Sunday, January 30, 2011

kek coklat kukus

assalamualaikum..


td terjaga dari tidur sebab si dia call sebab tengah tunggu mak dia keluar ofis (ambil mak dia balik keja).. dia memang, time i tidur ja nak call, nak call je, i tidur.. haihh.. pastu mula lah, dah sedap2 ganggu i tidur "oh, sorry2 pi sambung tidur balik" memang tak la kan nak letak phone.. kena cakap jugak sebab i kalau terjaga terkejut macam tu terus tak boleh sambung tidur dah. memang dasar tidur tak boleh diganggu.. hehe.. so, dah tamatkan sesi pembualan bangun tidur dengan terdengar mak dia sampai dan greet dia "assalamualaikum, sayang!" huihh, nasib mak dia.. kalau dia kata tolong ambil kawan tadi, mau aku cantas rumput belakang rumah.. (nak cantas kepala tak berani) hehe..



so, cut the crap.. nak cerita ni sebenarnya. even tengah cakap tadi tetiba i rasa lapar benar.. benar kejadian, bukan cobaan! laparrrrr! mulalah teringat fast food yang menggemukkan lantas merosakkan kesihatan seperti mcd dan kfc kat bawah ni.. padahal tengahari tadi dah makan nasi lauk ikan keli bakar dan sayur kacang berharga RM6. haruslah kenyang kalau makan banyak camtu. tapi tak, lapar lagik. dasar perut basar. tak boleh nak kata apa dah.. lantas teringat jugak kek coklat kukus.. terus google untuk santapan mata...

kek coklat kukus:



Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair
200 ml minyak mazola
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan sehingga mendideh dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam.
6. Bila telah mask buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.


Cream Coklat

Bahan
300 gm coklat masakan [potong kecil]
50 gm fresh cream

Cara.
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.



ah, drooling!!!



untuk maklumat lanjut sila layari sini






bye!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails