diet? apa itu diet... selalunya kita ni kalau diet tu sinonim lah dengan usaha untuk menguruskan badan.. kan?
"eh, jangan la goda aku dengan nasi beriani tu,aku tengah berdiet ni!"
"eh milah, apsal kau tak makan nasi ni?". "oh, aku diet"
selalunya macam tu lah kan.. tapi selalu kadang2 baca, - u have to take balanced diet..bla bla bla.. so diet tu macam pemakanan la pulak kan.. balanced diet = pemakanan seimbang..
okay, saya sekarang dalam usaha berdiet.. ramai cakap tak perlu nak gatal2 diet sebab berat 47 ok dah kata mereka, tapi nak buat macam mana, dah memang gatal..hiss..memang la berat 47 macam ok, tapi tinggi saya adalah kureng..sob sob sob.. tapi....tapi....... sampai bila saya dapat bertahan? isk, hari ni baru hari ketiga, dah macam orang mengandung.. loya2 nak muntah, badan lesu sangat.. ataupun saya salah teknik? sekarang ni saya tengah nak cuba atkins diet plan..
diet ni tak macam diet biasa, it is low carbohydrate diet. saya rasa diet ni memang sangat susah.sebab most benda yang boleh dimakan adalah berkarbohidrat. ya Allah..susah tau.. dia macam kena makan lauk saja.. u can eat meat, chicken, shrimp, fish and all that, but not sotong, sayur sayuran hijau.. ni bukan diet low calories.(saya rasa low calories punya diet lagi senang..) em,so kita boleh goreng lauk tu, makan telur, mayonaise, cheese.. tapi..tapi kena cek dulu kandungan karbohidrat dalam setiap makanan. macam mayonaise jenama lady's choice kandungan karbhidrat agak tinggi compare to jenama kraft. so, u gotta choose kraft punya. macam tadi saya teringin sangat2 nak makan tomyam, sebab kan macam loya2 gitu kena makan masam2 and cek dulu perencah tomyam tu punya kandungan karbohidrat. ya, banding2 ada yang tinggi kandungannya, ada yang serendah 1g.
oh..tidak dilupa, nak masak tu kalau boleh jangan tambah gula.. kalau nak jugak, sikit sudah..jangan la pulak 'sikit' tu ikut persepsi sendirian berhad..'sikit' yang worldwide punya lah ye.. lepas tu, buah buahan memang tak leh makan.. ok, yang ni saya failed. sebab saya sangat tak dapat nak menahan nafsu terhadap buah buahan. hari 1st pun dah kantoi.. hari 1st tu ibu saya beli buah anggur, kiwi yang menggiurkan.. dah la masam2 sikit kan.. kalau manis2 ni saya tak kisah..lepas tu tadi pun dah tersengaja makan buah epal hijau..tahniah!
serius penat berdiet cara ni..bagi saya la yang hobi makan..nak menjamu tekak dengan semua ni tak boleh!semua ni makanan asasi dalam hidup saya.. OMG!
susu
yogurt
jus oren sunkist kegemaran
buah-buahan
oat
nasi lagi la a big no no!
segala roti
keropok
kek
biskut
air milo
kacang2
hot dog dan nugget
aiskrim
cokelat
and the list goes on.......
oh, rasanya hari jumaat ni saya terpaksa batalkan niat nak terus berdiet. sebab dekat lab ada jamuan hari raya.. mana tahan tengok orang lain makan nasi impit kuah kacang, roti jala, nasi beriani, nasi tomato, rendang ayam, puding roti dan lain2.. isk.. kennot tahan la.. serius.. mau banjir lab sebab air liur meleleh (haip!! sila sopan sikit!)
sebagai konklusi atkins diet ni tak boleh makan benda yang bergula, manis, kanji, bertepung. so nak makan tu kena pikir empatpuluhkali "eh,benda ni ada tepung tak, ada kanji tak, ada gula tak" penat la.. so sesiapa yang berjaya ikuti program diet ini tahniah saya ucapkan..anda memang hebat! serius saya cakap. orang melayu yang boleh tahan tak makan nasi, roti memang hebat.
pssst! perlu ke saya diet?? soalan jujur...
ok..macam nak masuk perbarisan hari merdeka..
No comments:
Post a Comment