong tangan tu macam real.. huhuk.. i tengok kat laptop pun naik loya, kalau tengok kat cinema lagi la, ntah i pun join pengsan sekali.. huhuu.. then, james franco yang main watak aron ralston ni memang berkesan betul lakonan dia. menjiwai watak betul2. memang patut pun dia dapat berbakul2 pujian atas lakonan dia tu.


so, apa lagi.. sila lah tengok ye..!!

Thursday, January 27, 2011

DIY: buat baju baru! (melaghaa)

assalamualaikum..

sekarang ni aku memang suka benda2 lagha nih.. actually takde la lagha sangat, tapi agak lagha la jugak kalau nak bandingkan dengan apa yang sepatutnya aku buat. aku sepatutnya:

1) start writing thesis sikit2
2) work hard on this called 'final touch' - ngada panggil final touch
3) kumpul research data betul2 dan interpret betul2
4) concentrate on my research/studies!! (err, yang ni patut number 1 KOT)


tapi apa yang aku buat?

1) tonton free online movie (sapa nak link bagitau)
2) membaca buku cerita (eh, bukan kah membaca tu amalan mulia? hmmm...)
3) mengabaikan labwork aka selalu ponteng pergi lab
4) tidur dengan banyaknya
5) berjinak2 dengan aktiviti menjahit
6) mengelamun
7) berangan
8) online lah! apa lagi....


Ya Allah! banyaknya lagha banding ngan apa yang sepatutnya aku buat.. haishhhhh!

tapi ni nak tunjuk something ni.. interesting. for me lah kan.. kalau u tak rasa interesting, up to u la.. mak tak kesah.. (laghaaa)


meh tengok video ni. macam mana nak ubahsuai baju lama jadi brand new dress! aku nak buat, yay!






jum... and,







bye!

konsert micahel buble... oh abang buble...

assalamualaikum...


tahu tak? tauhu tak? tauhu sedap tak?



macam ni, semalam kawan aku ada post kat facebook, ajak kawan2 pergi konsert michael buble. dia takda geng. aku pun teruja la, macam nak pergi jugak. tanya la bila. dia cakap mac ni, kena cepat2 book tiket nanti takut habis. aku pun mintak link.






aku suka sangat dia nih. dia funny. tambah2 video klip haven't met you yet tu, best! aku tengok aku senyum sorang2 sepanjang video tu. pastu aku ada tengok 1 video kat youtube konsert dia kat mana ntah. nyanyi lagu this love- maroon 5, funny la. entertaining betoi. dengan suara dia tu, kalau ada orkestra memang umph lah! so aku pun klik la kat button ticket...paparan ini pun keluar depan bijik mata aku...




harap anda tak rabun malam.. boleh tengok figure di atas dengan jelas.. see? crazy love RM 1098?? what? nasib baik aku tak berapa nak crazy. pastu tengok paling murah adalah di bahagian 'C'. dengan harga RM250. what? ntah2 nanti aku nampak abang buble besaq kacang hijau ja. dah la aku dari penang. nanti for sure aku kena bermalam kt KL. pi mai pi mai, at least RM500. err.. terus tak jadi.. takpa la, aku tengok jela konsert2 dia kat youtube. free sajok. siap boleh nampak abang buble besar2 alam. hek..


tapi for those yang duk area KL, nak pergi tengok konsert abang buble yang charm ni.. silakan.. blow me a kiss.. err.. (aku ingat dia gay, tapi rupanya lurus. siap ada bini yang HOT!) hehehe..









bye!

pernah baca novel sumbang mahram?

assalamualaikum..


previously.. ceh, konon macam tengok drama pulak kan.. sebelum ni kan aku membebel pasal novel. ni nak cerita novel yang aku cari2 selama ni dah jumpa. aku gembira bukan kepalang lah kan. dah la beli sebijik tu harga RM 2.50 jek. haishh.. tapi aku tengok2 memang buku ni dah lama la published. tahun 80-an you! tetiba aku rasa oldies gila baca buku ni. tapi of coz la buku yang aku beli tu bukan yang published tahun 80-an, baru lagi kot elok jek kondisi dia. lagi satu tu SEEDS OF YESTERDAY, siap berbalut plastik lagi.


actually aku nak cerita sikit ni.. tau tak, duk baca2 tu kan, tetiba aku rasa macam baca buku sumbang mahram..huhuhuuu.. sebab apa?


sebab.. ok, macam ni, pencerita ni ialah cathy. kiranya dia macam flash back la. cathy ada parents nama corrine (mak) dan christopher (bapa), abang nama christopher jugak dan adik kembar sorang laki nama corrie dan perempuan nama carrie.




mak dia ni dulu anak orang kaya. memang kaya gila. tapi kena buang keluarga dan disinherit dari wasiat sebab kahwin dengan half-uncle nya sendiri iaitu christopher si ayah cathy ni. haip! jangan tidur lagi, bukan nak cerita panjang pun.. sikit lagi ni.. ok, lepas tu ayah cathy mati accident, mak dia bawak diorang adik beradik balik rumah grandparents cathy yang kaya raya ni. tapi sebab corrine nak ambil hati ayah dia balik sebab nak harta, anak2 dia kena kurung dulu kat dalam attic rumah besar parentsnya ituh.


bermula la ceritanya.. mula2 mak diorang janji 1 malam jek, pastu 1 minggu jek, pastu 1 bulan jek, lama2 terus terkurung sampai 3 tahun lebih. sampai adik lelaki dia corrie mati. (mak dia sendiri yang racun) ok, sebab mereka 4 beradik ni terkurung jek, jadilah sumbang mahram antara si cathy dengan abangnya chris. mau taknya, diorang dah la meningkat remaja, nafsu bergelora katanya. si cathy nampak chris saja, chris pun nampak cathy saja. dahla duduk, tidur makan mandi tempat yang sama.. mau tak kan?



sepanjang baca tu penuh la jugak aksi2 sumbang mahram. haih... aku cerita kat si dia, si dia cakap dia dulu time belajar literature memang duk menadah la cerita bab2 sumbang mahram ni. dia kata author zaman dedulu memang cenggitu. fuh nasib baik aku tak ambik tesl. kalau tak, mau aku menadah macam tu, siap nak interpret bagai.. haiyo! mati sel2 otak aku nanti.. T___T



walaupun cerita sumbang mahram, aku nerjaya mengkhatam dengan jayanya tanpa skip walau sehuruf. dan aku rasa memang worth it la aku beli. (dah RM 2.50 mau tak berbaloi?) agagaga...


so lepas habis flowers in the attic, aku terus eager nak baca seeds of yesterday. sequel la. tapi aku kaciwa sebab rupanya aku miss 2 buku. seeds of yesterday ni sequel ke-4 dah. cit! tapi aku baca jugak. sebab memang interesting jugak. aku rasa macam bangga dengan diri sendiri jap sebab rasa macam dah jadi manusia normal. sebab dah start minat baca novel. hehe..




tapi sumbang mahram itu tetap tidak berakhir. waktu ni cathy dan chris dah kawin dah tua siap ada anak. yang sulung nama jory umur 29 dan dah kawin dengan perempuan nama melody. tapi jory tu anak cathy dengan laki lain. 1st husband dia. anak 2nd cathy hasil dari hubungan sulit dengan ayah tiri dia sendiri. fuh! gila lah cathy ni. last sekali bila dua2 husband dia mati dia kawin ngan abang dia sendiri. memang cinta gila. gamak betui! baru beberapa page aku baca yang ni. quite interesting. thrill jugak kengkonon.








ok, selingan jap...

tapi semalam aku masuk popular aku tengok bestseller of the month. number 1 TO KILL A MOCKINGBIRD- harper lee (serius menarik!) dan number 2 THE LOST SYMBOL- Dan Brown (tempting!). auw!!!!! aku nak dua2.. tapi tengok poket kempis saja. so sekarang ni tengah merenung masa depan buat undian. sama ada TO KILL A MOCKINGBIRD or THE LOST SYMBOL.. serius aku teruja rasa macam manusia normal. hek!












bye!

Wednesday, January 26, 2011

benda rare terjadi

assalamualaikum..


aku ni bukan kaki novel sebab aku memang kaki bangku. hmm, tak relate langsung kan. tak pe, nak cerita kat sini sejak dua tiga empat menjak ni aku jadi kaki novel pulak. selalu aku memang tak layan novel. serius tak lalu nak baca novel. tambah2 kisah cinta. malas la, balik2 laki hensem, perempuan cantik, pastu kaya, pastu berebut kat seorang lelaki atau perempuan, pastu dah kawin  nanti dapat anak comel bla bla bla.. too good to be true lah. tapi memang la tak mustahil kan. tapi predictable sangat aku tak suka. aku try nak cari buku/novel yang aku betul2 suka. aku asyik teringat satu ni yang disuggestkan oleh teacher english aku waktu form5 zaman dedulu.. tajuknya FLOWERS IN THE ATTIC. aku memang tak pernah lupa tajuk tu sampai sekarang. aku pernah jugak cari kat toko toko buku, tapi tak jumpa. aku tanya kat borders, kena order katanya..


sejak dulu aku tak pernah pun baca 1 novel betul2 habis complete tanpa skip even 1 page. selalunya aku skip terus the rest after baca suku atau half novel tu dalam erti kata lain, aku dump novel tu.. hehe..


tapi.. waktu aku kat matrik a few years back, aku rasa dalam 2003/2004 aku tak sure (peh! tua nya aku!), aku tertarik nak baca 1 novel ni. novel ni kawan aku punya. aku mana la pernah beli sebijik novel pun tak pernah. tajuk dia A WALK TO REMEMBER. i bet most of us tau kan novel/movie ni. apa yang buat aku tertatik? sebab cover depan dia mandy moore! aku dah la minat sangat kat cik mandy nih. so aku pun pinjam la dari kawan aku. aku start baca dengan emosi membayangkan watak2 tu adalah betul2 mandy moore dan shane west. dah la shane west tu somel. erm..




sampai meleleh2 aku baca weh..

haip! bukan meleleh macam gambar 1 atau gambar 2, sebaliknya gambar 3 ya! ok ok, aku ngaku, ada la jugak sikit2 benda asing kat hidung tu akibat banyak sangat mengalir air mata kan.. erk..


so, a walk to remember adalah 1st novel yang aku baca sepenuh hati dan aku tak skip walau 1 huruf pun. lepas tu kebetulan ada pulak tayangan movie ni kat matrik, of coz la aku teruja. huhu.. so, lepas tu aku ada jugak nak try baca novel lain,hmm tak lalu jugak. tapi tahun lepas aku rasa la kan, aku berjaya jugak baca novel lagi. 2 novels in a row tau.. kalau tak salah from cecelia ahern, PS I LOVE YOU




dan WHERE RAINBOWS END. tapi tula tak berapa ingat sangat, tak lekat sangat la dalam otak. cerita dia ok la, santai..




nak dijadikan cerita, last week time thaipusam tu aku ngan housemate pergi rope walk. orang penang tau kot. situ kalau nak cari barang rare memang tempatnya lah. dan hari tu aku jumpa 2 benda rare. 1 novel yang aku cari selama ni. 1 lagi sambutan thaipusam! amacam, RARE tak?? bayangkan la aku tak pernah kot tengok depan mata orang sambut thaipusam.. hehe..


buku yang aku cari selama ni FLOWERS IN THE ATTIC dah ketemu. actually mula2 aku cari flowers in the attic ni tak jumpa, aku rembat jek apa yang aku rasa best, aku jumpa SEEDS OF YESTERDAY, pastu tengok2 author yang sama flowers in the attic, so aku pun apa lagu cari godek2 sampai eventually aku jumpa!! nak tau harga aku dapat beli kat rope walk? 2 bijik buku tu dengan harga RM5. elok jek condition buku2 tu. dasar cheapskate! haha..


oh, next aku cerita pasal buku tu pulak.. something hmm.. nanti aku cerita.. for now,








bye!

Wednesday, January 19, 2011

busy. bz. bizi

nothing much to say.. hari ni sangat busy.. ya, BUSY.



busy tengok online movie.. ^______^


Tuesday, January 18, 2011

my favorite song..or can i say songs?

assalamualaikum..


nak cerita pasal lagu feveret memang susah. kecut otak aku nak fikir. sebab? sebab banyak nau lagu yang aku suka. tapi yang penting aku tak berapa nak 'in' dengan lagu slow. tambah2 lagu melayu. sorry, bukan nak lekehkan, sebab aku rasa bila aku faham sangat rasa macam "alahai, jiwang sangat pulak aku neh,naik geleman tekak".tapi bila dengar lagu english, jiwang ka apa ka tak perahsan sangat kan. hek eleh *kan. tapi ada jugak lah aku dengar lagu melayu. jangan lah marah pulak.. sedih.


serius sekarang aku SANGAT jarang dengar radio. aku dengar saja lagu yang aku download. sebab? sebab mp3 player aku rusak binasa. taktau la kenapa tetiba dia nak rusak. dah la mp3 tu aku cilok kak aku punya. heheh. dia dah kawin, ada anak suami mana dan nak dengar mp3 bagai kan. *padahal aku cilok time dia belum dapat anak, walau dah kawin tapi duk berjauhan dari suami. jauh oih, dia sabah, suami dia melaka. logik lagi la kan dia nak dengar mp3, tapi aku kata nak pinjam jap. pinjam KEJAP la sangat kan.. siap rusak binasa aku wat taktau jek.. hihihiii..




so, sekarang ni kalau aku nak tau lagu terbaru aku just buka carta kat hitz fm. aku dengar satu2 lagu yang aku rasa macam tak pernah tengok tajuk tu. kalau aku suka, aku download. takpun kalau aku pi mall ke seperti JUSCO yang suka pasang lagu tu, aku akan tangkap beberapa bait ayat lagu yang aku tertarik, aku balik cari. mesti jumpa punya lah. 


sebab apa aku bagi contoh JUSCO? sebab aku pernah kerja part time situ 2bulan. serius, sampai boleh hafal lagu krismas tanpa rela. maklumla time tu nak krismas. tapi sekarang aku dah berhenti. nasib baik...kalau tak, jenuh la aku terhafal lagu gong xi fa chai tanpa rela.. penah ni, kalau 8 jam aku keja dalam JUSCO tu, otak aku dah tepu ngan lagu krismas, siap masuk sembahyang lagi tau. duk sembahyang otak ligat menyanyi "santa baby..oh santa baby.." tak sanggup aku! huh



nak dijadikan cerita, sekarang ni aku takda la favorite song. tapi favorite songs ada. nak list banyak sangat. aku listkan sikit lah ek..current songs yang aku selalu dengar


1. i need you - travie mccoy (tengah dengar ni)
2. if i had you - adam lambert
3. monday morning - melanie fiona
4. happy ending - mika
5. i miss everything - marc collis
6. dream catch me - newton faulkner
7. haven't met you yet - michael buble
8. hey soul sister - train



ah..banyak sangat la nak list.. banyak lagi ni..aku tak ikut turutan tarikh atau tahun pengeluaran lagu. aku ikut dan sajok.




aku suka jugak lagu2 yang macam bising2 seperti breaking benjamin, atau lagu jiwang firehouse (oldies weh), atau lagu country keith urban, atau lagu budak justin bibir, atau lagu boyband dedulu, atau lagu spesis akon dan seangkatan. atau lagu yang subliminal. ada satu hari tu aku dengan kawan dalam kereta. dengar hitz fm. pastu tetiba aku teruja.


aku: "aku suka lagu ni!!"
kawan: "hang memang suka lagu lucah2 ni"


hey, aku tak menghayati pun lirik tau. aku dengar ja, aku nyanyi2 ja. dan kalau lirik tu subliminal ke, ataupun aku yang memang tak paham, aku tak tau lah kan. aku berfikiran positif terhadap lirik2 lagu tau. hmmm...


in a  nutshell, lagu kegemaran aku ialah lagu yang aku suka dengar. aku tak kisah pun lagu tu tengah top ke tak sekarang, kalau aku suka, aku suka. (semua orang pun lagu feveret adalah lagu yang mereka suka dengar kan) ish.. aku dah pening.



























bye!

happy is a friend

assalamualaikum..


saya suka kawan2 yang happening.. happening bukan loud okay. loud sangat saya tak gemar..










kawan2..nanti kita picnic lagi kay?



err, tak nampak macam picnic pun... T__T jap jap..



















picnic kecil kecilan la tapi.. best jugak!






















bye!

30 things in 30 days challenge

assalamualaikum...


aku ambil benda alah ni kat blog cik epal gonjeng. taktau la pulak dia sendiri yang wat list ni or dia ambil kat orang lain. tapi aku dah komen kata nak buat jugak. harap2 dia tak la lahar aku kan. tapi tula, masalahnya aku taktau nak start bila. ada hadiah tak weh?? haloba kan nak hadiah bagai..

ok,ni la list itu..kalau suka boleh buat jugak..




















bye!

BARBIE. ini betul2, bukan cobaan.

assalamualaikum..


bawah ni aku cerita pasal kisah aku dan patung berambut plastik keghaih kedekiang dan barbie tak jadi aku. ni aku nak gebang yang aku dah jumpa barbie yang diidamkan. bukan lagi patung! it is real. or to be precise, SHE IS REAL!


orang penang atau sekitar maybe pun jumpa jugak. aku memang perahsan macam aku sorang ja yang jumpa dia. ada aku kisah? kisah jugak la sikit..


actually dah lama nampak poster tu semua. siap ada stage yang superb. tapi tak berkesempatan nak tengok. at 1st aku ingat barbie ni pakai costume ke apa kan. tiba2 satu hari yang hening, kawan aku kata hari tu dia tengok barbie. real punya. orang! aku macam. "biar betik!!aku nak tengok jugak!!"


as days go by, aku yang perahsan sibuk ni sampai ke sudah tak tengok2. nak dijadikan cerita, hari last tu memang tak plan pun, kami ramai2 pergi picnic kat queensbay, then rasa macam dah tengahari terik kan tak sesuai benor picnic tengah panas so, lepas selesai sesi photogedik, kami pun masuk queensbay. tengok2 ada barbie live show pukul 1pm. waktu tu dah 12.35. apa lagi, tunngu jelah kan. sebab kawan aku kata barbie nie comel oh.


punya eksaited, duduk bersila dengan kanak2 riang kat depan. DEPAN sangat kot. kalah budak aku rasa. ah, lantak lah kan. so, kami pun gembira hari tu sebab terjumpa barbie. comel! akulah yang paling eksaited. kamera aku yang pegang. tapi memang, Ken tak hensem. (ish tak baik tau, cili mulut tu kang!!)



so, jum tengok barbie!


kawan2

barbie..yay!!

duk calling2 Ken

Ken.. tak baik tau kata dia tak encem.. cili nak??

comel nau pakai jaket kuning..

kawan nya..comel gak yang nih

jahat..tapi tak berapa nak jahat la..standard jahat kanak2..


macam menang miss universe.. ^_^







mak...tak payah la mak beli cek barbie dah.. cek dah jumpa barbie. dia senyum kat cek. macam ni------->  ^________________^













bye!

Monday, January 17, 2011

saya dah jumpa barbie. sekian.

assalamualaikum..


dulu kecik2 terliur jek tengok patung barbie dalam kotak. dalam hati bergelora nak mempunyai seorang patung barbie.. err, betul ka aku guna penjodoh bilangan seorang? ah..lantak lah..





tapi..tapi..


tapi..mak aku belikan aku patung bukan barbie.. nak sedih lagi? patung yang kepala berambut plastik. keghaih kedekiang org kedah kata. macam mana aku nak sikat rambut patung tu? kalau kata budak perempuan main patung macam tu, sah2 la dia akan treat patung tu macam anak dia ka, kawan ka, adik ka.. mesti nak tukarkan baju, paling penting, nak sikat2 rambut patung tu. kalau mak aku beli patung takdak rambut, macam mana aku nak treat patung tu macam anak aku? dahla tangan kaki kepala semua senang nau tercabot. dang!



macam ni la lebih kurang. tapi yang ni scary gila kot. aku punya comel SIKIT. tapi tang mata tu ada la iras2 siap vulu mata panjang tau....duk kedip2.. bila baring tutup, bila berdiri kelopak mata dia buka.




budak2 imaginasi dia agak kuat actually.. ehem2, imaginasi ye, bukan fantasi.. kawan laki aku kata fantasi tu lain..takmau cerita bab tu. yang tu bab duapuluhsembilan mata pelajaran ilmu am.



dulu kecik2 kami selalu naik bus dekat stesen bus. (takkan stesen keretapi ye dak??) so kat situ banyak la juai mendalah laghaa yang membuat hati kecil anak kecik yang comel macam aku ni bergelora. banyak oih jual anak patung. comel2, ada baju, kasut pun ada, dan paling penting.....ADA HELAIAN RAMBUT. bukan rambut plastik keghaih kedekiang tu.



puas aku merengek secara comel kat mak aku suruh dia belikan aku anak patung ada helaian rambut tu. aku tak kisah la kalau pada luarannya nampak macam patung tu mempunyai rambut yang sihat padahal botak di tengah. aku tak kisah. yang penting ada rambut untuk aku sikat.



mungkin dah lama2 tu mak aku pun kesian kat aku, maka dia pun beli. dia belikan anak patung yang bergantungan kat kedai kat stesen bus. aku tak kisah pun anak patung tu bukan barbie yang hot itu, bukan yang ada dalam kotak. yang penting ada rambut.



happy gila bukan kepalang. balik main sikat2 rambut baby baru aku. main tukar2 baju, kasut.. lepas tu dah rasa ada tanggungjawab baru nak jaga anak. dah jadi mak konon kan. hmm.



tapi, bila dah besar ni gelora aku nak mempunyai barbie masih ada. cuma aku tahan jek sebab rasa macam "biar betik aku nak beli barbie kat diri sendiri?" tapi betul la, comel siot! tambah2 barbie sekarang lagi best. ada scooter, ada bilik siap, ada hair styling eq, ada boyfriend lagi tau..tapi Ken tak hensem lah.



then, aku sedar so, aku dah takmau dah beli sebab aku dah jumpa barbie.. yes jumpa for REAL!



ok la, nanti aku cerita lagi.. tetiba rasa macam panjang sangat. dulu cikgu suruh buat karangan punya la kecut otak nak sampai panjang ni.. so,






bye!

memang begitu-edisi monolog

assalamualaikum..


edisi monolog.aku ni memang selalu hangat2 sup ayam. bila nak berubah? tak banyak pun sikit la.. dari pada biar sup ayam yang hangat tu sejuk lantas basi berlendir, baik makan kan? sedap jugak tekak merasa. ni tak, sokmo biar sejuk lantas basi berlendir.

oh, blog ni memang tahap belog sejuk dingin beku. sangat la tak reti nak meluah perahsaan kat sini sebab kalau orang kenal tahu isi hati kecil tulus mulus ni sangat adalah malu. nak update cerita terbaru best kaw2 lagi la jangan harap. takda cerita menarik pun berlangsung atau telah berlangsung atau akan berlangsung. semua nya tahap menguap bapak singa kalau nak baca nanti.


nak tempek gambar sendiri (i mean edisi gambar muka penuh 1page) adalah saploh kali 10juta ganda kesalahan terhadap diri sendiri. boleh jugak la nak klasifikasikan penderaan mental terhadap diri sendiri. silalah tutup mata sendiri. kau ingat kau fatin liyana? hanis zalikha? berdoyong2 tiba bak kata juliana banos.


anyway.. i enjoyed every moments with u guys. *tetiba.
my suram days were delighted. how i wish the clock stop ticking and only us enjoying every bits of worlds' excitements.



oh, monolog dia memang tak ikut shif. suka hati keluar. hmm, hari nak masak apa untuk buka puasa ek? ada la dalam sejam lagi nih. ayoo! masak simple2 sudah la. dari semalam i thought about terung masak sambal. lagi tambah sikit lauk orang bujang seperti telur dadar, sayur campur. woha! bak kata encik hamka kereta mayat. tapi dia woha! kat blog dia lah. aku woha! kat menu dalam kepala otak aku. kalau tengah lapar air suam pun sodap.


ni serius memang monolog aku. aku tak fikir pun terus taip. sebab tu memang sampah dan huru hara macam hidup aku sekarang. er, time untuk masak menjadi lagi 30min!! hurry up. aku tak solat lagi!!


bye! *hurry mode

Tuesday, January 4, 2011

tips untuk menceria dan diceria

assalamualaikum..

kamu-kamu.. adakah kamu seorang yang ceria lagi menceriakan? banyak benefit menjadi seorang yang ceria nih. walaupun sebenarnya dalam hati tak seceria mana pun, tapi kalau luaran ceria, secara tak langsung orang yang tengok pun happy jek. frankly, saya bukanlah orang yang ceria. moodynya selalu sajok. ngeh3.. but i always adore those yang happy setiap masa. isk, mana ada orang yang happy setiap masa kan. i mean yang tak ada la moody muka masam macam cuka atau limau purut kan. sikit2 takpa lah, ni 48jam 8 hari seminggu. macam mana tu? er, adakah daku tergolong dalam golongan limau purut itu?? tidakku tahu.. T__T


kalau ceria, hati pun tenang je. kalau dalaman kita sedih tapi kita usaha jugak nak ceriakan diri insya"Allah everything will be ok eventually. (of coz kena ada usaha) saya mahu ceria..i need ceria!! sebab rasa macam gloomy saja,dan ia tidak bagus untuk otak saya. erghhh..


lagipun kalau ceria, penyakit pun kurang la nak menghampiri kan. stress kurang. kalau asik mencuka jek nanti dalaman pun stress,end up darah tinggi atau penyakit2 mental yang lain.. ewwwww! tatottt! (*gedik kan tatottt2 neh.. takut sudah!)


so, jum kita tengok tips untuk menceria dan diceria. (bukan mencerna ye adik2! yang tu kita suruh cikgu biologi cerita)



7 tips untuk ceria.

1. katakan pada diri-’aku ceria’ berkali-kali. masuk dalam bilik air dengan doa dan kaki kiri kemudian cakap kuat pada diri tatkala sedang ber’shower’- aku ceria. aku orang yang ceria. aku menceriakan orang lain. -air akan merakamkan semangat ceria itu dan menyeliputi diri sebagaimana dia membasahkan tubuh kita.


2. niatkan dalam hati ketika sedang berbaring untuk tidur-esok aku adalah orang yang ceria dan menceriakan orang lain. mengucap dan berselawat. akhirkan dengan membaca 3 kali surah al-ikhlas.(sama seperti membaca 1 al-quran)


3. maafkan diri sendiri. maafkan orang lain. doa supaya orang lain maafkan kita.


4. tarik dan hembus nafas dalam-dalam sambil masukkan rasa syukur dan buangkan rasa amarah, hasad dengki, tamak haloba dan semua sifat mazmumah. buang satu persatu dengan teknik visualisasi. contohnya, tarik nafas, masukkan rasa syukur kemudian hembus nafas, bayangkan hasad keluar dan seterusnya.


5. senyum selalu. kata pada diri, aku ceria, lahirkan pada wajah, senyum seikhlasnya. rasakan senyum itu datang dari hati. lihat perubahan pada wajah, otomatik, wajah akan bertukar jadi manis dan berseri-seri. hati serta -merta jadi tenang. masukkan terus rasa syukur. cubalah. rasakan perubahannya.


6. berbuat baik dan berkata yang baik-baik. jangan sekali-kali berfikir buruk pada orang lain apatah lagi mengeluarkan pendapat itu melalui kata-kata.(mengumpat). ingatlah. what goes around comes around.


7. sayangilah orang lain. sifat penyayang akan mengundang rasa sayang yang dilangit kepada kita., ucapkan doa terutama ketika basuhan kedua membasuh muka semasa berwudhu’- wa nur yusufa wajhi man roani yuhibbuni ( cahaya yusuf di wajahku, sesiapa yang melihatku akan mengasihiku).
ceria selalu. hidup berbakti.


senang kan?? oleh itu marilah menceria dan diceriakan!!

err,jangan salah baca pulok..menceria dan diceriakan okeh. bukan mencerai dan diceraikan! hisss!! T__T




amacam? cukup ceria tak??



ceria ceria ceria ceria ceria






tips ini dikutip dari sini.. *_*

Sunday, January 2, 2011

hey u!

assalamualaikum..


i can hardly blame 2010 for not being good to me. in fact, i have to put the blame on myself for not being good to 2010. so 2011, let's have a blast!!
 

 
 
 
bye!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails