kamu-kamu.. adakah kamu seorang yang ceria lagi menceriakan? banyak benefit menjadi seorang yang ceria nih. walaupun sebenarnya dalam hati tak seceria mana pun, tapi kalau luaran ceria, secara tak langsung orang yang tengok pun happy jek. frankly, saya bukanlah orang yang ceria. moodynya selalu sajok. ngeh3.. but i always adore those yang happy setiap masa. isk, mana ada orang yang happy setiap masa kan. i mean yang tak ada la moody muka masam macam cuka atau limau purut kan. sikit2 takpa lah, ni 48jam 8 hari seminggu. macam mana tu? er, adakah daku tergolong dalam golongan limau purut itu?? tidakku tahu.. T__T
kalau ceria, hati pun tenang je. kalau dalaman kita sedih tapi kita usaha jugak nak ceriakan diri insya"Allah everything will be ok eventually. (of coz kena ada usaha) saya mahu ceria..i need ceria!! sebab rasa macam gloomy saja,dan ia tidak bagus untuk otak saya. erghhh..
lagipun kalau ceria, penyakit pun kurang la nak menghampiri kan. stress kurang. kalau asik mencuka jek nanti dalaman pun stress,end up darah tinggi atau penyakit2 mental yang lain.. ewwwww! tatottt! (*gedik kan tatottt2 neh.. takut sudah!)
so, jum kita tengok tips untuk menceria dan diceria. (bukan mencerna ye adik2! yang tu kita suruh cikgu biologi cerita)
7 tips untuk ceria.
1. katakan pada diri-’aku ceria’ berkali-kali. masuk dalam bilik air dengan doa dan kaki kiri kemudian cakap kuat pada diri tatkala sedang ber’shower’- aku ceria. aku orang yang ceria. aku menceriakan orang lain. -air akan merakamkan semangat ceria itu dan menyeliputi diri sebagaimana dia membasahkan tubuh kita.
2. niatkan dalam hati ketika sedang berbaring untuk tidur-esok aku adalah orang yang ceria dan menceriakan orang lain. mengucap dan berselawat. akhirkan dengan membaca 3 kali surah al-ikhlas.(sama seperti membaca 1 al-quran)
3. maafkan diri sendiri. maafkan orang lain. doa supaya orang lain maafkan kita.
4. tarik dan hembus nafas dalam-dalam sambil masukkan rasa syukur dan buangkan rasa amarah, hasad dengki, tamak haloba dan semua sifat mazmumah. buang satu persatu dengan teknik visualisasi. contohnya, tarik nafas, masukkan rasa syukur kemudian hembus nafas, bayangkan hasad keluar dan seterusnya.
5. senyum selalu. kata pada diri, aku ceria, lahirkan pada wajah, senyum seikhlasnya. rasakan senyum itu datang dari hati. lihat perubahan pada wajah, otomatik, wajah akan bertukar jadi manis dan berseri-seri. hati serta -merta jadi tenang. masukkan terus rasa syukur. cubalah. rasakan perubahannya.
6. berbuat baik dan berkata yang baik-baik. jangan sekali-kali berfikir buruk pada orang lain apatah lagi mengeluarkan pendapat itu melalui kata-kata.(mengumpat). ingatlah. what goes around comes around.
7. sayangilah orang lain. sifat penyayang akan mengundang rasa sayang yang dilangit kepada kita., ucapkan doa terutama ketika basuhan kedua membasuh muka semasa berwudhu’- wa nur yusufa wajhi man roani yuhibbuni ( cahaya yusuf di wajahku, sesiapa yang melihatku akan mengasihiku).
ceria selalu. hidup berbakti.
senang kan?? oleh itu marilah menceria dan diceriakan!!
err,jangan salah baca pulok..menceria dan diceriakan okeh. bukan mencerai dan diceraikan! hisss!! T__T
amacam? cukup ceria tak?? |
ceria ceria ceria ceria ceria
tips ini dikutip dari sini.. *_*
saya terus jadi ceria sekatang ! :)
ReplyDeleteyay! jum ceria sama2.. ^_^
ReplyDeletehehe..menpsikokan dri sndri kan..hehe..
ReplyDeleteB) *ceria en gua? ehe
ReplyDeletenice blog....huhuh salam perkenalan dari
ReplyDeletehttp://azirahgee.blogspot.com/
argh..suke gile tips2 neyh
ReplyDeletethanks dear 4 sharing
^_^
arjuna: ya..kadang mengpsycokan diri sendiri adalah ubatnya.. hehe
ReplyDeletephat lee: wah..ceria benau! ^_______^
azie: salam perkenalan!
hana: welkam dear! =)