Wednesday, October 6, 2010

mari memasak kecil kecilan bersama saya

assalamualaikum..

isk, apa ni, nak ajak orang masak bersama2 tapi benda yang lepas.. hilang memori ke apa kan.. tak apa lah, next time kita skype boleh la memasak sama2 macam dalam oprah tu kan.. best!

ala, nak ajak orang masak sama2 pun malus, sebab nak masak apa hari ni? emm, emm, malusss... http://www.emocutez.com

ok jum masak

1) mashed potato

2) garlic bread

menu pertama..(eceh!)

nak kena tunjuk hasil dulu ke after habis cara2 ek.. ayoyo, tula nak ajak masak, tapi tak sehandal mat gebu..huhuk.. meh la tunjuk gambar dulu..







itulah dia mashed potato saya.. ngada2 kan siap edit tambah efek lens flare lagik kan.. yela kalau tak edit nampak sangat tak sedap.. (err, pecah lobang!!) http://www.emocutez.com

ok, bahan2 nya:
3 biji US potatoes (tengok saiz jugak_
1/2 cawan susu (apa jenis susu pun boleh, tapi better yang lemak berkrim)--supaya nanti kita sama2 gemuk macam saya
2-3 sudu mayonaise
2-3 sudu butter
campuran oregano
gula,garam (sesedap rasa di lidah sendiri)

cara2:
1. kupas kulit potatoes, cuci bersih, rebus sampai empuk
2. bila cucuk2 guna garpu macam dah empuk, toskan potatoes
3. masukkan balik dalam periuk [anaskan kejap je lagi. kita nak keringkan air yang still ada


4. jangan sampai hangit pulak. ok, then lenyek2 kan la potatoes itu semua. guna masher yang betul ya.. kalau tak nanti tekstur nya tak gebu2 gitu..


5. lepas tu, masukkan susu. okay, time ni saya hanya ada susu fresh dutch lady..kurang la sedap. kalau nak lagi sedap baik guna susu lain..


6. lepas tu, masuk butter


7. okay, sekarang masuk pulak mayonaise


8. oregano jangan dilupa





9. siap. oh, boleh jugak tambah gula, garam, lada hitam sesedap lidah merasa ye.. http://www.emocutez.com


menu kedua:

garlic bread



itu dia.. haha.. tipu2 jek buat ni.. tak cari pun resepi dulu,hentam sesedap lidah merasa jek, so, kalau macam melawakkan sila jangan gelak ye.. gelak sopan sorang2 dimaafkan..

cara2nya:

1. ikut la nak guna roti apa pun, tapi saya guna gardenia wholegrain

2. sapu butter.

3. cincang bawang putih. tabur atas roti.

4. panaskan minyak dalam pan


saya guna virgin olive oil..kengkonon nak jaga kesihatan.. konon jela sebab tipu sangat.

5. masukkan roti, tunggu sampai betul2 garing baru sedaapp..



6. siap!

menu seterusnya..

aik ada lagi? takpe ni instant sajork.. beli la


sebagai penyeri rasa kepada mashed potato dan garlic bread sebab sumpah saya failed buat gravy..

okay..saya ulang tayang balik gambar2 mengada dengan efek lens flare sebab kengkonon nak bagi nampak sedap walaupun tetap nampak tak menyelerakan langsung.. uhukk.. http://www.emocutez.com








sekian terima kasih daun keladi, lain kali datang lah lagi..

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails