Saturday, October 2, 2010

nak kurus?? mari sini..rapat2..

assalamualaikum..

wah.. semua orang nak kurus? saya takde la nak kurus kerempeng macam bini popeye tu.. tapi nak badan bebas lemak yang tak sepatutnya.. lelemak yang gemar mendiami kawasan seperti perut, peha, lengan tu.. bahagian okey.. emm, macam mana ye? ok actually banyak jenis diet yang boleh kita guna..

1. atkins diet
2. blood type diet
3. high protein diet
4. boleh cari sendiri (hehe)

ok, macam mana nak pilih plan diet yang mana berkesan? well, saya pun tak tahu, sebab masing2 claim cara masing2 adalah betul. so sekarang ni, korang kena lah pilih wat solat hajat ke apa kan.. hehe..

mungkin ada yang cakap saya mengada ke apa nak diet2 ni? saya cuma nak kongsi lah.. sebab terbaca 1 blog ni sangan best. owner dzulfikri zulkifle, dulu berat lebih dari 150kg tapi sekarang dah turun 80kg and dah dapat badan yang i rather say sesuai bagi seorang lelaki..not too thin, not too fat.. yela, kurus sangat pun tak elok lah.. jum tengok gambar dia sebelum dan selepas..

sebelum..



selepas...







wow! saya rasa memang amazed lah..  http://www.emocutez.com as you can see, dia masih pakai baju sekolah..that's mean jangka waktu perubahan tu adalah singkat.. im not sure berapa lama dia ambil masa untuk jadi macam tu, tapi who cares? dia buktikan dia boleh, so anyone pun boleh.. yang penting disiplin, usaha, disiplin, usaha.. kalau setakat usaha menambah lelemak semua orang pun boleh.. hamster saya yang cinonet tu pun boleh.. http://www.emocutez.com

ok, jum tengok pulak macam mana dia berdiet.. atkins diet ni basically ada empat stages.. stage pertama dipanggil induction, then, stage 2, stage 3, dan stage 4.. induction mengambil masa minimum 2minggu.. boleh dipanjangkan masa induction kalau berat anda terlalu berlebihan..

basically, ini menunya ye..
(tulisan yang berwarna ni saya copy dari blog adik dzul. nanti saya bagi link ke blog nya ye.)

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU.OATdan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya. (wow,sedapnye roti jala...huhu)

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan


5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam....

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...
Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu

ok? senang je actually.. disiplin + usaha + usaha + disiplin = berat badan marvellous!!

jum terjah ramai2 blog dzulfikri zukkifle!!!

http://taknakgemuk.blogspot.com

psst! baca dari awal tau.. bab 1.. 


emmmmm, nak try jugak induction ni..nak tengok leh turun lagi tak berat.. kehkehkeh... (perlu ke gelak??) http://www.emocutez.com

4 comments:

  1. wahh thanks share link blog tu.. serius nk kurus tp dh try macam2 diet , mesti x jalan. hope kali ni boleh la.. thanks dear.. =)

    ReplyDelete
  2. kan? teruja tengok blog ni tau.. walaupun ramai cakap saya tak payah nak gatal2 berdiet, tapi nak try jugak.. nak tengok keberkesanannya.. heeee~~~neway, gud luck for both of us!! ^_^

    ReplyDelete
  3. Having read this I thought it was extremely enlightening.

    I appreciate you spending some time and effort to put this content together.

    I once again find myself spending a lot of time both
    reading and commenting. But so what, it was still worth it!



    Feel free to visit my page :: http://www.gta-sa-wiki.za.pl/wiki/index.php?title=Massey_Energy_Mine_Explosion

    ReplyDelete
  4. Usually I do not read article on blogs, however I
    would like to say that this write-up very pressured me to check out and do so!
    Your writing style has been amazed me. Thanks, quite great post.



    Take a look at my web-site ... i-live-football.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails