assalamualaikum..
tersalah langkah pulak hari tu.. tak.. bukan tersalah langkah..tersalah faham dan interpret.. bukan nak pergi interview pun kan.. nak pergi ujian jek.. tapi biasalah orang yang tak pernah pergi ujian macam ni memang cuak tak tentu pasal.. ujian biasa je pun.. risau bukan main.. 1st time konon.. hot from the oven kan.. haha..
ujian hari sabtu pukul 11 am kat Sungai Petani, Kedah.. saya kat Penang.. hari jumaat tu still duk buat labwork.. labwork habis pukul 5pm macam tu.. tak boleh nak habiskan awal sebab memang kena ambil masa 8jam buat benda tu.. lepas tu 5.30pm sampai rumah baru gedik nak kemas2 baju semua.. then 6.15pm kelam kabut ke stesen bus sebab bus pukul 6.30pm.. 6.45 pm baru bus jalan.. atas penang bridge tu memang jam lah.. petang satu hal, jumaat pulak.. TERBAIK lah naik bridge time macam tu.. ok, 1jam atas bridge 7.30 baru sampai stesen bus butterworth ambil orang lagi. then pukul 9pm baru sampai alor setar.. tiba2 baru teringat pasal kasut..memang tau time genting macam ni baru nak ingat.. mula2 nak salahkan syaiton.. (isk tak baik..insap2..)
pastu kol si dia tanya opinion pasal kasut.. dia cakap better pakai kasut bertutup dan hitam.. mesej pulak kawan yang nak pergi ujian jugak tapi tempat lain, dia pun cakap better pakai kasut bertutup.. adehhhhh..mana nak cari, dah pukul 9 lebih.. abah pulak tak datang2 lagi sebab ada orang ramai kat rumah, ada buat makan2 pulak... hmm, tunggu punya tunggu dalam 9.40pm baru abah datang.. nasib baik rumah dengan TESCO tak sampai 1km.. suruh abah drop kat tesco, dia balik layan tetamu, nanti datang ambil pulak.. hehe..
nasib la tesco ada kedai kasut jugak kan.. fuhh.. tapi tula, tak banyak pilihan la.. dah la kaki saiz budak darjah 6. lagi la susah tengah2 kalut macam ni.. kedai kasut yang ada hanyalah 3.. BATA, MAX, XES STUDIO.. ok lah tu daripada takde kan.. tak kan saya nak pergi pakai kasut crocs kaler pink ini..siap bunga2 bagai..
isk..dah la pink.. makanya pergi BATA takde saiz, pergi MAX takde saiz, pergi XES STUDIO takde saiz.. ulang lagi pergi BATA takde saiz jugak, pergi XES STUDIO takde sai lagik, then last hope MAX harap2 ada la any kasut dah tak pikir cantik ke tak, rembat je kalau ada saiz as long as kaler gelap..
finally, ada pun..
biasa jek, nasib harga pun ok.. taknak la beli mahal2 dalam keadaan tergesa2 macam ni kan.. waktu try ni memang saiz 36 macam besau nau.. semua kasut ok.. macam kena cursed.. hadoi.. tu yang pi mai pi mai tang tu.. balik la dengan kasut bersaiz 35.. atau dalam erti kata mudahnya saiz 4.. kecik tak kaki saya?? anak buah saya cakap saya macam budak darjah 6.. huhu.. (tabah nih)
esoknya yakin gile pakai kasut bersaiz 35.. pagi tu pakai, mak ai ketatnya............ sudah... takpe la, bertabah jua diriku ini.. awal tau keluar rumah.. keluar pukul 8.15am macam tu dari aloq setaq, 9am dah dampai Sungai petani. dah kata highway boleh speed sampai 110km/h, memang saya speed 110km/h la.. tupun ada jugak terbabas 120km/h.. huhu, pastu slow sikit sebab takut ada speed trap.. nanti tak pasal abah lah yang kena bayar..
dah sampai tu,tak sampai 5 minit berjalan kaki dah melecet.. sakit nau.. tahan jela sampai abis exam.. nasib bawak kasut spare.. NASIB.. kalau tak melecet teruk la kakiku ini.. nipun pedih sangat sikit lagi jek nak terkoyak kulit tu.. sakit..
yang bestnya.. malam tu balik, mak ajak gi tesco beli barang dapur.. pastu dapat idea nak tukar kasut.. tapi camne ye, sebab dah pakai...?
idea jahat datang... saya berus tapak kasut tu dengan air, lap bersih2..
tadaaaaaaaaaaaaa... macam baru.. masukkan dalam kotak balik elok2.. pergi kedai mintak tukar saiz.. dan pulanglah dengan kasut baru.. ngeheheheeeeeeeeeeeeeeee.........
No comments:
Post a Comment