Sunday, October 31, 2010

sup makaroni saya yang.... tet!

assalamualaikum..


malu tau.. korang musti pandai masak belaka kan? i malu tau.. walaupun si dia cakap i terer masak, dia suka makan sebab sedap, tapi still rasa tak pandai masak.. selagi tak macam mak2 kita masak tu i consider tak sedap.. heheh.. mau taknye, masak kari pun kadang2.. yela.. duk rumah bujang ni, masak untuk makan sorang2 macam jadi malas.. lain la kalau si dia ada, semangat benor nak masak time tu.. sekarang dia dah jauh, asik makan oat jek.. sebab nak makan nasi pun macam "malas" ngeh3..

semalam ter rajin sikit..sikit jek.. alah kalau banyak kan bagus..huhu.. jam dah 7.30pm.. dalam otak pikir nak makan oat jela malam ni.. pastu tetiba housemate ajak pegi tesco.. kat tesco tetiba nampak makaroni rasa macam nak buat sup makaroni.. yela, asik2 sup oat, nak jugak tukar selera kan.. beli makaroni, udang besor, carrot, bayar.. (bayar bukan sejenis bahan2 untuk memasak, ia adalah aktiviti untuk keluar dari sesuatu supermarket).. huh... http://www.emocutez.com

ni resepi yang saya pikir dalam otak sajork.. malas nak cari resepi betul2.. huhu


SUP MAKARONI CINCAI

beberapa ekor udang
sebatang lobak merah
bawang merah
ubi kentang
bawang putih
bawang besar
cili padi
sebiji tomato
sedikit daging kisar
serbuk sup
daun sup
cendawan
gula
garam
lada hitam
dan makaroni

cara-cara:
alahai.. nampak sangat malas kan.. cari resepi yang simple2 jek..ngeh3..

1. tuang minyak zaitun. tumis bawang merah, bawang putih
2. bila bawang ah kuning2 tu, masukkan daging kisar.
3. tunggu kejap je, masukkan lobak merah dan ubi kentang
4. masukkan air. ikut la nak kuah banyak ke sikit.
5. bila dah mendidih sikit tu, masukkan gula, garam, serbuk sup, lada hitam (tumbuk),tomato, udang, cendawan, cili padi daun sup last sekali.

oh, lupa pulak 1st sekali kena rebus makaroni dulu sebab lambat benau dia nak masak lembut. so di samping rebus makaroni, anda boleh masak sup itu..

boleh juga taburkan bawang goreng!





tau.. korang lagi hebat masak.. malus... http://www.emocutez.com

1 comment:

  1. buat ikut suka syaza..jangan ikut betol2 tau resepi saya,nanti tak sedap.. ngeh3.. ;p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails