Sunday, October 31, 2010

sup makaroni saya yang.... tet!

assalamualaikum..


malu tau.. korang musti pandai masak belaka kan? i malu tau.. walaupun si dia cakap i terer masak, dia suka makan sebab sedap, tapi still rasa tak pandai masak.. selagi tak macam mak2 kita masak tu i consider tak sedap.. heheh.. mau taknye, masak kari pun kadang2.. yela.. duk rumah bujang ni, masak untuk makan sorang2 macam jadi malas.. lain la kalau si dia ada, semangat benor nak masak time tu.. sekarang dia dah jauh, asik makan oat jek.. sebab nak makan nasi pun macam "malas" ngeh3..

semalam ter rajin sikit..sikit jek.. alah kalau banyak kan bagus..huhu.. jam dah 7.30pm.. dalam otak pikir nak makan oat jela malam ni.. pastu tetiba housemate ajak pegi tesco.. kat tesco tetiba nampak makaroni rasa macam nak buat sup makaroni.. yela, asik2 sup oat, nak jugak tukar selera kan.. beli makaroni, udang besor, carrot, bayar.. (bayar bukan sejenis bahan2 untuk memasak, ia adalah aktiviti untuk keluar dari sesuatu supermarket).. huh... http://www.emocutez.com

ni resepi yang saya pikir dalam otak sajork.. malas nak cari resepi betul2.. huhu


SUP MAKARONI CINCAI

beberapa ekor udang
sebatang lobak merah
bawang merah
ubi kentang
bawang putih
bawang besar
cili padi
sebiji tomato
sedikit daging kisar
serbuk sup
daun sup
cendawan
gula
garam
lada hitam
dan makaroni

cara-cara:
alahai.. nampak sangat malas kan.. cari resepi yang simple2 jek..ngeh3..

1. tuang minyak zaitun. tumis bawang merah, bawang putih
2. bila bawang ah kuning2 tu, masukkan daging kisar.
3. tunggu kejap je, masukkan lobak merah dan ubi kentang
4. masukkan air. ikut la nak kuah banyak ke sikit.
5. bila dah mendidih sikit tu, masukkan gula, garam, serbuk sup, lada hitam (tumbuk),tomato, udang, cendawan, cili padi daun sup last sekali.

oh, lupa pulak 1st sekali kena rebus makaroni dulu sebab lambat benau dia nak masak lembut. so di samping rebus makaroni, anda boleh masak sup itu..

boleh juga taburkan bawang goreng!





tau.. korang lagi hebat masak.. malus... http://www.emocutez.com

apa nak jadi budak sekarang?

jadi tua..


assalamualaikum..


zaman sekarang ni memang menakutkan.. mungkin hantu dah tak berapa nak ada dah, so takut hantu tu macam tak berapa.. ni, takut bebudak remaja zaman sekarang ni.. macam mana la nak didik mereka.. yes, saya pun mentah lagi tapi at least dah boleh fikir sikit2 apa yang baik, apa yang buruk.. serius, saya risau tengok budak2 sekarang ni.. saya pun ada adik umur 17 tahun perempuan, dan saya sangat risaukan dia.. yela, perempuan tu..risau kot jadi apa2.. anything can happen.. salah sikit jek, zassssss! kau datang..

kisahnya macam ni... tadi dalam bus..



ok, saya ni semekin je cik jah oi, ada kaki jek..so kenderaan utama rapid penang.. nasib baik selesa..nasib baik.. tadi lepas balik dari lab pukul 5pm (rajin tak weekend pun masuk lab? haha) rasa macam nak pergi prangin.. yela tengah hari dah pergi queensbay, buhsan lak.. pergi la tunggu bus depan USM tuh.. mula2 nak pergi Gurney, tapi bus ke Gurney tak kunjung tiba.. tengah tunggu tu tetiba ada sekumpulan budak2 muda...budak sekolah la.. borak2 bukan main, bising amat.. gelak tawa hilai mengilai.. yang duk mengilai macam pontianak tu perempuan la.. tak malu betul.. pastu tetiba dengar bebudak lelaki ni kata kat perempuan tu (perempuan ada 2orang lelaki ada la dalam 5orang camtu)..

laki: eh hang ni GS la
perempuan: GS?
laki, laki, laki : gila seks la (cakap macam bisik2 tapi agak kuat jugak saya yang beberapa meter pun dengar..)
 perempuan2 itu pun ketawa berdekah2 lagi..

tengok pakai tudung elok..

dalam bus..keadaan dalam bus agak crowded..so ramai kena berdiri.

laki: weh, hampa jaga baik2 jatuh nanti
perempuan: takpa, nanti pegang tiang
laki: takpa jangan risau, kalauntak leh pegang tiang bus, pegang tiang saiful..
saiful: *$#@^%&*

mereka pun berdekah2 lagi ketawa..

ya ampun..di tempat awam boleh diorang buat lawak 18sg.. umur 18 pun tak masuk lagi rasanya.. risau betul lah.. yang perempuan2 tu pulak macam mana la boleh terima lawak macam2 tu.. dignity letak mana? hadui...

Saturday, October 30, 2010

sesuai idok?

assalamualaikum..


soalan ni nak ditujukan kepada mereka2 insan tinggi persis model..

soalannya: best tak tinggi?

al maklum la saya ni kerendangan..so rasa macam insan2 tinggi ni best.. pakai apa pun cantik jek.. terletak jek nampak.. ala, macam model2 tu.. cantik je kan.. uh..

sebenarnye nak tanya, kalau orang kerendangan, dan renek, dan kurang ketinggian nak pakai macam ni sesuai tak? hadui, nanges tengok nih, cantik... sopan jek tengok.. bakal mak metua kalau tengok ni mau suh kawen cepat2 ngan anak bujang teruna dia... hahahahaha (perahsantan la sengsorang kau jah)

tengok2..sila tengok...






see? dorang ni spesis tinggi. dah la tinggi, selim melim pulak.. adeh... (sambung nanges...)

pengsan tengok gadis2 cantik

assalamualaikum..

boleh pengsan tengok gadis2 cantik.. huhuh.........


kalau i ni yang perempuan tengok pun dah "subhanallah, cantiknya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

kalau laki tengok macam mana le gamaknye ye..

ni antara mereka yang saya tengok pun macam nak pengsan.. CANTIK SANGAT.. 





ok, ni gambar amik kat facebook puan ika radiusite.. mungkin tak jelas sangat sebab nampak kecik.. saya amik gambar ni sebab senang, semua sekali masuk.. tapi kalau korang tengok facebook diorang sorang2, then boleh tengok betapa gorgeousnya diorang ni tau.. boleh pengsannnnnnnnn......... diorang ni bukan je cantik, pandai bergaya pulak tu.. meletopz!

yang takde dalam gambar2 ni pun cantik2.. ya, saya stalker gadis2 cantik terhebat.. hahahahaaa........


alah, macam la korang tak kan.. khen?

GAYA TUDUNG VOGUE – versi pinkyheart

assalamualaikum...

1. follow blog Chenta_hati_mid -------- done! (da lame follow hehe..)

2. buat entry tajuk GAYA TUDUNG VOGUE- versi --------------- done

3. letak banner dan link ---------- done







rajin pulak ye nak join contest bagai ni.. saja nak memeriahkan majlis..hikhik,, di samping kalau ada rezeki tu boleh dapat hadiah free kan..

oh, saya ni memang selekeh tau.. mana lah reti nak berfesyen2 ni..nak bergaya2 ni, failed.. tapi tegar jugak nak join.. sebab cik khumaera ni baik orangnye.. (ni bukan nak bodek ok) apa yang saya nampak la dari blog beliau.. hmm, lagi satu dia selalu buat contest sebelum ni, selalu ok.. tapi memang tak menyempat.. haha.. kali ni due date dia lama sikit, sempat lah.. yay!

ok berbalik pada tajuk contest ni pun seram i.. mana la i reti nak bergaya vogue.. i ni selalunya selekeh.. (all the time kot) kalau setakat nak ke lab tu, malas la nak pakai cantik2 (takde pun baju cantik2..haha) tapi takpe, i tegar jugak ni.. ni gambar selekeh i waktu pergi dinner rabu lepas.. ampun........

4. letak gambar ------------ done




5. namakan gaya tudung ----------- THE YELLOW MELLOW MEOW MEOW (haha..rasa macam nak lempang diri sendiri sebab bagi nama macam ni) serius sekarang pukul 2.02 am mata dah kuyu.. otak dah beku..harap maaf.. ------------- done

6. tag kawan


------------- done


oh..sudah siap.. boleh tidur.. kroooh..krooh.. daaa~~~

Thursday, October 28, 2010

siapa yang cantik?

assalamualaikum...

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?


Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.


Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?


Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.


Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.


Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.


Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.


Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!


Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.


Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)


Perlukah jadi cantik?


Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.


Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.


Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.


Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.


Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.


Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.


Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.


Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.


Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.


Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.


Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.




ARTIKEL INI DIAMBIL DARI ILUVISLAM.COM

Wednesday, October 27, 2010

petua mencuci hati

Assalamualaikum..


Ehem2.. ni bukan nak cuci hati dengan sabun daia atau vanish penghapus kotoran "percaya dengan merahjambu".. ni nak menyucikan hati yang hitam berjelaga itu..




Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)

ok? ^_^

Tuesday, October 26, 2010

Muhasabah diri sblom kawen! let's check out! [10 Sifat Calon Suami Yang Baik]

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.



ya, masih ada lelaki yang berkualiti.. dan masih ada juga wanita yang berkualiti.. cuma, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan itu terletak pada orang lain, tapi binalah kesempurnaan itu dalam diri kita sendiri. kalau tak mampu untuk jadi terlalu sempurna, maka jadikanlah sempurna itu seperti cita-cita yang selalu kita usahakan untuk mendapatkannya.. ^_^

expect less, but give more

assalamualaikum..


hai hai hai.. amboi, dah nak macam aziz desa nampak.. huhu..


korang pernah kecewa tak? i mean, when you expect something, tapi hasilnya tak seperti apa yang diharapkan.. well, let me give you some examples la..

CONTOH SAHAJA OK.


1. kawan kamu cakap dia nak belanja makan laksa bila2 nanti dia senang..

---------- tapi bila dia senang lenang dia belanja kamu makan laksa penang. lantas kamu kecewa sebab kamu expect dia akan belanja makan laksa shack di queensbay sebab laksa penang yang dia belanja hanya lah di gerai tepi jalan.. kamu kecewa..tapi kamu pendam.. (kamu tak tanya or request nak laksa shack pun)

*google



2. bapa kamu pergi outstation ke Australia..

----------- dia pulang bawak balik keychain "Land of Kangaroo" dan "Australia". kamu kecewa sebab kamu expect dia akan bawak balik anak kangaroo. (kamu tak bagi tahu nak anak kangaroo pun)



oh, mungkin contoh2 ni tak best, tapi rasanya anda faham apa maksud saya kan.. kita seolah olah expect benda yang hanya kita sahaja yang fikir. tak mungkin orang lain akan tahu apa yang kita nak kalau kita tak cakap kan.. lepas tu tak pasal2 makan hati sorang2 sebab orang tu tak memenuhi our expectation. adil kah?


absolutely not..


so, macam mana nak buat ni?


selalu saya dengar or baca..


IF YOU WANT TO BE A HAPPY PERSON, EXPECT LESS BUT GIVE MORE..


kita jangan fikir apa yang orang dah buat untuk kita, cuba fikir apa yang kita dah buat untuk orang lain..

kalau lah semua orang boleh fikir macam ni, mesti dunia aman.. aman seaman amannya.. tapi saya tahu, benda ni macam ridiculous.. semua masing2 selfish.. saya tidak terkecuali..


oleh itu kalau boleh kurangkan penjualan ikan tu sikit, ok lah.. sikit pun jadilah......



ps/: ok..rasa macam tak menepati objektif.. haihhhhhhhhhh.. sokmo gitu..

sekian terima kasih

Monday, October 25, 2010

harimau untuk isteri

assalamualaikum..

wah.. siapa nak kahwin? cakap siapa nak kahwin ni? selalunya orang kahwin ni mesti nak hadiah kan? isk tak baik tau kata pengantin nak hadiah.. kalau korang pergi majlis tangan kosong pun pengantin tetap bahagia jek, asal korang datang majlis kan.. tak datang pun takpe kot, dorang dah happy dah sebab dah kahwin.. ok2, cut the crap please!


hadiah kahwin ni selalunya diberi oleh kawan2 kan.. contohnya macam pinggan mangkuk, barangan elektrik, album gambar la, dll.. tapi jarang jugak dengar hadiah dari pasangan masing2.. eh..eh.. ada lah.. barangan hantaran tu hadiah la kan.. isk3.. nyanyok lak pagi2 ni.. (pagi ker?)


katy perry dah kahwin kan dengan russell brand itu.. huaaa..geget jari la makhluk2 yang tergila2kan katy perry ni..



disebabkan russell brand ni pelawak, dia punya idea nak bagi hadiah kahwin untuk katy perry adalah HARIMAU..



isk2.. kenapa tak bagi dinasor je.. lagi pelik sebab memang dah tak wujud.. ok, ni berita dari KOSMO online..

RANTHAMBORE, India - Pelawak dari Britain, Russell Brand memberikan hadiah seekor harimau betina kepada isterinya, Katy Perry yang merupakan penyanyi lagu I Kissed a Girl, lapor sebuah akhbar semalam.
Harimau yang diberi nama Machli itu dibeli pada harga ribuan dolar.

Haiwan itu tinggal di Taman Negara Ranthambhore, India yang menjadi lokasi pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan. 

Brand dikatakan memilih Machli daripada puluhan harimau yang berkeliaran di taman itu selepas ia dianggap oleh seorang renjer taman tersebut sebagai cantik.

Bagaimanapun, Perry akan meninggalkan haiwan itu berkeliaran di hutan itu.

Wang yang digunakan suaminya untuk membeli harimau tersebut akan dilaburkan untuk skim pemuliharaan taman berkenaan.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan pasangan itu diadakan di Jaipur semalam sehari selepas mereka melangsungkan perkahwinan.

Brand yang membintangi filem Forgetting Sarah Marshall dan Get Him to the Greek berkahwin dengan Perry kelmarin dalam satu majlis tertutup di taman negara tersebut.

Majlis perkahwinan mereka dipenuhi dengan ciri-ciri budaya India dengan Brand mendahului acara apabila dia menaiki kuda diekori berpuluh ekor gajah dan unta.

Antara tetamu selebriti yang dikatakan menghadiri majlis itu ialah penyanyi Rihanna dan hos bual bicara popular, Jonathan Ross.

Majlis resepsi yang diadakan di Hotel Taj Rambagh palace di Jaipur semalam mempunyai tema Timur bertemu Barat.

Penyanyi rap, P. Diddy dan beberapa penari klasik India membuat persembahan dalam majlis itu.
Brand, 35, dilaporkan melamar Perry, 25, di hotel itu semasa cuti tahun baru selepas mereka berkenalan. - Agensi


fine.. i nanti kahwin nak meow meow jek.. no need a bizarre gift.. huhuu..



  meowwwwwwwwwwwwwwwwww...................

nasib si kasut

assalamualaikum..


tersalah langkah pulak hari tu.. tak.. bukan tersalah langkah..tersalah faham dan interpret.. bukan nak pergi interview pun kan.. nak pergi ujian jek.. tapi biasalah orang yang tak pernah pergi ujian macam ni memang cuak tak tentu pasal.. ujian biasa je pun.. risau bukan main.. 1st time konon.. hot from the oven kan.. haha..


ujian hari sabtu pukul 11 am kat Sungai Petani, Kedah.. saya kat Penang.. hari jumaat tu still duk buat labwork.. labwork habis pukul 5pm macam tu.. tak boleh nak habiskan awal sebab memang kena ambil masa 8jam buat benda tu.. lepas tu 5.30pm sampai rumah baru gedik nak kemas2 baju semua.. then 6.15pm kelam kabut ke stesen bus sebab bus pukul 6.30pm.. 6.45 pm baru bus jalan.. atas penang bridge tu memang jam lah.. petang satu hal, jumaat pulak.. TERBAIK lah naik bridge time macam tu.. ok, 1jam atas bridge 7.30 baru sampai stesen bus butterworth ambil orang lagi. then pukul 9pm baru sampai alor setar.. tiba2 baru teringat pasal kasut..memang tau time genting macam ni baru nak ingat.. mula2 nak salahkan syaiton.. (isk tak baik..insap2..) http://www.emocutez.com


pastu kol si dia tanya opinion pasal kasut.. dia cakap better pakai kasut bertutup dan hitam.. mesej pulak kawan yang nak pergi ujian jugak tapi tempat lain, dia pun cakap better pakai kasut bertutup.. adehhhhh..mana nak cari, dah pukul 9 lebih.. abah pulak tak datang2 lagi sebab ada orang ramai kat rumah, ada buat makan2 pulak... hmm, tunggu punya tunggu dalam 9.40pm baru abah datang.. nasib baik rumah dengan TESCO tak sampai 1km.. suruh abah drop kat tesco, dia balik layan tetamu, nanti datang ambil pulak.. hehe..


nasib la tesco ada kedai kasut jugak kan.. fuhh.. tapi tula, tak banyak pilihan la.. dah la kaki saiz budak darjah 6. lagi la susah tengah2 kalut macam ni.. kedai kasut yang ada hanyalah 3.. BATA, MAX, XES STUDIO.. ok lah tu daripada takde kan.. tak kan saya nak pergi pakai kasut crocs kaler pink ini..siap bunga2 bagai..



isk..dah la pink.. makanya pergi BATA takde saiz, pergi MAX takde saiz, pergi XES STUDIO takde saiz.. ulang lagi pergi BATA takde saiz jugak, pergi XES STUDIO takde sai lagik, then last hope MAX harap2 ada la any kasut dah tak pikir cantik ke tak, rembat je kalau ada saiz as long as kaler gelap..


finally, ada pun..


biasa jek, nasib harga pun ok.. taknak la beli mahal2 dalam keadaan tergesa2 macam ni kan.. waktu try ni memang saiz 36 macam besau nau.. semua kasut ok.. macam kena cursed.. hadoi.. tu yang pi mai pi mai tang tu.. balik la dengan kasut bersaiz 35.. atau dalam erti kata mudahnya saiz 4.. kecik tak kaki saya?? anak buah saya cakap saya macam budak darjah 6.. huhu.. (tabah nih) http://www.emocutez.com


esoknya yakin gile pakai kasut bersaiz 35.. pagi tu pakai, mak ai ketatnya............ sudah... takpe la, bertabah jua diriku ini.. awal tau keluar rumah.. keluar pukul 8.15am macam tu dari aloq setaq, 9am dah dampai Sungai petani. dah kata highway boleh speed sampai 110km/h, memang saya speed 110km/h la.. tupun ada jugak terbabas 120km/h.. huhu, pastu slow sikit sebab takut ada speed trap.. nanti tak pasal abah lah yang kena bayar..


dah sampai tu,tak sampai 5 minit berjalan kaki dah melecet.. sakit nau.. tahan jela sampai abis exam.. nasib bawak kasut spare.. NASIB.. kalau tak melecet teruk la kakiku ini.. nipun pedih sangat sikit lagi jek nak terkoyak kulit tu.. sakit..


yang bestnya.. malam tu balik, mak ajak gi tesco beli barang dapur.. pastu dapat idea nak tukar kasut.. tapi camne ye, sebab dah pakai...?

idea jahat datang... saya berus tapak kasut tu dengan air, lap bersih2..



tadaaaaaaaaaaaaa... macam baru.. masukkan dalam kotak balik elok2.. pergi kedai mintak tukar saiz.. dan pulanglah dengan kasut baru.. ngeheheheeeeeeeeeeeeeeee......... http://www.emocutez.com

Sunday, October 24, 2010

tudia.. macam tu ka personaliti dia?

assalamualaikum..


oh sekali sekala cakap loghat utara takpa noh.. haha.. hmm, sabtu iaitu kalau ikut masa saya menaip ni adalah pagi semalam, saya telah pergi ujian personaliti.. nak tegok saya ni berpesonaliti untuk jadi jurucakap produk terkemuka di rantau ini..






apa? ujian personaliti jadi jurucakap produk? sila PERAHSANTAN la sengsorang.. (muntoh!) http://www.emocutez.com



itu mimpi semata-mata.. saya pergi ujian personaliti nak jadi cekgu je pun.. bukan cikgu JEPUN.. yang tu memang tak layak jugak sebab orang JEPUN putih macam kulit telur, saya putih macam belakang kuali.. huhuhuu.. http://www.emocutez.com






ok, cut the crap please! ujian dia memang senang tetapi sukar.. macam mana tu adik-adik..? senang tapi sukar? sukar tapi senang? yela, ujian persolaliti je pun..



yang senang nya : kamu hanya perlu jawab YA atau TIDAK.

yang sukarnya : nak hipokrit atau jujur sejujurnya?





contoh soalan yang ditanya....


1. saya seorang yang mudah berang apabila orang lain membuat salah. (YA atau TIDAK)

2. saya tidak pernah menyinggung perasaan kawan-kawan. (YA atau TIDAK)

3. saya tidak pernah membocorkan rahsia orang lain. (YA atau TIDAK)

4. apabila di dalam kumpulan saya seorang yang pendiam. (YA atau TIDAK)

5. saya akan menceritakan segala masalah peribadi saya kepada kawan-kawan (YA atau TIDAK)

6. saya cepat bosan dengan kerja yang berulang-ulang. (YA atau TIDAK)







ok, itu lah antara soalan2 yang ditanya,, nak list kan semua memang tak ingat, dah lah 160 soalan semua. tapi biasalah.. memang ada yang hipokrit kan..kalau jujur sangat ada ke orang nak ambil kamu kerja kan.. isk3.. tapi tula, kalau dah rezeki tu takkan ke mana..  macam tu lah soalan2 nya.. saya tahu mesti ramai je yang dah pernah pergi ujian personaliti macam ni dan ujian2 lain.. tapi ni 1st time saya tau.. bagi chance la nak takjub jap.. http://www.emocutez.com







ni kengkonon calon menjawab soalan ujian personaliti.. (calon pertandingan tidur dan makan bolehlah)


lepas ujian singgah guardian..
oh, beg tu pinjam my mom punya.. baru nampak macam kengkonon dewasa.. (padahal takde beg formal)



ehem..ehem.. kalau tak lulus ujian ni, silalah saya muhasabah diri.. dah hipokrit konon2 baik budi pekerti pun orang taknak ambil keja.. http://www.emocutez.com

Saturday, October 23, 2010

nak hilangkan stretch marks?

assalamualaikum...

eh, tahu tak most of women ada stretch marks? cuba cek.. kalau kamu tak ada tu, lucky ye.. sila sujud syukur.. huhuu.. ok ada pulak yang tanya, "hey, stretch marks tu apa benda?"



ni nak bagi tahu.. stretch marks tu ialah akibat daripada kulit (ya kulit yang mulanya mulus tulus) berubah bentuk secara mendadak.. paham tak macam mana ni.. hmm.. selalunya jadi kat perut orang mengandung.. tapi remaja pun boleh jadi tau..malas nak tunjuk gambar sebab malu nak tunjuk contoh.. http://www.emocutez.com boleh tengok sini..

ok contoh lagi.. macam kamu ni kurus actually, tetiba kamu putus cinta, makan banyak tak hengat.. lepas tu mula la badan membulat.. selalunya kes macam ni akan menyebabkan stretch marks wujud kat bahagian perut, lengan, punggung, hips dan sebagainya.. http://www.emocutez.com

boleh jadi jugak, kamu ni badan berisi, lepastu diet dengan dasyat, dan kurus dalam masa yang pendek jek.. so, boleh menyebabkan stretch marks jugak.. so, jangan ingat stretch marks ni hanya pada yang berbadan besar saja.. kawan saya yang kurus tinggi 157cm, berat 42kg pun komplen ada tau..

ok, back to the info.. bila kulit tu tiba2 menegang atau mengendur dengan mendadak dan tiba2, akan menyebabkan koyakan pada lapisan tengah kulit kamu itu (dermis).. selalunya kan, apa2 penyakit pun kalau cepat ubati, cepat la sembuhnya kan? same goes to this problem.. the sooner u treat them, the better ur chances of removing them..

TAPI.. 

tapi, tak bermakna kalau yang dah lama hidup dengan stretch marks tu tak leh rawat.. ni yang nak bagi petua ok.. heheheheh...



  • sapukan minyak lavender pada marks tu 3 kali sehari.. dengan ini marks tu akan cepat pudar.. (macam warna pulak main pudar2..huhuk) ok, yang ni remedy paling simle..
  • sapu putih telur pada marks.. putih telur ni sangat efektif untuk mengurangkan/ menghilangkan stretch marks..
  • gosok kan stretch marks tu dengan minyak castor (banyak sikit taruk), balut dengan plastik (plastik boleh guna yang plastik balut makanan), then letak something panas atas tu.. biar hingga 20-25 minit lepas tu cuci..
contoh plastik untuk balut tempat stretch marks.. teheeee..

  • sapu jek krim losyen vaseline.. 
  • boleh jugak cilok sikit apricot scrub yang guna untuk muka tu untuk scrub bahagian stretch marks..
ok.. semua cara di atas boleh pilih la nak buat yang mana satu.. nak buat semua pun boleh.. lagi hebat..


ok, selamat mencuba darlings!! http://www.emocutez.com

yes! it is..

assalamualaikum..


oh, hari ni ialah hari ujian... kawan2, kakak2 cakap senang jek..


APAKAH? senang? huhuhuuuuuuuu...



ok, kalau saya tak pass, sila belanja makan besau ye..


nampak macam nervous tak? hahaha.. (tak perlu gelak sebenarnya)

Friday, October 22, 2010

dup dap dup dap

assalamualaikum..


oh dup dap dup dap.. sekarang ni dalam bus on the way aloq setaq.. esok ada ujian.. sebab tu dupdap dupdap kot.. kalau dah kata ujian mesti la nak pass with flying colours kan.. huhu.. harap2 ujian esok ok, boleh jawab..


emm, da terbayang2 dah ni, nak request makan apa kat parents.. ahahahh.. macam la balik setahun sekali kan? ngada jek.. padahal minggu lepas baru je balik mintak sedekah.. (err..)


tak tahu la esok ni nak pergi ujian tu abah hantar ke kena drive sendiri.. macam malas lak nak drive sendiri.. kalau ada driver kan best.. eh, tapi drive sendiri pun best apa.. leh bawa laju2.. *wink!





ok la.. lapaq pulak tekak ni.. eh jap, tak sesuai benor lapaq tekak.. mungkin cacing2 dalam perut yang kelaparan kot... ok2, fine.. gud evening!!! (evening la sangat kan.. )

gembira!

assalamualaikum..


wah.. gembira nampaknya.. yep.. sebab nak balik rumah.. yeeehaaa!


ala, tak jauh pun dengan penang, kat aloq setaq saja dik non.. tapi seronok.. sebab apa? sebab.............




boleh makan sedap sedap.. menambahkan lagi peratusan lelemak.. yeehaaa! lagik..


tapi sekarang masih di lab..lunch pun belum.. tunggu hidrolisis sample belum siap.. tiap2 hari kena buat hidrolisis selama 8 jam selama 12 hari.. so, apa kamu buat itu 8 jam? adakah

study??



(tidak!)

buat paperwork??



(adalah no!)

buat experiment??



(juga tidak!)



jadi?????????????











adalah main games dan menonton movie di laptop.. nghehehehe...........


best tau.. nanti kena kumpul lagi banyak movie2 best.. supaya dapat mengisi dengan lagha nya..



happy nak balik..tapi esok berdebor debor kak yah oi.........



beautiful morning




"Beautiful Morning"What a beautiful morning
The best in life is free

What a beautiful morning
Believe me

What a mystery
Though the world's on fire
Yesterday's hard words is still in my head
I feel no despair
No regrets or sorrows
Cause this new day
Makes me dance on air

What a golden day

What a beautiful morning in my life
The best in life is free
I give it all away
And I wonder what more is to come
And this beautiful morning changed my mind
Believe me when I say
The shadows fading out







As the day grows bright
We are turning pages
And we write new chapters of our life
Some are strong and long
Others weak with sorrows
Keep the focus on the rising sun

What a golden day

What a beautiful morning in my life
The best in life is free
I give it all away
And I wonder what more is to come
And this beautiful morning changed my mind
Believe me when I say
Shadows fading out

Believe me - crows will always fly
Believe me - they are only birds
You have to
You have to let go and you will see things in a different light



What a beautiful morning
What a beautiful morning
Believe me

What a beautiful
What a beautiful morning...

Believe me

nostalgia lama

assalamualaikum..


oh, nostalgia lama.. sama ada pahit atau manis.. ia tetap menjadi sejarah hidup kita.. kan? itulah yang membentuk siapa kita hari ini.. mungkin saya tak pernah alami pengalaman yang "bizarre".. tapi sedikit sebanyak pengalaman kecil dalam hidup saya ni telah membentuk saya hari ini..


kita selalu ingat balik segala nostalgia tu bila tengok balik gambar2 lama kan.. tak kisah lah, gambar time baby (alolorr, comelnye), gambar kanak-kanak (comot benau), gambar kawin parents (oh, suwet!), gambar time sekolah menengah, gambar ex/exs (s sebab plural, haha) dan lain lain..


zaman sekarang ni selalu simpan dalam laptop je kan.. pendrive ke, external hard disk ke..


saya pun sama, saya ada baanyak pendrive..mula2 tu memang la nak asingkan.. ok pendrive "a" untuk labwork, pendrive "b" untuk suka suka, pendrive "c" khas movie, pendrive bla bla bla.... lepas tu tangan tergatal beli external hard disk pulak.. tak mau kalah dek non.. beli yang 320 GB.. ntah nak simpan apa ntah dalam tu.. dah almost 2 tahun beli, baru guna 10% jek.. yela asek guna pendrive je sebab kecik, senang bawak..


ok, beberapa % daripada nostalgia saya saya simpan dalam satu pendrive putih ini..  one fine day............


my supervisor telah mematahkan pendrive putih itu yang terkandung beberapa % daripada nostalgia hidup saya dengan menyepak secara jitu.. arghhh.. and the worst is, i dun even remember what were in that particular pendrive! sebab banyak sangat kan, so tak ingat isi pendrive tu apa.. so he asked me, what were in that pendrive.. "gambar boipren ke...?" err, i dun mind pun kalau ada gambar boipren dalam tu sebab apa yang saya kisah adalah gambar dengan kawan2.. sebab saya suka nak belek2 balik gambar2 lama.. so indah and nostalgik tau tak tengok gambar2 tu.. dan saya tak sedar yang gambar2 folder berjudul "TEXAS" dan "PULAU JEREJAK" telah hilang dengan jayanya.. malam ni, ya di saat ini baru saya sedar..


u have no idea how much i miss them.. them? yela them la.. gambar2 itu..


hanya ini saja yang tinggal dari album "pulau jerejak"


kejam............. huhukk.. sob sob sob..









oh, rinduuu........ T_____________T

Thursday, October 21, 2010

Imaan dah Setahun Giveaway

assalamualaikum..


wah.. gigahnye kita ni.. nak mengcontestkan diri je kekdahnye.. ntah, suka pulak contest2 membabitkan budak budak comel nih.. kalau ada anak kandung sendiri nih wajib buat contest jugak kat blog nih.. hehe.. doa doa la kan lah ye.. (err, suami pun takde lagi ni macam mana?) hahahaha - tak perlu gelak sebenarnya.. hmm..


ok la, contest ni diberi judul IMAN DAH SETAHUN GIVEAWAY


comel tau imaan ni.. nama pu, ya ampun, sedap sangat.. nama dak tecik ni, RUHIL IMAAN..

sedap tak sedap? dah la comel putih gebu, nama pulak sodappp.. kalau ada depan mata ni, siap la kena gomol.. huhu.. mesti kalau imaan baca rasa seram sejuk kan.. huhu.. sorry, aunty geram la tengok.. (eh, aunty ke?) hehe..


ok ruhil imaan.. aunty nak wish; happy birthday to you.. happy birthday to you.. happy birthday to ruhil imaan.. happy birthday to you.. (clap clap clap)

aunty doakan semoga imaan membesar dengan sihat, cergas, cantik.. supaya imaan nanti jadi anak solehah untuk ibu ayah, semoga imaan jadi seorang wanita yang hebat pada masa hadapan..Amin Ya Allah..  ^__^


okay semua.. sila klik link di bawah tau.. pasti anda tidak menyesal! (wah macam promoter iklan tak bertauliah) http://www.emocutez.com







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails