Tuesday, October 26, 2010

expect less, but give more

assalamualaikum..


hai hai hai.. amboi, dah nak macam aziz desa nampak.. huhu..


korang pernah kecewa tak? i mean, when you expect something, tapi hasilnya tak seperti apa yang diharapkan.. well, let me give you some examples la..

CONTOH SAHAJA OK.


1. kawan kamu cakap dia nak belanja makan laksa bila2 nanti dia senang..

---------- tapi bila dia senang lenang dia belanja kamu makan laksa penang. lantas kamu kecewa sebab kamu expect dia akan belanja makan laksa shack di queensbay sebab laksa penang yang dia belanja hanya lah di gerai tepi jalan.. kamu kecewa..tapi kamu pendam.. (kamu tak tanya or request nak laksa shack pun)

*google



2. bapa kamu pergi outstation ke Australia..

----------- dia pulang bawak balik keychain "Land of Kangaroo" dan "Australia". kamu kecewa sebab kamu expect dia akan bawak balik anak kangaroo. (kamu tak bagi tahu nak anak kangaroo pun)



oh, mungkin contoh2 ni tak best, tapi rasanya anda faham apa maksud saya kan.. kita seolah olah expect benda yang hanya kita sahaja yang fikir. tak mungkin orang lain akan tahu apa yang kita nak kalau kita tak cakap kan.. lepas tu tak pasal2 makan hati sorang2 sebab orang tu tak memenuhi our expectation. adil kah?


absolutely not..


so, macam mana nak buat ni?


selalu saya dengar or baca..


IF YOU WANT TO BE A HAPPY PERSON, EXPECT LESS BUT GIVE MORE..


kita jangan fikir apa yang orang dah buat untuk kita, cuba fikir apa yang kita dah buat untuk orang lain..

kalau lah semua orang boleh fikir macam ni, mesti dunia aman.. aman seaman amannya.. tapi saya tahu, benda ni macam ridiculous.. semua masing2 selfish.. saya tidak terkecuali..


oleh itu kalau boleh kurangkan penjualan ikan tu sikit, ok lah.. sikit pun jadilah......



ps/: ok..rasa macam tak menepati objektif.. haihhhhhhhhhh.. sokmo gitu..

sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails