Tuesday, October 5, 2010

rambut gugur? kesian..

assalamualaikum..

ya Allah.. siapa yang gugurnya rerambut yang cantik itu..? siapa lagi, diri sendiri la.. tahniah! hmm, sedih kan bila rambut berguguran merata alam..? siapa tak sedih? cakap sini.. okay, walaupun ibu saya cakap

"ala, biarla gugur sikit rambut tu, tebal sangat"

..............? apakah? sedih la rambut berguguran merata alam macam ni.. nanti lama2 jadi botak siapa nak jawab? yela, memang la tak botak terus macam faizal ismail tu kan..tapi takot la kalau rambut nipis sampai nampak kulit kepala tu kan tak cantik jadinya.. hisss..lelaki pun taknak botak,inikan pula perempuan.. so, apa solution nya?

ok, meh sini rapat2..jangan takut..heheh.. http://www.emocutez.com

ada beberapa solutions ye.. nak cara mana,cakap je.. modern? tradisional? okeh, kalau modern..

pakaila shampu yang khusus untul keguguran rambut atau kalau kita baca kat belakang botol shampu pantene tu "rambut rontok".. tapi saya tak nak suggest pantene, dove, sunsilk, dan adik beradik mereka di sini.. bagi saya mereka2 ini sama sahaja.. bagi saya ye..so siapa peminat setia rapat2 adik beradik ini jangan marah ya..

bagi saya shampu2 ni banyak bahan kimia yang kuat.. benda wajib dalam shampu2 ini adalah SLS.. apa itu SLS? it is Sodium Laurel Sulfate.. fungsi SLS ni basically sebagai agen pembuih.. so memang kan, kalau kita pakai shampu sebegini memang banyak buih.. seronok sangat sebab banyak buih, rasa macam rambut tu cuci je kan.. tapi memang cuci pun, sampai boleh cuci terus rambut semua daripada kulit kepala..huhu.. apa disadvantages SLS? isk, banyak.. salah satunya ialah boleh menyebabkan kanser.. huih, takot la dengar kanser2 ni kan.. lagi boleh memberi kesan terhadap hormon oestrogen. faham la kalau main dengan hormon ni kan.. isk.. kesan2 lain sila google sendiri.. atau tengok sini

tapi kalau kita cek balik kan, most of barang yang kita guna macam sabun mandi, pencuci muka, shampu semua ni kan ada SLS. try anda cek.. lepas ni, masuk toilet, cek.. tula kan, nak beli yang tak ada SLS ni mungkin mahal sikit la.. oh, sebab tu la banyak produk guna SLS sebab kos nya lebih murah.. hmm, tak tahu nak komen. sebab saya pun certain benda memang guna produk yang ada SLS. okay, saya nak list kan shampu yang saya sedang dan pernah guna yang tiada atau kalau ada pun (mungkin) sangat sikit kandungan SLS.

L'occitane



Himalaya



kalau saya nak bagi review pasal both items, susah jugak sebab saya ni memang jenis gatal tangan. kejap pakai ini, kejap itu. di samping dua shampu di atas, saya jugak ada pakai sunsilk, pantene, loreal dan Ivy saloon care. tapi sekarang, saya nak try stick to himalaya 1st and tengok apa result nya. sebab ada banyak reviews yang positif jugak pasal himalaya ni.

okay, now lets go to home remedies..

i admit, home remedies memang leceh dan perlu kesabaran, kerajinan.

minyak zaiton elok untuk rambut, semua maklum kan. banyak produk kat luar tu guna minyak zaitun, baik untuk rambut mahupun kulit. tapi saya nak suggest, try guna virgin olive oil. cari je kat tesco tu. cara nak pakai nya, sapu je kat kulit kepala dan rambut 2 jam sebelum shampu. tapi saya ni extreme sikit. pakai malam ni before tidur, esok pagi bangun baru shampu. hehe.

lagi? sapu je lendir daun lidah buaya kat kulit kepala dan rambut. sesedap rasa bila nak cuci ye..

pengalaman saya tentang kaedah2 ini? ya, rambut saya macam da tebal sikit.. tak tahu la perasan saja ke..hehe.. http://www.emocutez.com

tak salah kalau mencuba kan?

sekian terima kasih..

1 comment:

  1. Greetings from Idaho! I'm bored to death at work so I decided to browse your website on my iphone during lunch break. I enjoy the knowledge you present here and can't
    wait to take a look when I get home. I'm shocked at how quick your blog loaded on my cell phone .. I'm not even using WIFI,
    just 3G .. Anyways, excellent site!

    my site - mederma stretch mark therapy reviews

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails