Friday, October 8, 2010

nak beli hadiah perkahwinan?

assalamualaikum..



hmm, hujung tahun dah tiba..musim cuti sekolah ialah musim orang kahwin.. ramai tak kawan2 anda, saudara mara anda akan berkahwin hujung tahun ni? mesti agak ramai jugak kan.. tadi seharian saya dan housemate berjalan2 survey hadiah untuk ex-housemate yang nak kawin ahad ni.. hmm, nak beli apa ye.. orang baru kahwin ni selalunya zero..ada jugak yang rumah sudah sedia lengkap kan.. tapi tak kurang jugak yang nak mulakan hidup baru dengan zero.. masuk rumah baru, apa pun tak ada kecuali lantai yang berhabuk.. tahniah!

tapi, yang jadi masaalahnya kadang2 tu hadiah yang pengantin dapat tak reliable dengan tema "hadiah pengantin".. contoh? tak tahu nak bagi contoh.. http://www.emocutez.com

ok,pendekkan cerita ini antara barang2 yang boleh kita bagi sebagai hadiah perkahwinan..  ini antara yang dapat saya fikir buat masa sekarang lah..

1. set cadar


set cadar ni sangat la berguna.. yela, tak kan pengantin nak tidur dengan cadar satin ropol2 selama lamanya kan.. lagipun tak selesa kot..kalau material cotton kan selesa.. so, boleh beli set cadar sahaja atau sekali dengan comforter kalau bajet lebih.. katakan lah kalau pengantin tetiba dapat 10 set cadar pun ok jek.. boleh tukar selalu..dah tak payah beli buat 2 tahun.. ok, ni kalau anda bajet RM 50 pun boleh dapat dah queen size..haip! jangan pegi beli super single punya..mana la tahu, diri sendiri duk beli yang single kan, tershasyol lak..  but kalau anda bajet lebih, banyak sangat pilihan.. corak, material semua puas hati.. lepas tu rasa macam taknak bagi pulak kat orang... http://www.emocutez.com


2. Juice extractor


okay..yang ni kalau saya jadi pengantin nanti nak mintak jugak yang ni.. oh, i love this item very very much! sangat suka.. sebab saya suka minum jus buah.. kalau anda suka minum sky juice, tak payah lah okey.. tadi time survey2 hadiah for my friend, memang terliur tengok macam2 jenis juice extractor.. haihhh.. saya jamin, pengantin mesti suka punya lah.. tapi yang ni siapa yang bajet kurang daripada RM100 pun boleh dapat yang ok.. tadi yang saya jumpa dengan hanya RM 79.90 anda boleh dapat juice extractor jenama PENSONIC. not bad lah.. kalau bajet more than hundred to infinity, tepuk dada, tanya sales asst kat kedai... http://www.emocutez.com

3. set pinggan mangkuk


haih....bukan mangkuk hayun.. set pinggan mangkuk lah.. okay yang ni memang typical punya hadiah.. tapi memang berguna la.. kalau tak nak guna lagi, simpan elok2 dalam almari.. boleh buat hiasan.. nanti time raya mesti nak guna jugak kan.. tadi tengok kat jusco, 1 set ada 20 pc, harga RM 79. corak pun cantik.. kalau nak beli yang pilih satu2 pun boleh..tapi itu harus lah yang bajet tinggi.. 1pc pun dah RM 99. tapi, kualiti memang superb.. apa2 pun, semua bergantung pada bajet anda..


4. Electric Oven

yang ni pun best.. biasa la, nanti lepas kahwin excited nak memasak kan.. yela, si suami tu dah ada isteri mesti dah tak nak makan kat kedai.. nak isteri masak.. mana tau nak buat kek ke, ayam golek ke, pizza ke, muffin ke..macam2 boleh kan.. untuk yang murah dan boleh guna dengan gembira, you can get this with only RM 150. as usual, kalau bajet lebih boleh beli yang besar peti ais.. http://www.emocutez.com


5. Cutlery set

yang ni asas la.. kalau pengantin baru masuk rumah baru kan.. so kalau dapat hadiah set sudu, garfu, pisau semua kan dah banyak membantu.. tadi saya tengok, not bad juga la.. nice, harga RM  70. affordable la kan..

6. Tea set


ni lagi satu benda typical.. tapi ianya bukanlah benda membazir.. pengantin tetap suka jugak.. tapi kalau design dan material dia cantik laaaagiii sukaaaaaaaaaa... http://www.emocutez.com


7. Rice Cooker






em, yang ni boleh jugak bagi..tapi sayangnya kalau ramai pakat bagi yang ni, jenuh la pengantin nak gilir2 guna,, hari ni guna yang si pian bagi..esok lusa guna yang kak muna bagi..tulat guna yang adik halim bagi.. last2 pengantin bagi kat saudara mara.. hehe..


8. Set tupperware


yang ni ok kalau ramai nak bagi.. yela, boleh guna nak simpan kacang2, biskut, sambal-ikan-bilis-semalam-masak-tak-habis-makan, tempoyak, kuih bulan lepas, macam2 la.. berbaloi2.. kalau nak beli jenama tupperware kena bajet lebih siikit lah ye..


saya pun tak tahu nak beli yang mana untuk kawan saya.. maybe i'll go for juice extractor.. sebab saya pun LOVE it! http://www.emocutez.com


oh..tetiba rasa macam promoter promot barang kat supermarket.. http://www.emocutez.com

5 comments:

  1. belikan frame kalimah Allah n Muhammad...=)....sesuai utk letak kat rumah baru dowang nti

    ReplyDelete
  2. a'ah la.. brilliant!! terima kasih panji panji hitam.. ^_^

    ReplyDelete
  3. tula lady d'yot.. semua ni ada dalam list nak beli..tp tak tahu nak pilih.. ;)

    ReplyDelete
  4. WOW just what I was searching for. Came here by searching for
    want to buy solar panels wholesale

    my web blog :: buy solar panels melbourne

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails