Monday, October 25, 2010

harimau untuk isteri

assalamualaikum..

wah.. siapa nak kahwin? cakap siapa nak kahwin ni? selalunya orang kahwin ni mesti nak hadiah kan? isk tak baik tau kata pengantin nak hadiah.. kalau korang pergi majlis tangan kosong pun pengantin tetap bahagia jek, asal korang datang majlis kan.. tak datang pun takpe kot, dorang dah happy dah sebab dah kahwin.. ok2, cut the crap please!


hadiah kahwin ni selalunya diberi oleh kawan2 kan.. contohnya macam pinggan mangkuk, barangan elektrik, album gambar la, dll.. tapi jarang jugak dengar hadiah dari pasangan masing2.. eh..eh.. ada lah.. barangan hantaran tu hadiah la kan.. isk3.. nyanyok lak pagi2 ni.. (pagi ker?)


katy perry dah kahwin kan dengan russell brand itu.. huaaa..geget jari la makhluk2 yang tergila2kan katy perry ni..



disebabkan russell brand ni pelawak, dia punya idea nak bagi hadiah kahwin untuk katy perry adalah HARIMAU..



isk2.. kenapa tak bagi dinasor je.. lagi pelik sebab memang dah tak wujud.. ok, ni berita dari KOSMO online..

RANTHAMBORE, India - Pelawak dari Britain, Russell Brand memberikan hadiah seekor harimau betina kepada isterinya, Katy Perry yang merupakan penyanyi lagu I Kissed a Girl, lapor sebuah akhbar semalam.
Harimau yang diberi nama Machli itu dibeli pada harga ribuan dolar.

Haiwan itu tinggal di Taman Negara Ranthambhore, India yang menjadi lokasi pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan. 

Brand dikatakan memilih Machli daripada puluhan harimau yang berkeliaran di taman itu selepas ia dianggap oleh seorang renjer taman tersebut sebagai cantik.

Bagaimanapun, Perry akan meninggalkan haiwan itu berkeliaran di hutan itu.

Wang yang digunakan suaminya untuk membeli harimau tersebut akan dilaburkan untuk skim pemuliharaan taman berkenaan.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan pasangan itu diadakan di Jaipur semalam sehari selepas mereka melangsungkan perkahwinan.

Brand yang membintangi filem Forgetting Sarah Marshall dan Get Him to the Greek berkahwin dengan Perry kelmarin dalam satu majlis tertutup di taman negara tersebut.

Majlis perkahwinan mereka dipenuhi dengan ciri-ciri budaya India dengan Brand mendahului acara apabila dia menaiki kuda diekori berpuluh ekor gajah dan unta.

Antara tetamu selebriti yang dikatakan menghadiri majlis itu ialah penyanyi Rihanna dan hos bual bicara popular, Jonathan Ross.

Majlis resepsi yang diadakan di Hotel Taj Rambagh palace di Jaipur semalam mempunyai tema Timur bertemu Barat.

Penyanyi rap, P. Diddy dan beberapa penari klasik India membuat persembahan dalam majlis itu.
Brand, 35, dilaporkan melamar Perry, 25, di hotel itu semasa cuti tahun baru selepas mereka berkenalan. - Agensi


fine.. i nanti kahwin nak meow meow jek.. no need a bizarre gift.. huhuu..



  meowwwwwwwwwwwwwwwwww...................

1 comment:

  1. harimau bungkus dlm kotak hadiah.. jgn bg mkn 5 hari.. buka terus jd dua kali arwah, 1st terkejut, second jd makanan.. pelik2 lar laWAK DEPA nie...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails